Sunday, March 20, 2011

Baked Potato Skins

sedap makan panas2 tapi hati2 dengan cheese tu.
Kjee rasa kan nak buat baked potato skin ni mesti kena guna kentang yang cepat empok. Kalau tidak, memanglah azab nak menunggu dia masak. Kjee guna red potatoes yang kjee jumpa (dan of course lah beli ) masa pergi Tesco baru2 ni. Kalau red potatoes tak der, US Russet potatoes ataupun kentang Indon pun boleh.

Oleh kerana resipi ni memerlukan pengunaan kulitnya, maka sendiri mau ingat lah. Kena gosok perlahan2 kentang tu dengan kain basah pastu cuci bersih2. Pastu buangkan atau korek sikit 'mata' dia.

BAHAN2NYA:

5 biji kentang merah (sukati nak guna kentang apa)
ceddar cheese (kjee beli dah siap sagat kat Tesco)
lada hitam
10 ekor udang
minyak zaiton

CARANYA:


 Selepas kentang dicuci bersih, dilapkan hingga kering dengan tisu dapur. Pastu belah dua.

Gunakan sudu untuk keluarkan isi kentang dan tinggalkan kira2 ¼ inci isinya keliling kentang tadi. Kalau boleh guna sudu murah yang harga satu hinggit tu sebab sudu tu tajam dan nipis sikit daripada sudu mahal yg tebal. Kalau tidak, boleh sakit tangan macam kjee kena tadi.

 Kentang yang dikorek keluar tu jangan dibuang. pepandailah nak buat apa. kjee hiris balik nipis2 dan goreng macam fries. Sedap rupanya kentang mahal buat fries. Makanlah fries masa nak tunggu baked potato skin masak. Hehehe.

Panaskan oven ke suhu 250 darjah. Cucuk2 dengan garfu di kulit kentang dan susun  atas dulang pembakar yang telah disapu sedikit minyak. Kemudian titislah sedikit minyak dalam setiap kentang (Kjee guna minyak Zaiton. Apa2 minyak pun boleh).  Taburkan sedikit serbuk lada hitam keatas setiap kentang dan masukkan dalam oven. Kjee guna ajishio pepper sebab dah ada campur garam. Kalau tak ada, taburkan sedikit garam pada kentang. Bakar selama 45 minit. Tetapi setiap 15 minit diterbalikkan (upside down) kentang tu hingga garing.

Bila dah garing, terbalikkan semula dan bubuh keju hingga ¾ paras kentang. Pastu susun udang diatas keju dan bakar kembali selama 5 minit. Atau hingga dirasakan udang sudah masak. Selalunya tak payah masak udang lama2 nanti jadi keras.

Selepas itu keluarkan dan makanlah dengan mayo atau cili sos. Sedap kalau ada iringan Fresh Mushroom Soup dan garlic Bread.

Gambar di bawah adalah Potato Skins yang Kjee buat di hari lain. Kjee belah ala2 wedges, buang sikit isi kentang, titis sikit minyak Zaiton pastu bakar sampai garing. Bila dah garing, Kjee keluarkan, taburkan ceddar Cheese dan bakar lagi dalam dua tiga minit atau sampai cheese cair. Pastu masa nak makan, Kjee bubuh sikit sambal udang kering garing yang buat sendiri atau beli dalam botol. Makan dengan mayo atau cili sos pun sedap.




Ini dipotong ala wedges.

6 comments:

| xDer | said...

owh! tidakkk!!! hehehe potato my feberet :) lagi2 balas dgn cheese yummieeeeeee

Recently: Supermoon - Bulan Penuh terbesar dalam 18 tahun

♥MAMASYAZA♥ said...

sedappppnye akak....

Niza Romli said...

erm, saya suka makanan ini.
nak try la..tq kak jee.

aima said...

sedapnya....ooo mcm ni buat nya...

Anonymous said...

sedapnya kjee..kak jee nk mtk izin nk amek resepi kat sini..nk try masak..boleh ek?time kaseh..

sharifah rosidah said...

nak cuba buat bake potato resepi nyang kedua tu nampak betul2 menyelerakan.

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...