Thursday, March 24, 2011

161. Kuchai Goreng Telor




Ini adalah menu sayur yang sangat disukai adik beradik kjee masa kami kecik2 dulu. Arwah mak memang pandai pelbagaikan masakan beliau sehinggakan bila beliau tiada, kami terasa kehilangan yang amat2 besar. Bukan sahaja rindu beliau tetapi air tangan beliau. Ala kisah sedih lak. Okaylah kjee nak cepat ni. kita tengok camner buat resipi ni yer.

BAHAN2NYA:
1 cekak kucai (dipotong satu inci)
2 biji telor ayam
4 ulas bawang putih diketuk
kicap ikan/kicak sotong/nampla ikut rasa
serbuk perasa

CARA MEMBUATNYA:
Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bawang putih hingga naik bau. Jaga2 jangan bagi hangit. Pastu cepat2 masukkan kuchai. Golek2 kira  kira ½ minit pastu masukkan kicap ikan ikut rasa. Jangan berani2 nanti termasin lak. Bubuhlah jugak serbuk perasa. Kemudian, tepikan kucai di satu sudut kuali dan pecah dua biji telor kedalam kuali. tunggu ½ minit, kemudian tolak kucai tadi atas telor dan biarkan kira2 1 minit. Kacau perlahan2 supaya telor tidak terlalu berderai. Itu sahaja. Dah siap.
Makan dengan nasi panas dan ikan gelama jeruk goreng garing2. Ataupun cencaru belah belakang sumbat sambal. Adoi!


3 comments:

Ismaliana said...

kak gee...la ni baru saya tau leh masak cam ni...selalu letak kat mee @ kue tiaw jer...mmg favourite hubby ngan saya sayur ni...klu masak mee ngan kue tiaw penuh ngan sayur ni dari sawi...sedap letak banyak²...saya gak tanam pokok ni tau kak gee...lepas nih bleh ikut plak masakan kak gee lagi...ada menu baru dalam masakan kitaorang...confirm lah hubby mesti tanya lagi.." ayang mana dapat resepi ni?? " nanti saya mesti jawab kak gee...nanti dia tanya balik...kak gee yg pelakon tu lagi yer?? hehe banyak dah resepi kak gee saya buat...ada msakan baru...berselera jer makan...roti kak gee jer blom test sbb tengah tunggu hubby belikan oven...microwave ada tap bila wat kek jer naik x cantik...bakar ayam pun cam tu...:))

Lyza said...

kak jee...kecur tgk sayur kuchai masak telor tu..mesti cuba nih..

sharifah rosidah said...

baru aku tau yang kucai ni boleh dimasak dengan makanan yang lain, yang aku tau dulu kalau masak mee siam singapore, kueh teaw goring dan cekodok udang je letak kucai, sekarang baru tau telor pun boleh dimasak dengan kucai.

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...