Saturday, March 12, 2011

128. kenapa suami mesti dibodohkan!

Dalam perjalanan balik ke KL malam tadi, mak mertua kjee bercerita kisah kawannya Mak Kiah (seusia dengannya), yang kecik hati kerana besannya tu menyindirnya. kononnya sejak anak lelakinya berkahwin dengan anak mak kiah, anak lelakinya dah jadi lain sangat.

lain macam mana? tanya Mak Kiah. Dia ni pun tak puaslah hati dengan perangai menantunya yang pemalas dan asyik mengharapkan isteri saja cari makan. anak Mak Kiah, seorang wanita yang jelita, usia pertengahan 40-an dan sangat kuat berusaha. siang malam dia mengejar masa mencari rezeki untuk membesarkan 5 orang anaknya.

selain membuka bisnes makanan, anak mak kiah juga belajar mengandam. ini bererti dia langsung tidak punya banyak masa menguruskan rumahtangga. suaminya? bila angin suaminya baik, barulah dia membantu di restoren. jika tidak, masanya sering dihabiskan membongkang kat rumah.

anak mak kiah ni seorang yang gemar menghias diri. penampilannya seringkali  berrsih dan cantik. tidak pernah dia keluar rumah dengan wajah berserabut. maklumlah, dia ni kan buat kerja part time mengandam pengantin. kalau wajah dia sendiri tak terurus, ada ker orang nak amik dia jadi tukang andam. terjejas pulak income dia kan?

kalau muka berserabai dengan pakaian tak sesuai ke restorennya, nanti pelanggan pun tak selera nak makan. apapun, semua ini tidak disukai oleh suaminya. dan sering berlaku adegan bertekak. kalau dia ke restoren isteri untuk membantu, seringkali 'duit jualan akan ghaib'.

mak kiah selalu sedih mengenangkan nasib anak perempuannya. tetapi seringkali dia pujuk anak dia supaya bersabar demi cucu2nya.

luka dihatinya akibat perbuatan menantu semakin berdarah apabila besannya pulak kata sejak berkahwin, anak lelakinya sudah tidak pedulikannya lagi. dahlah dia sekarang sudah tiada suami. tinggal pulak sorang. anehnya kata mak kiah, anak2 besannya sanggup menyewa rumah lain kerana tidak sanggup tinggal bersama di rumah mak kiah yang luas.

cermin dululah diri sendiri dan anak awak, kata mak kiah sambil bercerita kepada mak mertua kjee dengan linangan airmata. mak kiah cukup2 terhina apabila besannya kata dia ada kenal seorang bomoh. dia mahu jumpa bomoh itu untuk mengetahui samada anak lelakinya 'terkena buat orang'. in other words, anak mak kiah kononnya dah bomoh suaminya supaya tak ingatkan ibunya!

kjee tak tahu nak cakap apa dengan mak mertua berkaitan perkara ini. cuma kjee teringat pesan arwah mak dulu. jangan sesekali guna ilmu sihir keatas suami. tak cium bau syurga!!! tak malu ke kau nanti kalau suami kau jadi bodoh lepas kau bomohkan dia?!! kita nak suami yang pandai. biarlah dia tak pandai sekali pun tapi biarlah nampak pandai, pesan arwah mak berjuta2 kali.

justru apabila kjee berkahwin dengan unclepali yang lebih muda dari kjee, ada yang senyum dan kata terror bomoh kau. kongsilah!! malah ada yang message kat kjee mintak ayat bagaimana 'nak tundukkan suami' atau macam mana nak bagi suami dengar kata kita!!

kjee tunjukkan mesej itu kepada unclepali dan nadia. mereka ketawa berdekah2. alhamdullilah setakat ini kjee tak perlu suruh unclepali dengar cakap kjee. setiap apa permintaan kjee, kjee bentangkan dengan segala alasan yang munasabah. kalau dia tak setuju, nak buat macam mana. sekurang2nya kita dah bagitau kenapa kita nak buat sesuatu itu.

