Wednesday, March 9, 2011

123. Memoir seorang negarawan ulung!

akhirnya, buku yang kjee nanti2kan sudah berada di pasaran dan berjaya kumiliki! 809 mukasurat kesemuanya (tidak termasuk glossary dan index). seram jugak nak tahu contents Tun Dr Mahathir, A Doctor In The House. harga rm100 dan sudah mula dijual di semua kedai buku MPH di seluruh negara.

cetakan awal adalah sebanyak 50,000 naskah! kjee rasa mesti diulang cetak banyak kali memandangkan rakyat malaysia sahaja sudah ada 28-juta rakyat. kalau hanya 10 peratus pun rakyat malaysia membelinya, angka itu sudah mencapai 2.8 juta naskah! fuhhh dasyat!! 

tak sabar nak membacanya. harap2 nanti Tun Dr Mahathir akan dapat mengeluarkan pula edisi bahasa malaysia. akan kumiliki juga edisi itu nanti untuk anak cucuku, insya allah.

baik dapat cepat sebelum ada 'mangkuk hayun' cuba dapatkan court injunction untuk halang penjualannya. bak kata Tun Dr Mahathir, kalau ada yang rasa nak saman, samanlah!




4 comments:

Anonymous said...

sediakan payung sebelum ujan......DR dah prepare untuk hadapi mangkuk ayun ni......ada rase buat le....norasmah

sharifah rosidah said...

betul cakap kau,aku pun dah suruh sb beli kang kalau ada mangkuk hayun kacau aku dapat pulak nak membacanya.

anis said...

saya dah beli hari sabtu lepas di Tesco Semenyih...mmg teruja betul nak mendapatkan buku ni kan kjee..Sebelum tido saya baca..Anis

Anonymous said...

saya x beli lg,nak pinjam bole ke?

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...