Tuesday, March 15, 2011

136. Vadey/masalodeh

pening fikir nak buat apa untuk breakfast pagi esok? hah kalau ada kacang dhal, baik cepat2 pergi rendam. nanti bolehlah buat vadey atau masalodeh. anak2 kan tak sekolah, suruh dia orang joint venture tolong.

tak susah langsung nak buat. cuma bab goreng tu koranglah kena buat sebab bahaya terpecik minyak kat anak karang. kalau terpercik kat kita tak per. boleh tutup ngan bedak kan? hehehe

resipi ni kjee dapat dari Puan Rita, fren FB kjee dari singapura. makanan ini memang kesukaan kjee especially kalau panas2 lepas goreng. kalau masa makan tergigit cili hijau atau cili kering kat dalamnya lagi sedap.

kjee ingat lagi arwah mak guna cili kering untuk dimasukkan dalam vadey ini. tapi ada orang guna cili hijau. apa2pun boleh. kjee guna cili api sebab cili hijau tak der. tak teringat pulak ada cili kering.

first time buat dulu, kjee kisar guna blender basah. pastu susah pulak nak bulat2kan dan leperkan sebab lembik sangat. rupa2nya, toskan kacang dhal yang telah direndam semalaman dan kisar dalam blender kering yang kecik tu. cara itu bolehlah dibentukkan. ok kita tengok resipinya.

BAHAN2NYA:

1 peket kacang dhal (300gms)
2 biji cili hijau atau cili api ikut suka
1 labu bawang besar
1 sudu kecik jintan manis biji
garam
daun kari

CARANYA:

kacang dhal direndam sebelum tidur. pastu esoknya dicuci dan toskan airnya. kemudian ¾ daripada kacang dhal itu dimasukkan ke dalam blender kering dan trrrrrr sampai halus. pastu keluarkan dalam bekas dan campurkan ¼ baki kacang dhal tadi. bubuhlah garam dan aji kalau suka serta bawang besar yang telah dicincang. jangan lupa masukkan juga 1 sudu kecik jintan manis dan daun kari yang telah diracik, kalau ada. gaul rata. pastu masukkan cili. cili hijau atau cili api  diricik. rasa garam. kemudian panaskan minyak. basahkan jari jemari dan bentuk2 bulat dan leperkan dan masukkan ke dalam minyak panas. api biar sederhana untuk dapat hasil gorengan yang ranggup. selamat menerai.

6 comments:

dilah said...

kena wat ni... tp x leh wat esok. kacang dhal nya x de.. esok pg g kdai cari kcang dhal. bleh wat tuk minum ptg... thankz k jee 4 the idea...

Anie said...

kjee...sedap makan dengan cili hidup tu... memang terbaek...!!

Anonymous said...

sedap dikunyah dengan cili hijau yg pedas dan daun kucai...ngap ngap...dappp

cek chun said...

kat rumah main tumbuk je dengan lesung tu.
mak pun guna cili kering nih.
lama laa tak buat nih..
teringin la pulak

auliah said...

Agaknya saya ni tak habis menuntut kut? Dah beberapa kali saya buat..asyik hancur/pecah bila digoreng?
Kesalahan dikesan lepas baca resepi kak Jee...saya blen gunakan blender cili + air...lepas ni try guna blender kering pulak....

Anonymous said...

Nampak senang je kakjee buat.esok nak beli dal bean,nak cuba,lagi sedap,puas hati buat sendiri. Selama ni kita malas,beli je pagi2. Dapat motivasi dari kakjee.terimakasih.

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...