Saturday, March 5, 2011

116. merlimau here we come



kjee nak pergi merlimau, melaka. menyibuk jer. kat sana kan happening hari ini. tapi rasa2nya seumur hidup tak pernah ke merlimau walaupun arwah bapak orang melaka. bapak orang bandau (banda kaba, belakang high school melaka). so each time balik kampung banda kaba, duduk situ jer lah atau pergi bukit katil, tempat arwah mak sedara.

so bila kawen ngan unclepali, dia ajak gi melaka. kjee tahu sampai town atau makan ikan bakar kat serkam pantai jer, lebih2 tak tau. punyalah malu kat unclepali walhal melaka tu bukannya besau sangat. sebatang rokok jer kan? hehehe marah ali rustam kalau kata round melaka sebatang rokok jer kan!

apa2pun, dulu kjee tak suka mengaku jadi orang melaka. actually nak mengaku camner. kita dilahirkan dan dibesaukan kat KL. bukanlah nak berlagak kata kita ni KL gurl tapi itulah hakikatnya. bapak kita lepas kahwin dengan orang KL (asal keluarga arwah mak alor gajah. hmmm melaka gak), dia pun dan tak sedau diri. dah jarang2 balik melaka.

tapi, sejak dua menjak ni bila selalu turun ke melaka sebab nadia suka sangat pergi melaka, kjee terkejut besau! hebatlah ali rustam jadikan melaka what it is today! betul gua cakap lu. melaka bukan lagi sleepy hollow. dulu kjee ada teman wartawan dari melaka. anak cina nama Goh Keng Lee. sekarang dah mendiang. masa mula dia keje, kjee tanya dari mana...dia jawab sleepy hollow. fahamlah kjee. melaka masa tu memang benar2 bandar sleepy hollow. kalau ke melaka rasa tak bermaya tengok bandar dia yang tua dan sempit.

sekarang? jangan cakaplah betapa hebatnya melaka! ada satu ketika tu, kami turun tiap2 minggu ke melaka sebab rasa tak puas sangat pusing2. pusing2 kat bandau pun dah cukup lawau dah! ada sekali kjee naik bot menyusuri sungai kat tengah2 bandau. tapi itu kisah lima tahun lepas. sekarang ni tiap kali kjee nak naik tapi unclepali risau kjee jatuh dalam sungai. maklumlah dah OKU.

nadia paling suka gi melaka sebab nak shopping! shopping apa kat melaka? dia suka ke Jongker Gallery beli pakaian. boleh peninglah dia kat situ. kjee pulak suka ke Jongker Walk sebab kiri kanan jalan ada macam2 yang orang jual. banyak benda pelik2. suka sangat. lagipun, orang melaka baik, apabila unclepali tolak kjee naik wheelchair, dia orang cepat2, tepi atau bagi amaran orang lain supaya hati2. kat KL? kena excuse me banyak kali barulah dia orang ke tepi. kalau kena langgar dengan tayar wheelchair kjee, tahu lak marah!

sungguh nostalgik balik melaka ini. rumah famili arwah bapak dah tak der. sekarang dia orang buat apartmen kot. kjee adalah sedara mara di semabuk, bukit katil dan peringgit. tapi masa dulu arwah bapak jarang bawak pergi rumah mereka, so sedara mara hanya tinggal pada nama jer.

hairan jugak kjee apabila nadia memilih melaka setiap kali papa dia tanya nak kemana hujung minggu. itulah kalau darah melaka ada satu sudu mengalir dalam badan dia, maka pastilah cintanya tetap ada pada negeri Hang Tuah ini.

eh ada daa membebel panjang lebar. tadi kjee ingat nak bagi info sebaris dua jer yang kami nak ke melaka. tak sangka lak boleh meleret2. nanti kjee amik gambar banyak2 gi melaka kali ni.

hari ini kami tak ada plan tido kat melaka. cuma nak melawat merlimau sambil menyibuk. tapi kjee bawak jugaklah pakaian sehelai dua. manalah tau kalau seronok lak nak tido sana.

MERLIMAU, HERE WE COME!!

5 comments:

Anonymous said...

kjee nor pun anak melaka lahir d kg sungai siput lubuk cina melaka panjang tu....tapi macam kjee juga le nama je anak melaka nor besar dan sekolah d ipoh ..ipoh mali pulak dah habis sekolah bekerja jap d kl jadi le kl gurl cam kjee lama kjee d kl...bila dah kawin dan senja ni ikut lak man yang bertugas d kulim...lama sok nak pencen plak ingat nak menetap d baling nanti kjee mai le bercuti kat rumah nor masa musim buah..malam2 kita p main airpanas d ulu legong.....norasmah

kak_ti said...

Kkita serupa lah kjee..wpun ada darah org MElaka and kawen pn org Melaka gak, tapi jarang2 balik Melaka sejak kedua ibubapa merntuan ku telah tiada. Tapi abg ipau ada kat Tedung, Merlimau.itu pun jarang2 jengok dorang..mmg suka balik Melaka mcm2 ada. Suami yg asal Melaka, dia plak malas nak beerjalan2 ke sana wpun di ajak beribu kali..

Shereen said...

kak Jee,
I jugak orang Melaka although dah lama tinggal kat NZ and kahwin kiwi..tapi I'll forever mengaku I orang Melaka and my hubby pulak mengaku dia Malaysian although entah bila pulak dia dapat citizenship.We all ni body aja kat NZ but jiwa raga kat Melaka,Malaysia.I still masak lauk Nyonya and Melayu and makan guna tangan and not sudu..hubby included!Ohh,,and my bapak angkat orang Jawa duduk kat Merlimau and my only child's uri pun tanam kat sana.

resepi said...

alamak..kakjee dh ckp loghat melaka ler...penah g melaka kt pulau sebang sempadan tampin je..alamak..rumah2nye smua cntik2..klu lalu kat melaka dn N9..paling suek tgok tangga2 rumah..ni dh lama x pi lalu melaka..rindu lak nk p sane stelah bebelas tahun tak jejak kaki ke melaka bumi betuah lahirnya hang tuah.

sharifah rosidah said...

amboi sakan lah kau ronda melaka town yer, pak mentua aku orang tangga batu, so kalau ada majlis perkahwinan ke, kenduri ke baliklah kita orang ke melaka, memang sekarang ni melaka dah cantik kalau pergi public holiday sb dah tak nak sbb terlampau sesak, nak makan kat umbai pun seksa bersesak-sesak sampai kenkadang sb give-up.

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...