Wednesday, March 9, 2011

122. tamu camner yang sesuwai?

Kjee sangat2 bersyukur kerana mendapat didikan yang cukup sempurna dari arwah emak. dari kecik lagi kami adik beradik diajar jangan menunggu tangga rumah orang, jangan suka jadi ahli mesyuarat tingkap dan paling penting jangan suka campur urusan orang.

kalau terdengar jiran bergaduh, emak akan cepat2 menarik kami masuk ke dalam rumah dan mengunci pintu. kemudian dia pergi dekat pintu atau tingkap yang tertutup dan dengar setiap apa yang berlaku. bukannya dia busy body tapi dia kata manalah tahu kalau berlaku percakaran, tarik menarik rambut. habis kalau berlaku macam tu? hah sambil sengih mak kata dia akan keluar dan cuba leraikan.

itulah cara orang tua2 beralas cakap bila ditanya anak2. takkanlah dia nak kata dia suka nak dengar apa yang dia orang gaduhkan tu kan? dah besar baru kjee faham. hehehe.

kjee mengaku kjee bukan seorang jiran yang baik. kjee tak reti nak duduk kat depan umah sambil bual2 kosong dengan jiran. ataupun jadi ahli mesyuarat tingkap. emak kata, kalau selalu dengar orang mengumpat dan buat fitnah, satu hari nanti kita akan terikut2.

lantas, kjee hanya ke rumah jiran kalau dengar ada yang sakit, meninggal atau ditimpa musibah. dulu2, rumah jiran boleh dianggap cam rumah kita sendiri. ada anak2 jiran yang keluar masuk, makan dan tidur kat umah kita macam rumah dia orang sendiri. kami, adik beradik tidak pernah melakukannya. itulah hasil didikan emak yang terpuji.

sekarang ni kalau kita hendak ke rumah jiran, kena call dulu. tanya ada kat rumah ker, free ke tidak. betul tak. kalau free siap tanya pukul berapa dan berapa jam boleh sembang2. maklumlah, semua ada tanggungjawab sendiri terhadap rumahtangga.

 tapi kalau dari kecik sudah dilatih jadi ahli mesyuarat tingkap dan ibunya pulak antara species suka jaga tepi kain orang, maka tidak banyak, sikit pun anak2 akan jadi ikutan. arwah mak paling pantang kalau orang tua2 tengah bersembang, anak2 duduk melopong dengar. atau masa itu jugaklah nak baca buku kat situ sebab nak pasang telinga. belum sempat tamu tu keluar sampai ke gate, peha kami sudah lebam kena cubit!

kjee bukan tak suka terima tetamu di rumah tetapi tetamu pun harus tahu masa hendak melawat. jangan sesekali datang sebelum pukul 3 petang. pagi, kita kena kemas rumah, cuci kain dan memasak. seorang ibu hanya boleh berehat seketika setelah dia menyiapkan minum petang untuk suami dan anak2. masa tulah, selepas solat zohor, dia boleh pejamkan mata sekejap untuk melepaskan lelah.

kerjanya akan bermula semula apabila suami balik kerja dan anak2 balik sekolah. selalunya ibu adalah orang terakhir yang tidur. masa nak tidur pun masa boleh fikir lagi...ubat nyamuk dah pasang ke kat bilik anak2 atau baju sekolah dah gosok ker? ataupun, dalam otak berfikir nak buat apa untuk bekfas nanti, sampailah dia terlena.

nak pulak macam kjee yang tak berapa sihat ni. buat kerja rumah slow slow, sempat lak memasak walaupun secara mengisut perlahan2 ke dapur. belum sempat nak siang ikan, dah ada tamu datang. kena pulak kalau kat rumah mana ada nak dressing lawa2. capai jer apa yang ada. yang penting selesa. tak kisahlah kalau tangan tercapai kain batik ke kain pelikat! lainlah kalau dalam drama tv. tengah mop dapur pun bulu mata melentik empat depa! hehehe

tapi kjee hairan kenapa ada yang suka merayap ke rumah jiran untuk bersembang. sekarang kan ada alat telekomunikasi yang canggih. telefon jer lah kalau ada cerita nak dikhabarkan. sekurang2nya kalau kawan yang dihubungi tu sibuk, bolehlah ditangguhkan panggilan ke masa lain. kita nak cakap kita sibuk dan banyak kerja pun tak malu kan?

