Friday, March 18, 2011
145. daging goreng berlado
nampak jer simple lauk ni tapi seperiuk nasi boleh abis tau. first time kjee masak satu lauk jer for lunch tapi kami makan cukup berselera sekali. bolehlah buat selalu. jimat sikit belanja kan? hehehe
daging goreng berlado ni makanan minang. dia orang buat dendeng daging berlado. kjee tak pernah buat tapi selalu makan.
okaylah kita tengok resipi lauk simple ni. mesti korang menyampah sebab semua orang tahu buat. ader aku kesah? biarlah yang tak reti buat belajar kan? kjee guna daging batang pinang sebab bila dah tua2 cam ni, dah maleh nak mengunyah daging keras. kalau guna daging tak tak berapa lembut, bolehlah rebus dulu sampai empok.
bahan2nya:
300 gms daging batang pinang
4 biji cili merah
4 biji cili hijau
sedikit cili api (kalau suka)
2 labu bawang besar
2 ulas bawang putih
serbuk kunyit
garam
serbuk perasa (optional)
cara:
1. daging dihiris nipis. perapkan kira2 sejam setelah dibubuh serbuk kunyit dan garam.
2. tumbuk cili hijau, cili merah dan cili api. jangan terlalu halus. kemudian tumbuk pula sebiji bawang besar.
sebiji lagi dihiris bulat2.
3. bubuh minyak sebanyak ½ ke dalam kuali dan goreng daging hingga garing. keluarkan.
4. kemudian tumis bahan2 tumbuk hingga naik minyak.
5. setelah agak garing, bubuh sedikit garam dan perasa kalau suka. jangan banyak sangat garam sebab daging
tadi sudah diperap dengan garam. kacau seketika dan masukkan bawang yang telah dihiris bulat2.
6. apabila bawang sudah layu, masukkan daging dan kacau hingga rata dengan sambal tadi.
itu aje. makan dengan nasi panas2. mak oi sedapnya. selamat mencuba.
Related Posts:
ALAHAI BULAN PUASA MAKAN SAMBAL IJO IKAN DENGAN PETAI? Hari ni Kjee buat Sambal Ijo (Hijau) untuk dijadikan stok bulan Puasa. Sepatutnya buat sebelum puasa aritu tapi bila tak sihat, maka tertangguh-tangguh. Kjee gemar buat sambal ijo ni banyak-banyak sebab ia v… Read More
LAUK DAGING SAMA PETAI BERCILI First time Kjee makan Daging Goreng Cili bersama petai ini di kedai makan Anne, adik angkat Kjee di Paya Jaras. Kjee mintak resipi. Anne malu-malu nak beri sebab katanya, goreng berlada biasa saja tapi dia letak pet… Read More
SAMBAL TENGGIRI PETAI Apabila musim petai kembali melanda, setiap hari ada sahaja orang tayang resipi menggunakan petai di Facebook. Asyik terliur ajer, mana boleh kan? Kalau nak makan kat kedai, petainya, alahai … Read More
SAMBAL BILIS GARING DAN RANGUP Kjee suka sangat Sambal Bilis Garing ni. Dulu selalu Kjee beli. Selain sedap makan dengan bubur nasi, Kjee jugak letak masa nak makan dalam mihun sup dan juga Mi Segera. Tetapi paling suka… Read More
SAMBAL TERUNG ALA TEMPURA Akhirnya setelah asyik duduk memikirkannya, Kjee berjaya membuat resipi Sambal Terung Tempura. Pernah tiga empat kali makan di sebuah restoran. Menu itu digelarnya Crispy Brinjal Samb… Read More
lapanye tgk daging ni kjee. terliur da ni. bsok nk try msk for lunch la. bru blaja2 masak ni. hehe. tq kjee. ;)
ReplyDeletesay mesti cube..tqvm kjee..muahhhss
ReplyDeleteini lauk kegemaran anak dara aku shiqin. cara aku lain lepas ni bolehlah aku cuba cara kau pulak.
ReplyDeletesedapnye..dgg baru beli smlm..leh try ni..;)
ReplyDelete