Saturday, March 19, 2011

149. Comedy 1 Malaysia diminati?

Foto: Murai.com
Dalam sibuk2, sempat jugak kjee tonton Juara Raja Lawak semalam. Kjee tak follow dari mula tetapi sekali sekala apabila tertekan channel 105 kat Astro, Kjee pun duduklah tonton. Ada kalanya ketawa jugak terbahak2. Tak baik tau kalau kata mereka tak lawak langsung.

Kjee ni jenis manusia yang susah hendak ketawa kalau seseorang itu buat-buat  lawak. Buat lawak dengan buat-buat lawak adalah dua perkara yang berbeza. Itu pada Kjee. Pada korang, tak tahu lah pulak kan? Kalau ada yang buat-buat lawak, cepat jer jari jemari Kjee menukar ke channel lain. Itu kalau tengok TV.

Maka malam tadi, Kjee begitu teruja hendak tengok Juara Raja lawak sebab Kjee ada follow dua tiga episod sebelum ini. So Kjee kenallah, seorang dua contestant dia. Dan sejak mula, pilihan Kjee adalah kumpulan R2 sebab Kjee rasa elemen lucu yang dibawak mereka agak baik. Begitu juga dengan Man.

Maaf cakaplah, sejak Nabil muncul dalam industri ini, Kjee memang dah tak minat nak tengok lawak pelawak lain yang makin lama makin hambar. Pada Kjee, Nabil antara genius dalam bidang ini setanding dengan Jamali Shadat, Ar Badul, R Jaafar,Yahaya Sulong dan Salleh Yaacob. Pelawak alaf baru yang mulanya Kjee minat dulu ialah Saiful Apek dan Yassin.

Malangnya, Saiful Apek terlalu cepat mengejar kariernya. Dia cekup apa saja sebab dia tahu trend lawak akan cepat berubah. So selagi dia boleh kejar dia kejar sehinggakan orang dah mula mual tengok dia. Maaflah..bukan orang tapi Kjee. Buat apa nak tuding jari pada orang lain kan?

Selepas Saiful, Yassin antara pelapis pelawak yang pada Kjee cukup hebat. Tetapi, Yassin merelakan dirinya dikuasai oleh pengaruh lain yang menyebabkan dia kejap timbul kejap tenggelam. Orang nak ambik dia berlakon pun jadi takut sebab keadaan dia yang kurang stabil.

Kemudian muncul Nabil. Nabil mengejutkan industri lawak tanahair dengan stand up comic nya yang cerdik. Mungkin anak2 sekarang tidak berpeluang melihat cara lawak Jamali Shadat. Uncle Jamali sangat hebat. Kehebatannya hanya boleh ditandingi oleh Nabil, rasa2 Kjee lah.

foto: me-and-typewriter.blogspot.com
Tapi Nabil pun ada sifat 'tamak' macam Saiful Apek. Dia cekup saja apa yang lalu depan mata dia sebab dia pun tahu kalau tak cekup sekarang, peluang lain mungkin tak akan datang. Maka dia pun hampir2 jadi macam Saiful Apek.

Hampir setiap stesyen ada rancangan yang menampilkan Nabil. Tidak cukup dengan over exposure dia, dia juga turut terdedah dalam pelbagai masalah peribadi yang buat ramai mula kurang minat pada dia.

Malam tadi muncul lagi satu stand up comic yang sama acuannya macam Nabil. Kemunculan Man hasil didikan yang hampir sama diterima Nabil.

Kalau korang perasan, Man sebenarnya ada a few persamaan dengan Nabil. Dia bekerja di Pos Malaysia. Ada kata dia posman. Kalau betul dia posman, maka itulah persamaan pertama dengan Nabil. Korang mesti ingat, Nabil dulu Mat Despatch. So dua-dua kerja bahagian antar surat.

Persamaan kedua ialan Man mungkin cuba meniru sedikit cara Nabil iaitu dia menyuntik lawak 1 Malaysia. Nabil pernah guna lawak ala2 Cina ketika bertanding dulu. Semua orang suka giler. Dan malam tadi, Man jugak menyuntik elemen ala Cina dalam persembahannya.

Nyata sekali lawak 1 Malaysia diminati sejak zaman P Ramlee hingga kini. P Ramlee jugak selalu inject jenaka pelbagai bangsa Malaysia. Teman2nya seperti Ar Tompel dan Ibrahim Din (Do Re Mi), juga melakukan yang sama.

