Saturday, March 12, 2011

omelete kacang panjang

sudah lama betul tak buat telor dadar kacang panjang ini atau omelete kacang panjang. dulu kjee pernah makan kat satu restoren dibawah pejabat kat Taman Setiawangsa. Suaminya orang Melayu dan isterinya nyonya Singapura. nak mintak resipi malu. jadi apa lagi...buat ler sendiri. boleh makan begitu saja atau makan dengan nasi.

BAHAN2NYA:
10 tangkai kacang panjang dipotong suku inci, cuci dan tos
3 bili telor ayam
3 ulas bawang putih dicincang halus
lada hitam
sedikit garam
serbuk perasa

CARA MEMBUAT:
Panaskan kuali. bubuh 1 sudu kecik minyak dan tumislah bawang putih hingga naik bau. terus masukkan kacang pacang yang telah dipotong suku inci. kjee guna lada hitam berperisa jenama ajishio. kalau tak de, bubuhlah sedikit garam dan lada hitam. jangan banyak2 garam sebab telor nanti pun nak bubuh garam kan. golek2 sampai kacang setengah masak, keluarkan. pukul telor dan bubuh sedikit garam. jangan banyak sebab kat kacang panjang tadi dah ada garam tau. ambil kuali non stick. bubuh sikit je minyak. dadarkan telor tadi hingga lapisan bawahnya sudah nampak masak. kemudian terus tuangkan kacang yang telah dimasak tadi. susun bagi rata atas telor dadar tadi. telor dadar tu masih basah tau bukan dah kering ya. kalau tidak, nanti kacang tak melekat. kemudian tunggu seketika lepas tu terbalikkan. masak lagi kira2 satu atau 2 minit. kemudian terbalikkan lagi dan bubuh dalam pinggan. bab nak terbalikkan ni memang cemas sikit. hati2lah. tapi kalau pecah pun tak jadi masalah. masuk dalam perut pun hancur gak. kahkahkah. mesti ada yang tanya: "kjee...kalau bubuh cili boleh tak?" . kalau nak bubuh sukatilah korang. kjee tak suka. tapi kalau makan dengan cili sos, sedap beb.



5 comments:

izahdaut said...

kak jee..busy busy sempat masak ke? salute lah..
saya suke tengok kalau kjee belakon.real!!! mmg best..lama dah tak nampak kjee kat TV..busy tulis skrip rupanya....saya follow..best baca entry seorang artis yang berpengalaman neh..

MamaFaMi said...

Makan dengan nasi putih panas-panas, sekali dengan sambal ikan bilis. Pas tu dapat lak hirup sup ayam ke... i tell you...

CT NoArIzAh ArIs said...

waahh kjee bagi sy ilham nk wat b/fast style baru lak ni...tima kasih kak idea b/fast utk ank dh kering leh bagi mkn omelet kcg pnjg lak pas ni.

Nur68 said...

kalau sy buat omelet cam ni, adik2 sy mmg tak kan makan, entahla Kjee..sy suke omelet gini esp kalau tambah lagi dengan isi ketam....

Rabiatun Adawyah said...

nampak sedap ni kak jee..walaupun simple tp cukup menyelerakan..anak2 tun suka klu ada telur dadar..tak kira la mcmanapun..variasi telur dadar ye kak..

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...