Friday, March 18, 2011

145. daging goreng berlado


nampak jer simple lauk ni tapi seperiuk nasi boleh abis tau. first time kjee masak satu lauk jer for lunch tapi kami makan cukup berselera sekali. bolehlah buat selalu. jimat sikit belanja kan? hehehe

daging goreng berlado ni makanan minang. dia orang buat dendeng daging berlado. kjee tak pernah buat tapi selalu makan.

okaylah kita tengok resipi lauk simple ni. mesti korang menyampah sebab semua orang tahu buat. ader aku kesah? biarlah yang tak reti buat belajar kan? kjee guna daging batang pinang sebab bila dah tua2 cam ni, dah maleh nak mengunyah daging keras. kalau guna daging tak tak berapa lembut, bolehlah rebus dulu sampai empok.

bahan2nya:

300 gms daging batang pinang
4 biji cili merah
4 biji cili hijau
sedikit cili api (kalau suka)
2 labu bawang besar
2 ulas bawang putih
serbuk kunyit
garam
serbuk perasa (optional)

cara:

1. daging dihiris nipis. perapkan kira2 sejam setelah dibubuh serbuk kunyit dan garam.
2. tumbuk cili hijau, cili merah dan cili api. jangan terlalu halus. kemudian tumbuk pula sebiji bawang besar.
    sebiji lagi dihiris bulat2.
3. bubuh minyak sebanyak ½ ke dalam kuali dan goreng daging hingga garing. keluarkan.
4. kemudian tumis bahan2 tumbuk hingga naik minyak.
5. setelah agak garing, bubuh sedikit garam dan perasa kalau suka. jangan banyak sangat garam sebab daging
    tadi sudah diperap dengan garam. kacau seketika dan masukkan bawang yang telah dihiris bulat2.
6. apabila bawang sudah layu, masukkan daging dan kacau hingga rata dengan sambal tadi.

itu aje. makan dengan nasi panas2. mak oi sedapnya. selamat mencuba.

4 comments:

Cik Atul said...

lapanye tgk daging ni kjee. terliur da ni. bsok nk try msk for lunch la. bru blaja2 masak ni. hehe. tq kjee. ;)

suzi fauzi said...

say mesti cube..tqvm kjee..muahhhss

sharifah rosidah said...

ini lauk kegemaran anak dara aku shiqin. cara aku lain lepas ni bolehlah aku cuba cara kau pulak.

FABS Online said...

sedapnye..dgg baru beli smlm..leh try ni..;)

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...