ini tidak. ada tamu yang call kata dia orang the way, 5 minit lagi sampai. pastu dimatikan fon. tak sampai 5 minit, dah terjerit depan gate. nak halau tak manis. ajak jer lah masuk..mana tahu kot2 ada berita penting. rupa2nya datang sebab nak sampaikan berita pasal si polan si polan. memang senang kata, ala kalau orang cam tu datang untuk mengumpat, halau jer lah.

kjee cabarlah korang kalau berani cakap macam tu! korang mestilah dengan senyuman yang kelat bagi dia duduk, hidangkan kopi bujang dan sedar2 satu jam dah berlalu. dapur masih belum berasap. si tamu memang kaki masak awal (selepas subuh lagi) sebab nak luangkan masa gi mengumpat.

apakah kalau kita tidak melayan tamu seperti ini maka kita telah melakukan dosa atau kesalahan? ada orang memang pandai cari2 hadis sana sini. kononnya tamu itu harus dimuliakan kerana itulah rezeki. tapi kalau tamu yang datang tu jaja cerita sampai porak perandakan orang, macam mana pulak kisahnya?

apapun, korang janganlah jadi macam kjee yang tak mesra jiran. semuanya boleh dilakukan mengikut keadaan. kjee suka kalau lalu kat kampung2 dan tengok kaum ibu berehat kat pangkin bawah pokok rambutan sambil bersembang. ala macam dalam drama tv tu. bertukar2 pandangan, nasihat dan resipi.

apa yang penting kita lakukan ialah untuk memastikan nawaitu kita itu ikhlas. kalau dirasakan perbualan sudah mula berbau umpatan dan fitnah, cepat2lah angkat punggung dan beredar. semuanya kita yang tentukan.

kalau kita mula merasakan jiran2 akan bertempiaran lari melihat kelibat kita, cerminkanlah diri. mungkin kita ni ahli multi level. tak ramai orang suka bergaul dengan species multi level ni. yalah nak bagitau species ini kita tak der duit nak beli, malu pulak. tapi kalau dah asyik kena ganggu, bila beli, terjejas pulak duit dapur.

kjee pernah pindah rumah sebab species multi level ni. bukak jer tingkap, muka dia dah ada kat tingkap. kita kata kita letih, dia kata ada dia ubat nak bagi hilang letih! akhirnya, demi menjaga hubungan sesama jiran, kjee buat keputusan tak nak jadi jiran dia lagi. kami berkemas2 dan cari rumah lain. masa dia sibuk pergi ke keliling taman jual produk dia, kami pun senyap2 pindah!

so the moral of this entry...janganlah kita selfish sangat. jangan ingat mentang2 kita dah siap buat kerja rumah, dah siap masak, kita boleh ke sana kemari menunggu tangga dan mengacau orang lain yang masih terkial2 mengejar masa nak uruskan kerja rumah.

apabila kita tidak layan dia penuh mesra, sempat lak sindir sambil kata:

Daripada Abi Hurairah r.a bahawa Rasullullah bersabda: ” Barangsiapa beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka hendaklah ia diam sahaja. Dan barangsiapa yang beriman dengan Allah dan hari Akhirat, maka hendaklah ia menghormati jirannya, dan barangsiapa beriman kepada Allah dan hari Akhirat , maka hendaklah ia memuliakan tetamunya” .....insyaallah ada rezeki disitu.....

jiran yang baik memang sepatutnya dimuliakan tetapi bagaimana jika jiran itu sebaliknya? lu pikir lah sendiri!!!


9 comments:

Anonymous said...

Saya mmg ada pengalaman yg teruk2 gak dgn tetamu yg tak diundang ni. Ada yg dtg time petang2 bila anak2 tgh tido. Time tu gak kita dpt tido pun jadi lah tp hajat tak kesampaian. Anak2 pun tak jd tido. Sbbnya tetamu ni dtg jual produk2 dia. Byk alasan dah diberi tp masih tak berganjak gak. Last2 doorbell rumah I matikan. Hp vibrate mode then tido. Yg satu lg I paling benci time2 Maghrib dtg rumah. Huuuhhhhhh...... (saira)

Mohamad Salleh Othman said...

