Friday, March 18, 2011

148. sup tulang

Orang lain buat sup tulang banyak bahan2nya tapi kjee simple jer. Tapi kalau nak cuba, silalah. Kjee memang malaslah nak masak bubuh banyak bahan. Walaupun ala kadar jer, janji sedap kan?
 BAHAN2:
1kg tulang yang ada isi sikit
3 labu bawang besar (setiap satu belah empat jangan bagi putus)
4 ulas bawang putih dimayang
sebatang kulit kayu manis
2 bunga lawang
1 peket sup bonjot
1 kiub pati daging atau ayam knorrs
halia sebesar ibu jari
satu sudu lada hitam ditumbuk
daun sop
bawang goreng
3 biji kentang

CARA MEMBUATNYA:
Rebus tulang yang ada sedikit daging hingga dagingnya hingga empuk. Tulang tak payahlah empuk yer. Halia, dua biji bawang besar dan bawang putih ditumbuk/blend. Pastu tumis bahan tumbuk hingga naik wangi dalam periuk. tuangkan rebusan sup tulang dan isnya ke dalam periuk tumisan tadi.  Masukkan kulit kayu manis dan bunga lawang. tambah air sebanyak mana yang diperlukan. Masukkan peket sup bonjot, lada hitam dan pati daging/ayam knorrs. Masukkan juga kentang dan rendidih sampai kentang lembut. bubuh garam dan serbuk lada hitam. Hiaslah dengan bawang goreng dan daun sup. Kalau nak bubuh carrot pun ok. Tadi kat peti ais tak de stok.
Kjee guna periuk tekanan udara (pressure cooker). Masa memasak berjaya disingkatkan. Jimat gas.




2 comments:

hartati said...

Kjee, kalau sup tulang saya buat lagi sempoi tapi alhamdulillah anak2 n suami makan mandi sup. Sy rebus tulang sebaiknya selangka dlm pressure cooker bersama sup bunjut, garam, serbuk perasa n lada sulah selama 50min. Bahan tumis, bawang kecil, bawang putih n halia dihiris. Daup sup n daun bawang potong seinci. Tumis bawang n halia, bila dah kning, masukkan daun sup daun bawang, then masukkan dua senduk air rebusan daging tu, kacau then masukkan dlm periuk.Sedia untuk dimakan, Sedap n wangi

sharifah rosidah said...

aku pun selalunya kalau buat sup tulang yang sempoi aje, tak lah beria-ia letak bagai renchah nya tapi alhamdulillah sb dan anak-anak kata ok, so kira tak teruk lah rasanya.

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...