Sunday, March 27, 2011

172. Nasi Lemak Sambal Sotong Kering

nasi lemak dijual masa meniaga dulu. rm1.20


Kali terakhir Kjee masak nasi lemak ialah pada 26/12/09. Itulah hari terakhir Kjee meniaga di Dapur Kjee, Medan Selera Anjung Melawati, Taman Melawati. Kenangan mengusik jiwa.

Tetiba semalam 26/3/2011, Kjee teringin pulak nak buat nasi lemak. Maka inilah nasi lemak yang Kjee buat for brunch tadi. Kekok betul buat sebab dah lama tak buat. Kjee tanak hingga airnya hampir kering baru Kjee kukus. Jangan tanya kenapa. Itu cara arwah mak buat. Masa meniaga dulu pun Kjee buat macam itu. Walaupun renyah tapi Kjee pegang amanah arwah mak. Katanya, kalau nak sedap buatlah macam tu.

Teringin lak nak makan nasi lemak itu dibungkus dalam daun pisang macam zaman Dapur Kjee dulu. Tapi tak sampai hati nak suruh Unclepali pergi amik daun pisang. Dai tengah sakit. Lagipun, yang terrer bungkus dia. (Lihat gambar). Kalau suruh Kjee, hasilnya jadi penyek!

Kjee buat sambal sotong sebagai iringan nasi lemak. Masa meniaga dulu tak pernah buat. Hari ini lama sikit Kjee rebus dalam pressure cooker sampai lembut giler. Best pulak tapi rasanya kurang sikitlah. Sotong kering kan elok kalau liat2 sikit kan? Ok kita tengok resipi.

NASI LEMAK

BAHAN2NYA:

2 gelas/mug beras
1 gelas/mug santan pekat
2 gelas/mug air
garam
daun pandan

CARA:

Basuh beras kemudian toskan airnya. Sukat air mengikut sukatan bekas yang digunakan untuk sukat beras. Begitu juga dengan santan. Bubuh garam dan rasa. Biarlah terasa garamnya. Masukkan daun pandan yang telah dicarik dan diikat.

Sediakan kukusan dan masak air dalam periuk kukusan.

Jerang berasa dan santan yang telah disediakan diatas dapur. Kacau supaya tidak hangus. Bila air sudah hampir kering, padamkan api dan tuangkan semua nasi tadi ke dalam kukusan. Kukus sehingga masak.


SAMBAL SOTONG KERING 

Kjee rendam sotong kering dengan ubatnya selama kira2 dua jam. Kemudian Kjee tukarkan airnya dan rendam semalaman. Pagi tadi Kjee potong2 dan rebus guna pressure cooker. Kalau tak der pressure cooker rebuslah sampai lembut. Jom tengok resipi.


BAHAN2NYA:


1 genggam cili kering direndam air panas dan dikisar
2 ekor sotong kering
3 labu bawang besar
4 ulas bawang putih
½ keping gula melaka (yang bulat nipis.  ada orang panggil manisan)
sejemput ikan bilis dikisar
air asam jawa

CARA:

Bawang besar dan bawang putih di kisar. Kemudian kisar cili kering hingga halus. tumis bawang hingga wangi. Kemudian masuskkan cili kisar dan goreng sampai terbit minyak. Bubuh kira2 dua cawan air dan biarkan ia terus masak. Masukkan air asam jawa dan gula serta garam. Biarkan hingga pekat.

Toskan dan sotong yang telah direbus dan masukkan ke dalam sambal. Teruskan masak hingga sambal pekat.






Tadi Kjee buat sambal dalam setengah kilo cili kering. Kjee sengaja buat lebih sebab nak simpan untuk buat mi goreng ataupun Penang fried Kway Teow. Apabila sudah masak, Kjee keluarkan separuh bahagian. Dalam separuh bahagian lagi, Kjee barulah masukkan sotong.

5 comments:

dunia maiza said...

sedapnya sambal sotong tu,,tq sebab share resepi ,nak buat nanti suka makan nasi lemak walau suami kata jangan makan banyak2 nanti gemok haha..

sharifah rosidah said...

jee aku selalu buat sambal sotong kering ni letak sedikit kacang yang telah ditumbuk kasar2 dan sotong nya liat liat sikit.sekarang ni pun dah lama tk buat nasi lemak, rumah dah tak dok ramai orang dan dah jadi malas.

Elda Abas said...

Boleh saya tahu, ubat untuk sotong kering tu mcm mana?

Kjee said...

elda, rupanya macam kapur. pergi ke kedai cina yang jual sotong kering atau ikan kering. biasanya mereka ada jual,

Elda Abas said...

Terima Kasik Kak Jee..

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...