Wah! K. Jee... I like bab yg tgh mop kat dapur dgn bulu mata 4 depa... :D

Anonymous said...

kat tmpat sya pn ada jiran mcm ni....malasnya rsa nk layan..pagi2 dh nk dtg umah...klau sya wat pekak je msa dia pngil...kjap dia gi dpur n kjap gi gate dpn smbil trjerit2 pnggil sya...smbil ckp..ko tidur lgi ehh..?kuat2...segan btul sya jiran lain dngar..lpas tu kdg2 dh mlu dia trjrit2..trpksalh plak bkak pintu...adoi..bengang gila...duduk skjap je x pe...dri pagi smpai ke tengahri...kta nk wat keja pn x snang...sya slalu time dia dtg..klau pgi..sya amik lada kering n ikan bilis atau sayur...saya siang smpai hbis kdg2... smbil bual ada jgk keja yg dpt buat... klau dtg ptang saya brbual smbil lipat baju..hehehe...smpai dia ckp..ko aku dtg je msti lipat baju...hehehe... tpi klau pgi tu kn mmng ngah sebuk btul..sya sapu dpn pn dia ikut..sya masak pn dia ngok...x sdap badan sya ngok org ni... x masak agknya kt umah... sya ni x ska..tpi x pndai nk menegur org mcmni.... dh kta kwn kn.. mmrngkap jiran.. trpksa lh hadap...(lin)

sharifah rosidah said...

jadi macam aku senang tak berjiran langsung kalu ada pu jauh2, maklumlah duduk dlm hutan, so far alhamdulillah tak pernah ada gangguan.dulu masa duduk rumah teres bila siap kerja aku pun mengadap tv tengok cerita kantonis masa tu drama cina popular. arwah bapa mertua aku nasihat jangan bagi anak2 bercampur nanti mereka tak belajar so itulah yang aku buat kalau diorang nak berkawan disekolah saja. syukur tak pernah jiran masam muka dengan aku sbb aku peramah. masa bertandang kerumah jiran bila ada kenduri, kematian dan berkahwin masa santai tak pernah seumur hidup aku.

Anonymous said...

selalu jiran yg camni dia cekap....kita buat keje ikut masa ade timetable..org ni masak masuh semua topten senang nak g buka tingkap boli pilih2 rumah sape...yg kita ni taktahu apepun alih2 terima tetamu tak d undang ni nak d halau takut d kata macam2 tak d layan pun jadi masaalah d layan keje kita tak siap...jadi tahan jele telinga dengor ceta2 tak berasas ....mata asyik tengokjam...hati berkata bilale mokcik ni nak pegi keje belum siap lagi masak belum sat anak laki balik nak makan...lama dah nor tak dapat tetamu gini sejak tetamu tu pindah...harap2 jgn ada lagi ...nrasmah

Hayati said...

Apa yang kakjee bagitau ni, itulah saya. Jirann kat sini yang tak kerja semua kata saya sombong. Tak apa, tuhan tau. Saya tak ada masa la kak jee nak sembang-sembang kosong macam tu. Sesekali kalau saya nak sembang, saya set satu hari buat makan-makan ajak kawan datang rumah, kemudian sembang. Hari tu memang saya khaskan untuk sembang saja. Ada la setahun 2,3 kali bila raya ke, b'day ke.Susah la kak jee kalau orang tak faham ni.

aishah said...

alhamdulillah kak jee.kami adik beradik pun telah dilatih oleh emak &abah kami spya jgn suka bertunggu tangga kat rumah org.even kalau ada kenduri kahwin,mak sanggup masakkan sama seperti apa yg ada kat kenduri tu spya kami tak terhegeh-hegeh nak pergi.mak pun utk berlaku adil cuma pergi waktu merewang maksudnya pd hari yg sibuk memasak.pada hari langsungnya hanya abah aja yg pergi.biarlah org kata kami sombong tp kami tdk menyusahkan org lain.apatah lagi bertandang hanya utk menheret org lain dlm dosa mengumpat yg dia buat.ini bukanlah bermaksud kita tak campur org tp biarlah kena pd tempatnya.dlm pada kita dikatakan sombong,alhamdulillah ramai juga kawan kita yg tak perlu kita kenal melalui bertunggu tangga.betul tak kak jee?

Anonymous said...

Emak saya pun macam emak Kak Jee. Kami dididik untuk tidak bertunggu tangga kat rumah jiran. Kami praktik kan sampai sekarang. Kalau tak ada kerja pun, saya suka duduk rumah aje..Ada juga jiran yang kaki cucuk..Itu yang saya tak suka..

anis said...

Saya pon sama kjee. Tiap2 hari balik kerja mmg akan lalu depan grup neighbour2 yg tengah berkumpul sambil berborak2...maklumlah dorang tu housewives so kerja rumah maybe dah settle lah semua...yg kita baru baik ni, jamtu lah baru nak mula buat kerja...so mmg mintak maaflah tak boleh nak join...rasa mcm rugi lak masa terbuang gitu aje asik borak2 sampai maghrib...

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...