Thursday, March 10, 2011

124. mentaliti pelakon kita sekarang

wajah rozita che wan! lawanya tanpa bulumata pelsu! foto: syahirazul.blogspot
apa yang paling ketara sekali apabila kita tonton drama melayu dan drama omputih? tak payahlah nak citer pasal teknik atau making (pembikinannya). kita semuanya bukannya pakar dalam bab tu. cuma kjee nak tahu pandangan dan pendapat korang sebagai penonton biasa.

ah lambatlah korang ni, baru nak fikir ker? kjee selalu menyampah sangat bila menonton drama tempatan ni bila tiba bab mekap dan penampilan diri seseorang pelakon tu. itulah malehnya bila nak citer tentang ini. nak kata tak buat homework kang dimarah kita berjela2.

korang fikir pelakon2 kita buat homework tak sebelum berlakon? kalau watak jadi makcik berusia 50 tahun, dia orang buat homework tak camner cara makcik di usia itu berjalan, bercakap dan cara dia dressing? atau kalau part seorang datin, ada ke seseorang itu peruntukkan masa untuk meneliti watak dan cara seseorang datin.

kjee perhatikan, kalau seseorang pelakon tu dapat jer watak sebagai datin, bukan main sukanya dia. habis dikeluarkan baju2 lip lap dia, barang kemas yang ori dan celup dia dan segala2 yang dirasakan ada kaitanlah dengan karektor seorang datin. dah jadi klise watak datin yang dibawak oleh 99% peratus pelakon kita. sampai datin2 yang real life pun risau menonton. eh aku cam tu ker, agaknya kata hati mereka.

lagi satu bab mekap. kjee tak tahu kenapa dari dulu sampai sekarang, pihak produser, pengarah dan pengurus produksi (orang yang bertanggungjawab have final say pilih artis), masih tak reti2 nak buat pemilihan tepat. kalau watak itu memerlukan seorang pelakon berusia 50an misalnya, diamiknya pelakon yang usianya 30 dan dimekapkan.

mekap ini mengikut watak!
alasan yang diberikan ialah tiada pelakon usia itu. kalau ada pun tak reti sangat berlakon...atau ada pelakon yang jadi kroni dia, so mestilah amik pelakon tu. akibatnya, pelakon umur 30an dimekapkan jadi tua. kalau mekap artis itu pro tak apalah jugak. tapi maaflah sebahagian besar mekap artis di negara kita tak pro. so ketara sangatlah garisan2 yang dicalarkan di muka pelakon supaya nampak 'garis2 ketuaan'.

tak cukup dengan itu, rambut dicalitkan warna putih. korang tahu apa yang dia orang gunakan untuk jadikan rambut hitam itu putih. ini pengalaman kjee tengok. sekarang kjee tak tau dia orang guna apa. tapi dulu2, dia orang guna kapur kasut yang kita guna untuk kasut sekolah!

hahaha korang mesti ketawa dan kata kjee merepek! ini adalah kisah benar masa kjee berlakon dulu. korang tahu tak apabila kasut kita dikapur guna kapur basah dalam botol tu, apabila kasut jadi kering, apa jadi? sambil kita jalan, dan hentak kaki, berteraburlah habuk2 putih. hah so korang bayangkan kalau kapur kasut tu dicalitkan kat rambut! masa pelakon tu bergerak, nampaklah habuk2 putih berterbangan di udara!

sorrylah mekap artis sekarang. yang kjee cerita tu kes dolu2. industri sekarang dah canggih. ada juga mekap artis yang sanggup keluarkan duit sendiri beli alatan mahal. kesian dia orang. sepatutnya alat2 mekap disediakan oleh produser!

kalau korang tengok cara pelakon dimekapkan untuk satu2 watak tu, pernah ke korang terkejut. yalah kalau adegan atas katil tengah nak tidur, bulu mata empat depa, rambut didandan keras dan lengkap bermekap bagai nak pergi parti. korang rasa sapa yang salah dalam hal ini? pelakon, mekap artis atau pengarah?

kjee salah 100% kepada pengarah. takkanlah pengarah tak nampak kot. dia yang duduk depan monitor masa shooting. mustahil tak nampak. pelakon memang sengaja test market. kalau tak ditegur, happylah dia maklumlah nak nampak lawa. lepas dimekap oleh mekap artis, ada pelakon yang ke belakang dan tokok tambah dengan alat yang mereka bawa sendiri. selalunya mekap artis tak berani tegur. so bila pengarah dah lepaskan, kita yang menonton berbuih2 mulut mengutuk!

kjee pernah perhatikan seorang artis ni. bukan artis muda. masa berlakon adegan solat, dia tidak benarkan mekap artis membuang mekap di mukanya dari adegan sebelumnya. bila kjee kata kenapa mesti pakai mekap untuk adegan solat. dia jawab kenapa tak boleh? mekap tu najis ker? kalau najis kenapa bubuh kat muka? tak dapek kjee nak jawab.

so rata2, adegan yang paling menjengkelkan dalam sesebuah drama tempatan bukanlah ceritanya tetapi penampilan pelakonnya dari segi mekap dan dressing.

