Friday, March 4, 2011

114. lontong jawa indonesia air tangan jawa malaysia


lontong ada banyak jenis. ada lontong melayu, lontong singapura, lontong jawa, lontong minang, lontong banjar dan macam2 lagi. tetapi sejak kjee diperkenalkan kepada lontong jawa oleh seorang kenalan dari semarang, indonesia, kjee dah macam tak minat nak makan lontong lain. tapi kekadang kerana terdesak nak makan lontong, kjee makanlah apa2 jer lontong yang ada. paling tak minat kalau bubuh kuah kacang. serunding kelapa tu pun masih bolehlah makan. lontong singapura sedap yang kjee makan adalah air tangan ibu kepada wartawan utusan muzlina abu bakar. lontong dia best in the world. tapi susah sangat nak pergi makan kat gerai dia orang kat petaling jaya.dahlah jauh, kalau pergi hari nminggu, kena beratur panjang macam nak beli tiket wayang!
lontong jawa yang kjee buat ni, mesti dibuat pedas kalau tidak kurang umpphh. kalau tak nak bubuh daging, boleh bubuh tulang ayam yang ada isi sikit2. dipotonglah tulang tu kecik2 yer. jom kita tengok bahan2 untuk buat lontong jawa.

bahan2:
nasi impit (kjee beli jenama adabi dan rebus 2 jam)
2 labu bawang besar
4 ulas bawang putih
2 inci belacan
4 biji buah keras
2 inci kunyit hidup (boleh guna 1 sudu kunyit serbuk)
cili api (ikut kepedasan)
2 biji cili merah
2 batang serai
terung
petola
daun belinjau
kobis
nangka (dipotong kecik2 dan rebus. kjee tak makan)
2 cawan santan pekat
daging atau tulang ayam

caranya:
nasi impit yang telah direbus disejukkan sekurangnya 5 jam.
kisar bawang merah, bawang putih, cili api, kunyit hidup, belacan dan buah keras hingga menjadi paste. daging dipotong kecik2. kalau guna ayam, potong sama jugak. pastu, panaskan periuk dan tumis bahan kisar hingga naik wangi. masukkan daging atau ayam dan kacau seketika atau hingga dagingnya kecut. masukkan serai yang telah diketuk. kemudian masukkan sedikit air dan biarlah daging empuk atau ayam cukup masak. masukkan sayur bermula dengan yang keras iaitu terung. terung dan juga petola dipotong kasar2. daun belinjau di petik dan kobis juga dipetik dan dikoyakkan. masukkan semua sayur lain setelah terung empuk.
kemudian masukkan pula 2 cawan santan, kacau hingga rata dan biarkan mendidih. bila sudah mendidih, pelahankan api dan reneh seketika. bubuhlah garam dan sedikit serbuk perasa kalau suka. kalau tidak bubuhlah sedikit gula. kemudian taburkan cili merah yang telah dihiris halus, kacau dan angkat.
susun nasi impit diatas pinggan dan curahkan kuah.
itu sahaja. tidak ada lauk lain sampingan. kjee pernah buat lontong singapura dan lontong jawa untuk open house hari raya. lontong jawa habis dulu! mungkin sebab kelainan rasanya.


1 comment:

  1. resepi ni yang aku tungu-tunggu. tak sabar nak cuba buat. aku percaya mesti sedap ni.

    ReplyDelete