Wednesday, March 23, 2011

159. Petua Untuk Anak2

Sejak Kjee tulis entry pasal petua, barulah kita semua sedar betapa orang Melayu memang kaya dengan petua. Malah, nenek moyang kita memang menjalani hidup berlandaskan petua2. Sayangnya, semakin lama semakin pupus semua petua warisan nenek moyang.

Orang sekarang memang tak berapa suka meneruskan budaya petua ini. Anak2 muda sekarang kata terlalu susah kalau hidup dikongkong oleh petua. Tetapi kalau dah terkena atau tersepit, tahu pulak menanya ibu dan nenek di kampung.

Moden macam mana pun, kita harus ambil ikhtibar daripada segala apa yang menjadi ikutan keturunan kita. Apa yang nenek moyang kita lakukan, bersebab. Dan dengan mengamalkan petua yang diturunkan oleh generasi sebelum mereka, hidup mereka selamat.

Dibawah ini Kjee senaraikan petua2 yang telah disumbangkan oleh kengkawan kita, apabila Kjee meminta penyertaan untuk entry Petua orang Tua2. Kjee akan bahagikan beberapa siri.

Siri pertama Kjee senaraikan petua yang boleh diamalkan untuk mereka yang mempunyai anak2.  Kjee siarkan dalam bentuk asal. Kjee hanya ubah perkataan yang menggunakan singkatan.

PETUA2 UNTUK ANAK2

1.  petua budak kencing malam: ambil labah2 yang mati meragan kat sarangnya dan
masukkan ke dalam pusat anak yg selalu kencing malam.(Azlinda)

2.  saya pun ada petua juga dah buat menjadi.  petua orang dulu2 mak yang buat untuk cucunya..kalau ada anak2 yg suka kencing malam, ambil tilam yang anak tidor tu surrh dia junjung keliling kampong pada waktu tengh malam...memandangkan duduk rumah taman mak bawa cucu dia pusing blok ajela...alhamdulillah anak adik tu tk kencing mlm dah....fatimah hanim

3.  kalau nak anak tido nyenyak dalam buai...sebelum masuk buai wat kali pertama..masukkan dulu lesung batu atau batu berat....
jadi anak akan tetap tidur lena...cam batu tu...duk berenjut je kan..hehhee...ena


4.  tak tau la ini dipanggil petua atau apa ntah. ada sorang hamba Allah botakkan kepala anaknya 44 kali.  asal tumbuh je dicukur abis rambut anak perempuannya tu. katanya ini adalah petua orang dulu2 untuk jadikan anak itu seorang yg bijak pandai. ye ke? wallahualam. Eqin khadijah

5.  kata seorang ustaz celupkan/sentuhkan jari telunjuk kanan pada madu dan berselawat 3 kali.  biarkan jari bermadu itu dihisap bayi. kelak bayi itu tidak degil, mendengar kata dan amat kasihkan kita. Insya-Allah – anonymous

6.  petua dari mak kalau basuh kain lampin, baju baby atau keperluan baby yang lain jangan disidai di luar waktu malam dan hari berangin nanti baby tu kembong. bawa jerlah kain baju tu sidai kat dalam rumah jer. – norhaniza

7.  petua dr atuk kita utk budak kencing malam.. yg nie utk budak 5 thn ke atas..
Baringkan anak dan angkatkan kaki anak ke atas sehingga punggung pun terangkat sekali..Pastu sambil angkat tue kita kena cakap ' bah siang kemarau malam' ckp lah 3 kali..insyaalah mujarab hehehe..farrah

8.  ni petua mak mertua saya kalau anak sedu...koyak kertas putih besar ibu jari, basahkan dgn air liur sambil tu baca "ku keredas kerakap dari jawa, hilang kau sedu, timbul kau nyawa"...hafizah

9.  petua nih mak saya selalu amalkan kat rumah...ni terutama klu ada antara ahli keluarga jatuh ker pastu kesan jatuh tu tinggalkan kesan lebam @ bengkak....campurkan asam jawa, garam dengan sedikit air. Sapukan ke tempat yang benjol atau bengkak. Dalam masa beberapa minit bengkak akan menjadi susut.- ismaliana

10.  Kalau anak2 kecil buang2 air yang kerap. Rendam serbuk teh dgn sedikit air panas tuk hasilkan teh yg kelat. bagi ada anak2. Teh yg kelat boleh bertindak memberhentikan cirit birit. Kat kg harapkan klinik kerajaan (kalau dah lewat mlm) jadi ini ikhtiar pertama dilakukan sementara dapatkan rawatan susulan di klinik.Mak selalu lakukan pada adik2 dulu. Kini saya lakukan untuk anak2 saya lak. alhamdullilah ada kebenaran apa yg mak ikhtiarkan dulu..haiza kl.

Terima Kasih atas sumbangan petua2 diatas. Mudah2an ramai yang akan mempraktikkannya.



2 comments:

dilah said...

bgus petua nya....
dilah pun ade petua jugak... memandangkan sekarang ni musim duriannnn... kata atok dilah letak air suam pd kelosong durian.(pas hbis mkn ler) sebelum minum tu selawat lah dulu... pasti mlm tido x pnas... lg 1 petua kulit durian ni boleh menghalau nyamuk... kami sekeluarga pas mkn durian kulit nya kami x buang trus. kami kumpulkan tuk menghalau nyamuk. mmg berkesan.

uchee said...

ooo kak jee pun guna petua no. 8 tu yer. teringat masa kecik2 klau kesedu arwah mak tampal kertas putih kat dahi...

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...