Tuesday, March 8, 2011

120. mi hokkien

Orang melayu jarang jual mi hokkien. kalau mi kantonis yang adik beradik mi lakna, adalah. tetapi kalau kita pergi ke kedai yang menjual makanan cina islam, kekadang dia orang ada jual mi hokkien.
 
Hokkien Mi adik beradik suku sakat mi hailam. cuma ia gunakan mi kuning kasar yg jenis bulat bukan leper. Yang leper untuk buat yee mee. Ia boleh didapati di hampir semua pasaraya utama seperti Giant, Tesco dan yang sewaktu dengannya. Bezanya dengan Mi Hailam ialah Mi Hokkien dimakan dengan sambal belacan. Masa kjee meniaga dulu, kjee tak hidangkannya sambal belacan sebab maleh nak buat. hehehe kejam kan? tapi mi hokkien memang sedap kalau ada sambal belacan. orang hokkien pun reti makan mi guna sambal belacan yer?.

BAHANNYA: (untuk satu pinggan)
Mi kuning kasar
Udang/ayam/sotong (ikut suka. nak letak semua lagi meriah)
kobis cina (yang panjang dipotong suka hati)
sawi (tak nak bubuh pun boleh tapi sedap kalau bubuh)
satu ulas bawang putih
2 sudu besar kicap manis cap kipas udang atau yang sewaktu dengannya
1 sudu kecik kicap hitam pekat (sikit jer untuk warna. jenama maggie atau yeos)
air rebusan ayam
beberapa titis minyak bijan
sambal belacan (yg biase jer)
satu sudu besar tepung jagung

CARA MEMBUATNYA:
Ketuk bawang putih dan tumis guna sikit jer minyak. pastu masukkanlah udang/ayam/sotong. tumis. keluarkan udang/sotong/ayam. pastu masukkan mi dan kira2 dua senduk air rebusan ayam, kicap manis dan kicap hitam. masak mi hingga cukup masak. (seafood dikeluarkan sebab mi kuning kasar ni lambat sikit masak). kemudian masukkan sayur, kacau sampai masak dan masukkan kembali ayam/udang/sotong ke dalam kuali. api mesti besar. campur sedikit air kepada tepung jagung dan masukkan. kacau pantas. kemudian rasa masinnya. kalau tak cukup bubuhlah sedikit sos ikan sampai sesedap rasa. itu jer. hidang dalam pinggan dan makan ngan sambal belacan.






5 comments:

Nieza said...

wah sedapnya mee ni kak.....nk cubalah nanti:)

Anonymous said...

kjee nor suka makan mee ni....masa zaman sekolah dulu 30 sen macam sekarang 3 hengget....d ipoh kita makan dengan cili asam sedap ....bubuh toge pun sedap..notasmah

sharifah rosidah said...

aku dulu ingat mee hokkien dengan mee hailam ni sama je, rupa2nya lain yer. nanti nak cuba sbb sb suka makan mee kuning.

Kak Ezza@makcik blogger said...

Setiap kali kakjee tunjuk dan bagi resepi, lidah saya dah terasa2 kesedapan nya..tukang ambik gambar ni pun terer gak sebab pandai buat orang kenyang mata bila tengok masakan...Tahniah

Anonymous said...

kak you buat i terasa lapar...

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...