Friday, March 18, 2011

147. catatan oda dari agendadaily.com

ENTRY INI ADALAH CATATAN SAODAH ISMAIL YANG MENULIS DI   http://www/agendadaily.com




MEMBACA komen-komen tentang Hikayat Merong Mahawangsa, filem epik terbaru yang dibuat oleh tiga saudara yang tidak asing lagi, KRU, sudah cukup untuk memanaskan punggung kita untuk berlari ke panggung dan duduk menonton.

Dan sekalipun saya belum berpeluang berbuat begitu, saya yakin pasti ia adalah filem yang patut ditonton. Kerana ia dibuat oleh KRU. Bukan bias atau nak umpan tiket free, tapi sejak dulu, saya sememangnya selalu rasa mereka sentiasa mencabar diri, untuk buat yang jauh lebih baik, dan berbeza dengan orang lain. Ini sudah terbukti dalam penerbitan album dan lagu, dan kini lewat filem-filem pula.

Sebab itu bila ada cakap-cakap yang kurang enak didengar sewaktu KRU diberikan peluang buka studio di Cyberjaya, saya rasa ia hanyalah dari kalangan orang yang iri hati kerana mereka tidak dapat peluang sebegitu. Yelah, siapapun boleh kata, kalau dapat geran besar tentulah boleh bukak studio yang canggih manggih. Tapi geran saja belum cukup jika tak ada keupayaan, kemahiran dan kecintaan yang mendalam pada seni dan teknologi.
Masa itu ada yang kata Norman pandai main politiklah, itulah inilah dan macam-macam. Pada hal tak ada kena mengena langsung apa industri seni muzik dan filem dengan politik. Kalaupun betul dia berpolitik, eloklah juga sebab Norman bukan pemuda yang sekolah sampai darjah enam. Dan dia pun, tak adalah pulak nak menyalahkan dunia seni yang akhirnya tak bawa apa-apa, macam yang Bob Lokman sebut bila dia bagi ceramah di surau KLCC baru-baru ini.



Khabarnya orang yang dengar ceramah hari itu terhibur, yelah Bob semasa jadi artis juga seorang pelawak.


Berbalik pada Norman dan adik-adiknya yang saya anggap adik beradik yang genius, saya rasa kalaupun mereka itu masuk politik, ia bukan kerana ‘industri seni” tempat mereka cari makan selama ini sudah tak ada apa-apa, tapi sebagai nilai tambah pada persona mereka sendiri.


Cuma saya suka nak ingatkan Bob Lokman atau mana-mana artis lain yang tengah fikir nak jinak-jinak dalam politik. Jika kita ada keinginan atau semangat untuk majukan masyarakat atau bangsa kita, dalam seni pun boleh diperjuangkan. Tak payahlah nak tunggu berjanggut dan berjubah sakan baru nak cakap itu dan ini. Seni muzik, seni teater dan seni filem semuanya ada falsafah dan perjuangannya yang tersendiri.


Perjuangan itu bukan fizikal. Bukan terletak pada saiz serban atau labuhnya jubah. Tapi perjuangan itu harus lebih dalam. Syabas Norman, Yusry dan Edry yang telah telah berusaha mengubah persepsi umum tentang filem Melayu. -17/3/2011

3 comments:

Anonymous said...

saya setuju sungguh dengan tulisan saodah itu. tak perlu mendabek diri kononnya akulah yang terhebat, aku yang terbaik, aku yang teralim lebih mengenal Allah dari kamu. habis sedunia digemakan kehebatan kita. Hanya Allah yang Maha tahu siapa diri kita. buat kerja yang baik senyap-senyap. setiap kerja yang baik adalah ibadat. dan hasil kerja KRU yang senyap2 itu begitu menggemparkan. ramai yang ternganga menyaksikan kehebatan Merong mahawangsa. selama ini ramai yang tak tahu ada sebuah cerita rakyat yang bersifat global dari negeri jelapang padi Kedah. Tahniah KRU!

Anonymous said...

ya kakoda ...dulu satu ketika dari negeri jelapang padi ni lah keluar perkataan kumpulan rosak ugama KRU apa mereka tahu sendiri buat tafsir menuding jari pada orang sedang mereka ini cuba untuk membangunkan kegemilangan....takde pendirian umpama seekor kerbau membawa lumpur habis semua terpalit..bagaikan nila merosakkan susu sebelanga sedangkan pada hakikat sebenarnya anak muda ini cuba untuk membuka mata dunia kehebatan negeri jelapang padi suatu waktu dulu...itulah lain kali pandang2 dengar2....kaji dulu ini tak sorang je bercakap berkait2 sampei yang ke 100 dah jadi lain ....norasmah

sharifah rosidah said...

terkenang masa dia sakit masa dulu, kehulu kehilir mencari dana untuk mengubati sakitnya tu, tapi tak ada pun alim ulama datang menolong sbb dia orang seni, orang seni kan banyak dosa itu kata alim ulama bukan kata aku. tau tak siapa yang menolong dia dato dr siti zaharah waktu itu dato siti jaga kementerian kesihatan.lepas tu bila sihat dia jadi pembantu peribadi kepada seorang ahli politik dari negeri utara aku dah lupa namanya siap dia buat pengumuman akan mengundurkan diri dari dunia seni eh tetiba tak sampai dua tahun dia dah tak bekerja dengan ahli politik tu tak dengar pulak dia bergaduh itulah kalau buat kerja tak jujur cumaa untuk kepentingan dan kebendaan untuk diri sendiri tak kira kerja apa pun sama ada politik atau tidak. sebenarnya bila orang tak layan apa yang kita minta kita kecewa sudah nya melompat sana sini macam katak.

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...