Friday, March 18, 2011

146. sibuk giler beb!



Mulai hari ini, kjee ada banyak tugasan yang perlu diselesaikan. Apa lagi kalau bukan nak mengetuk skrip. So, kjee hanya hanya menjenguk dan update blog ini apabila ada kesempatan. Kjee tidak dapat pastikan bila tugasan itu akan siap sepenuhnya. Tetapi mungkin antara dua minggu hingga sebulan.

Apapun, kjee tidak lupa untuk mengumumkan peraduan petua untuk orang tua Isnin depan. SELAIN TIGA HADIAH YANG DISEDIAKAN, ADA SATU LAGI HADIAH UNTUK SESIAPA YANG DAPAT MENEKA DENGAN TEPAT PEMENANGNYA. SILA LIHAT DI KEDUA2 ENTRY UNTUK MENILAI PENYERTAAN2 TERSEBUT. ADA TIGA KATEGORI PEMENANG   1. PETUA PALING ORIGINAL 2. PETUA PALING MENARIK 3. PETUA PALING KELAKAR.

Terima kasih kerana rajin mengintai blog kjee. Sudah hampir 2 bulan blog ini wujud. Mana nak sangka kjee telah masukkan 145 entries dalam masa yang singkat itu. Ramai komplen cepat sangat sehingga tidak terkejar membacanya. Dan views pun sudah hampir mencapai 100,000. Itu suatu pencapaian yang cukup hebat dan kjee sangat2 happy! Terima kasih semua.
 
Okay semasa kjee sibuk menulis skrip, korang bolehlah catch up on your reading. Baca balik dari entry no 1 hingga ke entry ini. Setelah membaca, tentu korang tak ada lagi soalan2 yang hendak ditanya kepada kjee mengenai diri kjee. Kata omputih, I am what u read.

Dua hari lepas ada student UUM hendak interview kjee pasal bab penulisan skrip. Kjee rasa itu untuk kajian dia. Carilah penulis skrip lain. Kjee bukanlah hebat sangat. Ramai lagi yang hebat seperti Sharifah Abu Salem, Azlina Pak Wan, Dilla Hussein ataupun Wahid Nasir..sekadar menyebut beberapa nama.

Okay guys...see you when i see you!! Muahhhh.

4 comments:

  1. kalu kjee sebuk nanti rindu le ....jgn mare ye .pada cooking special...pada kjee coz gurau senda dan cerita merapu kita....tapi tak pe so far pun dok ketuk2 je intai2 jige muka kami nanti.....norasmah

    ReplyDelete
  2. salam kak jee...

    saya lompat dari blog mat gebu...
    kak jee ni yg selalu dok belakon kat tv dulu kan? yelah tu.. kat profile pun ada tu.. jadi skrg akak jd penulis skrip drama & filem pula ye.. tahniah kak sebab ada bakat menulis..
    saya follow ye... terima kasih..

    ReplyDelete
  3. selamat berskrip kjee..ari tu saya dengar satu skrip dalam drama asmara..sejarah tak boleh kita ubah, tapi kita boleh lupakan..love it coz i dont wanna live in the past ...

    ReplyDelete
  4. jee kau pun apa kurang nya sebenarnya lain penulis lain gayanya masing2 ada keistimewaan tersendiri. selamat menulis skrip yang bagus-bagus jee.

    ReplyDelete