ini satu babak dalam drama yang judulnya dah lupa!
masa kjee berlakon dulu, hampir semua watak kjee watak giler2. so mekapnya bersesuaian lah. kjee tak pernah komplen kalau mekap artis nak tepek pemerah pipi, lukis kening tebal mahupun lipstick yang merah menyala. kalau korang ingat masa berlakon santan berlada tu lagi giler! kasut sebelah biru sebelah hijau. anting2 sebelah panjang sebelah pendek, reben yang besar diikatkan di kepala dan macam2 lagi. itu semua kerana watak monaliza yang kurang seposen.

dan sekarang, kalau adegan itu dalam sebuah rumah (tak kisah rumah kampung atau rumah banglo) yang perabot dan langsirnya sarat barat, usahlah pakai baju2 yang juga sarat barat kaler dan bunga2nya. rimas penonton dibuatnya!

cubalah tonton drama atau filem omputih. pelakon kita pernah ke perhatikan mekap dan dressing pelakon2 asing tu. selalunya mereka akan pakai baju yang plain dan warna pun pastel. biasanya biru cair dan juga earth colors iaitu warna light orange, light brown dan peach. dan mekap dia orang natural giler! tak der bulu mata pelsu yang empat depa terlekat 24 jam! takkan itu pun tak boleh tiru kot!

pelakon kita mesti nak tunjuk lawa saja depan tv. agaknya dia orang takut peminat lari!tapi dia orang tak sedar, penampilan mereka itu lebih membuat peminat menyampah!!!

semua ini adalah sebahagian daripada masalah besar yang dihadapi pelakon kita sekarang. mentaliti mereka tak boleh diubah langsung. sampai bila? entahlah!!!

10 comments:

Anonymous said...

entahpun berlakun jadi org miskin jadi pemintasedekah tukang sapu tapi bulu mata maintain 4 cm.............logik ke...norasmah

Sally said...

that's why saya tak suka menonton filem atau drama melayu..boleh dikira berapa buah jer drama yang ok dari semua segi...filem??? tak payahlah..cerita langsung tak ada piawaian yg bermutu.

Anonymous said...

kadang2 sy tgk drama kt malaysia ni mcm same jer ngan sinetron indon tu.. sume mekap tebal2.. tak sesuai lah..
~surieya sweet~~

sharifah rosidah said...

hahaha lawaklah jee kau cerita pengalaman kaujadi pelakon dolu2 tapi memang betul ckap kau artis sekarang ni berlakon tak kena dengan penampilan, bab pakai bulu mata panjang berjela2 ni dia ingat cantik sangat dia tak sedar penonton meluat tengok benda yang fake2 ni.

atievan said...
This comment has been removed by the author.
atievan said...

hahhahaaaaa....gelak sakan sya baca n3 k.jee kali ni...tapi kan k.jee kalu brciter pesal watak ni sya xbaper pndai sgt sbb sya bkn pelakon tapi sya belajar dan cuba bandingkn drama/filem luar ngan kite nyer...mmg jauh panggang dr api...sah2 mmg betul k.jee ckp kbykan pelakon kite x buat homework...kalu x msakan mak sya yg tua bkn pelakon pun bleh menilai watak org tua camner....kalu k.jee betul2 nk tgk watak2 semcm ni yg bleh dkatakn berjaya sbb drp makeup.....sya sarankan k.jee tonton filem The Curious Case About Benjamin Button tayangan dia kat astro....watak seorng bdk remaja hingga watak seorang tua hanya dlakonkan oleh brad pitt & kate blanchett...sya pasti k.jee mesti xkan sangka watak org tuo tuss brad pitt & kate blanchett

Anonymous said...

kalau ada pelakon watak berumur 50thn pun agak urban. maaf cakap kalau Kismah Johar watak orang kampung pun kening mesti cukur. Apatah lagi pelakon-pelakon muda yang lain. berlakon bukannya nak menunjukkan bakat tapi rupa. teringin nak tengok pelakon watak gadis kampung dengan wajah polos. Tapi gais kampung yang tak pernah pegi bandar pun pakai bulu mata palsu tak pun kening dicukru rapi.

aNIe said...

Kjee...terlepas entri ni dulu...adoyai...gelak baca cerita kjee...memang pun pelakon kita ni memang kadang terlebih... ade ke sampai nak tido pun berbulu mata palsu... satu lagi kalau adegan gadis kampung tu jgnlah cari pelakon yang berambut perang atau rambut mereka dihilight.. janggal rasanya

Cool Lean said...

Saya ingat saya dan suami aje yg perhatikan dan ada bercakap2 pasal ni rupanya ramai yg serupa kami... Maaf cakap tp pelakon kita dgn pelakon diaorng sana bagai langit & bumi! Bila tak ada sambutan, mula la kata org bangsa sendiri tak menyokong industri.. Kenapa tak dilihat apa yang kurang di pihak mereka?

Anonymous said...

tq kakjee sbb ingtkn sy pasal cite santan berlada..cite OPAH pun sy rs satu cite yg genuine..skrg ni dh mcm iklan mekap je gayanye..nk tido ats katil g mekap tebal nam inci..alahai cite melayu...

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...