Friday, March 25, 2011

167. Grilled chicken in pita


Makanan paling ringkas dan berkhasiat. Kjee kata ringkas sebab pita tak payah buat. Kebanyakkan supermarket ada jual. Ayamnya pulak, kalau rajin, pangganglah sendiri. Kalau malas, beli je ayam panggang ayam mas atau KFC.

Dulu kjee kalau beli KFC atau ayam panggang, Kjee suka kalau ada berbaki sebab esoknya boleh buat sandwich. Carik2 jer ayam daripada tulangnya dan buatlah sandwich atau boleh sumbat dalam pita.

Tapi untuk resipi ini, Kjee panggang sendiri dada ayam. Kjee dah lama tak beli KFC sebab cara dia orang buat tu tak berapa sihat. Ayamnya digoreng (deep fried) dalam minyak yang banyak. Itu yang membuatkan ia tidak sihat. Bukan Kjee cakap, tapi doktor Kjee yang cakap. Nanti tak semena-mena kena saman lak kan. hehehe.

Oklah kita tengok cara membuat grill chicken in pita versi Kjee.

BAHAN2NYA:
2 keping isi ayam (dada) yg telah dibersihkan lemak2nya dan dicuci. kemudian dilap ngan kitchen towel atau kain bersih.
1 sudu besar madu
ajishio pepper
1 sudu minyak zaiton/minyak jagung
2 keping pita
salad
2 biji kecil lada benggala atau capsicum
1 biji bawang besar
sedikit mayonaise
sos cili

CARA MEMBUATNYA
Perap ayam bersama madu dan lada hitam ajishio selama satu jam. Biarkan di dalam peti sejuk (bukan tempat beku). Panaskan kuali ataupun grill pan kalau ada. Tuang 1 sudu minyak dan biarkan kuali benar2 panas. Pastu masukkan ayam. susun elok2, pelankan api. Api tidak boleh besar sebab ayam telah diperap dengan madu, nanti hangus..

Kemudian apabila sudah agak garing, terbalikkan dan sambung masak. Seandainya ayam terlalu tebal, hiris untuk nipiskannya. Kjee hiris setelah kedua-dua belah masak. Kemudian digoreng bahagian yang baru dihiris tadi. ayam tidak boleh setengah masak seperti daging. Pastikan ayam benar2 masak baru angkat.

Sejukkan ayam seketika di dalam pinggan. Kemudian dihiris nipis. sayur seperti salad, lada benggala/capsicum dan bawang.Kemudian ambil sekeping pita yang bulat dan potong dua. Panaskan atas kuali selama seminit sahaja. kemudian ambil pita itu dan sapukan sedikit mayonais di belah dalam pita. Susunlah ayam panggang, sayur2 dan curahkan sedikit cili sos.

Itu sahaja. Senang. Boleh juga digunakan daging burger (burger pattie). Tapi daging burger mengandungi terlalu banyak minyak. Ia tidak boleh diklasifikasi sebagai makanan sihat. Tapi bolehlah buat kalau suka.

Kalau suka, boleh juga guna daging panggang untuk resipi ini. Cara memerapnya sama. Cuma daging yang digunakan mestilah daging lembut seperti daging batang pinang. Juga boleh buat steak in pita. terserah. Sedap kalau ada iringan mushroom soup.


2 comments:

  1. aku pun suka beli roti pita kat giant, kalau masak soto ada lebih ayam yang disiat aku masukkan ayam dalam roti pita untuk breakfast, sedapkan.

    ReplyDelete
  2. maiza suka makan roti pita,kadang2 tu suka gak buat pizza senang xyah nak uli2 tepung tinggal letak topping je.

    ReplyDelete