seringkali juga unclepali tolak bulat2 apa yang kjee bentangkan. tapi seminggu dua lepas itu, dia pulak cadangkan benda yang sama. ego lelaki...nak buat camner.

bab apa cara nak tundukkan suami? kenapa mesti tundukkan suami? kalau kita sering berbincang dari hati ke hati dalam situasi yang harmonis, ayat2 atau tangkal manapun takkan berjaya menyusup.

kjee mengaku antara kami suami isteri juga tidak pernah sunyi daripada pertengkaran. itu sebenarnya lebih mengeratkan kami. kalau kjee salah, sebelum tidur, kjee mintak ampun dan maaf. dan begitu juga dengan unclepali. lelaki mana nak mintak maaf tapi ciuman di dahi sebelum tidur sudah cukup mempamerkan kesesalannya.

kekadang, apabila kita sudah berkahwin, suami kita ni berat sikit nak menghubungi ibunya. ibu mertua kjee menghubungi anaknya setiap hari! kalau sehari kjee tak dengar dia call, hari keduanya kjee akan call atau suruh unclepali call. tapi biasanya anak lelaki ego. susah nak hubungi ibunya sendiri. tak macam anak perempuan kan.

jadi dalam masalah mak kiah ni, besan dia harus muhasabah dirinya. tanyalah soalan kenapa anak2nya sendiri enggan tinggal bersamanya setelah bapa mereka tiada. rumah besar yang ditinggalkan tu bukannya perlu bayar sewa...dan mengapa mereka sanggup bayar sewa tempat lain!!

makin lama kjee berkahwin dengan unclepali, semakin kjee merasa bersalah kerana selama ini tidak menyayangi ibu mertua kjee sebagai mana kjee menyayangi ibu sendiri. walaupun kampung ibu mertua hanya 1½ jam dari KL, namun kami suami isteri jarang pulang kerana tugasan masing2. kjee pulak sejak dua tiga tahun ini tak berapa sihat dan merasakan lebih selesa di rumah sendiri. nasib baiklah ada telefon sebagai penghubung.

untuk menutup kisah bodohkan atau tundukkan suami, korang fikirlah sendiri. zaman sekarang selain dari wang ringgit, kita perlukan seorang suami yang cerdik. yang boleh bawak kita dan anak2 ke jalan hidup yang selesa, dunia dan akhirat.

kalau di awal kahwin kita dah bodohkan dia, sendiri mau ingat lah!

NOTA: Eh ada ker lagi bomoh yang boleh tundukkan/bodohkan suami. please message saya kat FB. penting ni!! apa korang ingat kjee main2 ker? kjee nak interview bomoh tu untuk buat skrip drama. isyhhh tak baik tau nak ingat yang bukan bukan!!!!

4 comments:

sharifah rosidah said...

ya ampun sampai mati pun aku tak kan bodoh kan suami aku, kalau bodoh kan dia kita juga yang akan merasa bosan sbb tak ada tentangan apa kita cakap
dan buat semua betul,ish tak boleh dibayangkan lah. aku sebenarnya dah nak pergi orang kawin ni sempat lagi baca dan balas.

Anonymous said...

terleka melayan n3 blok kjee rasa terubat kebosanan tapi yg x tahan tang resepi2 kjee tu asyik membuatkan perut lapar semula walaupun dah makan

Anonymous said...

ceta jaman dulu2 je ni.....adake lagi main bomoh ni....nak cari kat mane....nanti dah bomohkan bodoh nak suruh buat ape minta duit la ni pun dah bagi ....nak jalan la ni pun selalu g jalan2...keje rumah dari dulu dok buat sama2 ...nonsense

Anonymous said...

Hmmm...mmg ada lg isteri yg sanggup buat keje khurafat....syirik ni...baru ni sy tgk sndiri seorg kenaln bodohkn suami..dibagi mkn ciritnya yg tlh dikeringkn dan dijampi oleh bomoh...di masuk dlm mknan n air...lauk yg sama klrga lain mkn..cuma yg trkene si suami jelah...isshh...isshhhhh...seram ah !

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...