Thursday, March 24, 2011

163. Ikan Siakap Berlado Thai


Hari ni. for lunch Kjee masak ikan siakap berlado Thai. Apa hal lak berlado Thai? Masak berlado kan masakan Minang? Hehehe saja Kjee nak bagi rasa Asean pulak kali ini. Kjee bubuh daun limau purut yang Kjee ricik halus.

Sedap giler. Baunya harum ala2 masakan Thai. Sebab itu Kjee bubuh nama dia Ikan Sikap Berlado Thai. Kahkahkah macamlah Kjee ni kan? Cukup berselera Kjee makan dengan Unclepali. Menyesal lak buat seekor jer. Tak per kalau nak makan malam karang, buarlah lagi. Bukannya susah kan?

Selain Ikan Siakap berlado Thai ini, Kjee masak juga terung Masak Taucu. Unclepali pulak goreng ikan gelama jeruk masin. Aduh!!! Pengsan sekejap. Hehehe

So kita tengok resipi yang dah tak jadi misteri lagi sebab semua orang tau buat. Ah tak kesahlah kan?

BAHANNYA:

1 ekor ikan siakap (kira2 400gms)
4 biji cili merah
4 biji cili hijau
segenggam cili api
1 labu bawang besar
serbuk kunyit
1 asam keping
4 helai daun limau purut diricik halus
garam
serbuk perasa (optional)

CARA:

1. Ikan dibersihkan dan dipotong dua atau tiga. Bubuh serbuk kunyit dan garam dan goreng garing.
2. Tumbuk cili hijau, cili merah dan cili api. Jangan terlalu halus. Kemudian tumbuk pula sebiji bawang besar.
3. Bubuh minyak sebanyak ½ cawan ke dalam kuali dan tumis bahan2 tumbuk hingga naik minyak. Masukkan 1
    asam keping.
5. Setelah agak garing, bubuh sedikit garam dan perasa kalau suka. Masukkan juga daun limau purut yang telah
    diricik halus.
6. Kemudian masukkan ikan yang telah digoreng dan dibalik2kan dalam sambal sehingga rata. Padama api dan
    hidangkan.


TERUNG MASAK TAUCU


BAHANNYA:

5 biji terung pendek
1 labu bawang besar
5 biji cili api
2 ulas bawang putih
2 sudu besar taucu
sejemput ikan bilis

CARA:

1. Terung dipotong.
2. Bawang besar dimayang bulat, bawang putih dihiris. Cili api dibelah dua.
3. Tumis bawang dan cili api serta ikan bilis. Masukkan kira2 ¾ cawan air.
4. Apabila mengelegak, masukkan terung dan masak hingga terung empuk.
5. Masukkan taucu, asam keping, garam dan sedikit gula.
6. Apabila sudah sebati rasanya padam api.



2 comments:

sharifah rosidah said...

kau memang tak patut masak sedap2 tak ajak aku makan, hehehe saje je sakat kau macam lah rumah aku dua tapak je dari rumah kau kan! tapi nampaknya boleh lah aku masak siakap berlado ni selalunya siakap aku asyik masak tiga rasa je selain dari goreng garing2 pastu bubuh cili padi dan bawang. thank you jee.

suzi fauzi said...

gambar food kjee posted awesome sgt sgt..love it !

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...