Thursday, March 24, 2011

161. Kuchai Goreng Telor




Ini adalah menu sayur yang sangat disukai adik beradik kjee masa kami kecik2 dulu. Arwah mak memang pandai pelbagaikan masakan beliau sehinggakan bila beliau tiada, kami terasa kehilangan yang amat2 besar. Bukan sahaja rindu beliau tetapi air tangan beliau. Ala kisah sedih lak. Okaylah kjee nak cepat ni. kita tengok camner buat resipi ni yer.

BAHAN2NYA:
1 cekak kucai (dipotong satu inci)
2 biji telor ayam
4 ulas bawang putih diketuk
kicap ikan/kicak sotong/nampla ikut rasa
serbuk perasa

CARA MEMBUATNYA:
Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bawang putih hingga naik bau. Jaga2 jangan bagi hangit. Pastu cepat2 masukkan kuchai. Golek2 kira  kira ½ minit pastu masukkan kicap ikan ikut rasa. Jangan berani2 nanti termasin lak. Bubuhlah jugak serbuk perasa. Kemudian, tepikan kucai di satu sudut kuali dan pecah dua biji telor kedalam kuali. tunggu ½ minit, kemudian tolak kucai tadi atas telor dan biarkan kira2 1 minit. Kacau perlahan2 supaya telor tidak terlalu berderai. Itu sahaja. Dah siap.
Makan dengan nasi panas dan ikan gelama jeruk goreng garing2. Ataupun cencaru belah belakang sumbat sambal. Adoi!


Related Posts:

  • TELOR DADAR KACANG PANJANG       Kjee buat Omelete Kacang panjang ini Ahad lepas. First time makan dulu di sebuah restoran Nyonya kat Setiawangsa. Restoran itu dibawah opis kami (Mingguan Utara). Owner dia wanita Nyonya yang berka… Read More
  • CREAM CHEESE FLAN VERSI KUKUS      Dah banyak kali Kjee buat tetapi selalunya Kjee bake. Tetiba semalam terfikir nak buat versi kukus. So Kjee google. Eh adalah. Namanya Lecer Flan (steamed).     Bahan-bahannya sa… Read More
  • SAMBAL TELOR PECAH Nampak cam biasa aje tetapi Sambal Telor Pecah ni punya lah sedap makan dengan nasi panas-panas. Lawannya pulak ikan Pelaling goreng garing dan ikan kering jeruk Gelama. Isyhhh kecur lah. 😋😛     Kjee … Read More
  • KASTAD TELOR SIRAP GULA MELAKA           Dessert yang mengundang penyakit. Untuk mokcik lah.  Tetapi bukan makan hari-hari. Setahun dua kali kot! Maklumlah mokcik ini penakut. Cukup jaga supaya diabetes dapat dikawal. &… Read More
  • MENGIMBAU KENANGAN DENGAN SRIKAYA        Masa kecil dulu, tiap petang kami tiga beradik (yang keempat masih dalam buaian), akan tunggu depan rumah. Tunggu Bengali jual roti. Dari jauh dia sudah bunyi loceng pada basikal tuanya. Ton… Read More

3 comments:

  1. kak gee...la ni baru saya tau leh masak cam ni...selalu letak kat mee @ kue tiaw jer...mmg favourite hubby ngan saya sayur ni...klu masak mee ngan kue tiaw penuh ngan sayur ni dari sawi...sedap letak banyak²...saya gak tanam pokok ni tau kak gee...lepas nih bleh ikut plak masakan kak gee lagi...ada menu baru dalam masakan kitaorang...confirm lah hubby mesti tanya lagi.." ayang mana dapat resepi ni?? " nanti saya mesti jawab kak gee...nanti dia tanya balik...kak gee yg pelakon tu lagi yer?? hehe banyak dah resepi kak gee saya buat...ada msakan baru...berselera jer makan...roti kak gee jer blom test sbb tengah tunggu hubby belikan oven...microwave ada tap bila wat kek jer naik x cantik...bakar ayam pun cam tu...:))

    ReplyDelete
  2. kak jee...kecur tgk sayur kuchai masak telor tu..mesti cuba nih..

    ReplyDelete
  3. baru aku tau yang kucai ni boleh dimasak dengan makanan yang lain, yang aku tau dulu kalau masak mee siam singapore, kueh teaw goring dan cekodok udang je letak kucai, sekarang baru tau telor pun boleh dimasak dengan kucai.

    ReplyDelete