Wednesday, March 16, 2011

139. menu hari ini mac 16, 2011



ini menu tengah hari tadi. alhamdullilah syukur. dah kenyang. pada mereka yang nakkan resipi sambal bilis gesek mentah, lihat dibawah.

SAMBAL IBILIS GESEK MENTAH

kali pertama kjee makan sambal ini masa kjee gi Kuching, sarawak. sedap giler. betul2 membuka selera. apatah lagi kat sana dia orang ada cabai jarum atau cili padi halus yang podeh giler! heranlah sebab kat semenanjung tak der. mungkin sebab harus cam jarum maka dinamakan cabai jarum.

pastu satu hari kjee pun buatlah kat umah tapi guna cili padi biasa. arwah bapak nadia kata eh macam mak dia buat. ini makanan jawa. dia kata sambal gesek. oh ya ker? mungkin perkataan sambal gesek itu sebab orang jawa tak guna lesung tumbuk. dia orang guna batu leper dan ada anak batu yang dijadikan penggesek. so jadilah sambal gesek. sambal ni senang sangat buat. tak banyak kerenah. oklah kita tengok bahan2nya.

bahan2nya:
segenggam ikan bilis (dicuci dan ditoskan)
sambal bilis gesek mentah
cili padi/cabai burung ikut suka kepedasan (lagi pedas lagi sedap)
1 labu bawang sederhana besar
garam
limau

cara:
tumbuk cili padi hingga halus, masukkan bawang dan teruskan tumbuk sampai halus. pastu masukkan ikan bilis dan sambung tumbuk tapi tak payahlah halus2 sangat. bubuhlah sikit jer garam sebab ikan bilis pun dah masin. bubuh sikit jus limau. kacau sampai rata.
itu jer. sedapnya susah nak cakap especially kalau badan tak sihat dan tekak meragam. makan dengan nasik panas. tak payah masak tau.
ada lagi sambal gesek cara alain.  bawang dan cili digoreng seketika. bilis pun digoreng garing. pastu tumbuk semua bahan2 tadi. bubuh sikit garam dan jus limau. itu pun sedap gak. aduh kecur lak.

8 comments:

  1. cantik pinggan!!!!!!!

    ReplyDelete
  2. Kjee.. menu yang memang membuka selera

    ReplyDelete
  3. Kjee... sedapnye... camne nk buat sambal gesek tu?

    ReplyDelete
  4. wah sodapnyeeeee.... sambal gesek yg x thn tuuuu...

    ReplyDelete
  5. macam selalu bila tengok menu ni mesti nak antor perenn....tapi dah lewat posa le malam ni,sambal gesek tu dengan ikan cekik leher makanan semasa tinggal dengan arwah nenek d melaka dulu bila lauk ni mula masing2 tarik muka la ni padan muko kau rindu kat airtangan nenek...norasmah

    ReplyDelete
  6. unclepali kata ikan itu ikan selar kuning. entahlah selar kuning besar sikit. arwah maka kata ikan cekik leher.

    ReplyDelete
  7. kjee ni mmg pekat kejawaan klu tang makanan..teringat zaman kecik2 dulu mmg makanan wajib,hilang kejawaannya bila dapat hasben melayu

    ReplyDelete
  8. kawan saya penah ajar makan sambal gesek ni
    sedap

    ReplyDelete