Kemudian Jamali Shadat turut serta dan buat lawak ala Malaysia. Dia punya lagi kelas. Selain daripada mengajuk bahasa Cina, Tamil, Jawa dan Benggali, Jamali juga berupaya mengajuk suara kanak2. Itu menjadi identitinya hingga sekarang. Bagaimanapun, lawak Jamali Shahdat sudah ketinggalan zaman. Beliau tidak lagi berupaya mengubah lawak cara yang dikehendaki orang sekarang.

Justru kemunculan Nabil mengejutkan semua! Nabil banyak buat homework. Kjee tahu Nabil banyak tonton standup comics antarabangsa. Mungkin dia turut terpengaruh dengan Eddie Murphy, Jim Carey mahupun Robin Williams, sekadar menyebut beberapa nama. Dia jadi Mat Despatch bukan kerana dia tidak cerdik. Mungkin kerana dia malas hendak lanjutkan pelajaran. Biasanya, orang seperti ini suka cari kerja yang 'senang2' seperti menjadi Pak Guard ataupun Mat Despatch. 

Boleh ke Man pergi sejauh Nabil? Soalan itu sukar hendak dijawab. Man boleh cari makanlah. Itu jawapan mudah Kjee setakat ini. Ataupun jika ada rezeki anak2nya, Man akan jadi pelakon lawak seperti Apek, Lan Pet Pet mahupun Yassin.

Malam tadi, persembahan Man belum cukup mantap. Kemenangannya pada Kjee, hanya 50-50. 50% tuah dan 50% lagi bakat. Nabil dulu 80% bakat dan 20% tuah. Kenapa Kjee kata Man hanya 50-50? Sebab pada Kjee, persembahan R2 pada segmen bebas, cukup baik. Tetapi mereka kecundang di segmen muzikal.

Foto: yidio.com
Kjee tak berapa concentrate masa Man muncul di segmen bebas sebab masa tu Unclepali baru jer balik bawak satay. So, kami tiga beranak berebut makan depan TV hinggakan mata Kjee lebih tertumpu kepada satay daripada Man. Apapun, mungkin juga Kjee tak adil otak kjee dah set nak R2 menang.

Bagaimanapun, selepas menonton Man di segmen muzikal, terus Kjee kata Man akan menang. Lagipun, juri bertiga tu tak adil sebab bagi standing ovation pada Man, sebaik sahaja dia habis membuat persembahan. Itu secara tidak langsung boleh mempengaruhi pengundi. Tapi Kjee puas hati Man menang. 

Tahniah Man. Perbaiki lagi mutu persembahan. Awak memang ada bakat dan layak berdiri di sisi pelakon lawak tanahair lain. Cuma kena banyak practise dan banyak bertukar2 pendapat dengan kengkawan.

Bagaimanapun, tiada sesiapa pun antara finalist yang Steal The Show melainkan Jo, Zizan, Jamal Abdilah, Joe Flizzow dan seorang lagi yang Kjee tak kenal. Kita harapkan persembahan finalis lebih kencang sebab mereka bertanding tetapi tidak.

Whatever, Kjee nak tengok pulak Maharaja Lawak yang akan disiarkan mulai April depan. Itu satu idea yang genius dari Astro! Kita tengok siapa jadi Maharaja kelak! Layannnn.

4 comments:

inahar ali said...

kita pun minat kt man dari minggu pertama lagi..selain tu minat gak kt R2 & balas tp few weeks terakhir..kump balas nih mcm menurun persembahan mereka..so mmg sokong man & r2..sebaik man menang!!

Anonymous said...

man memang patut menang pun. persembahan lawaknya konsisten dari episod minggu pertama lagi. sementelah pulak balas dan r2 ada kekurangan dalam segmen muzikal tentulah kelebihan undian sms berpihak kepadanya. kadang-kadang standing ovation juri terhadap finalis kesukaan mereka tidak mampu mempengaruhi undian sms spt yang berlaku dalam rajalawak sebelumnya. saya tak berapa pandai nak mengupas rinci tapi saya rasa itulah yang berlaku. saya hanya ikuti progrm realiti rajalawak astro je...lain2nya tak kisah pun

Rifa said...

Kjee...rasanya ini final raja lawak yang the best sekali....top three tu memang selayaknya ada kat pentas final...saya minat kat R2..lawak dia selamba...mungkin rezeki dia kat luar nanti....tapi yang paling tip top mesti lah Zizan dan Johan...

sharifah rosidah said...

tahun ni punya raja lawak tak tengok langsung jadi tak dapat nak beri pendapat.

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...