Sunday, March 27, 2011

174, Siri akhir petua

Ini adalah siri akhir petua. Kalau ada sesiapa nak bagi petua, silakan. Itu untuk entry tahun depan. Nanti kita buat lagi peraduan. Hadiah mesti lumayan. hehehe.

foto ehsan google
Tadi Kjee teringat adik Kjee yang selalu aamalkan petua ini kalau dia beli kasut baru. Dia akan gigit bahagian mana kasut yang dirasakannya akan mengigit kaki dia. Sambil dia gigit, dia akan kata...sebelum kau gigit aku, aku gigit kau dulu! Kjee rasa arwah mak yang ajar sebab arwah memang banyak petua2 cam tu. Hanya satu ingatan. Buat pada kasut baru bukan kasut yang dah lunyai tau! hehehe

Okay kita tengok petua2 kiriman kengkawan hari tu. Hari ini tiada tema khusus. Kjee namakan petua caca marba. Macam2 ada.



Pesan arwah nenek jangan pakai kain sarung dari atas ( kepala) seri muka akan hilang Dan jangan suka tengpk muka di cermin di waktu malam...( tinjau belukar ) – deena

Jangan hadiah jam masa birthday sebab ia seakan mendoakan orang tu mati cepat yakni mengingatkan dia masanya tak lama untuk hidup. Jangan basuh rambut ketika ada family member tengah travel melainkan dia dah sampai destinasi yang dituju sebab basuh rambut tu seakan membuang sial. Jangan pakai baju berwarna gelap ketika bertandang ke rumah orang yang meraikan sesuatu majlis kecuali kalau ada pengebumian. Semua petua ini adalah kepercayaan orang Cina yang saja nak sharing2kan. - saira

foto ehsan google



Ini petua dari tukang jahit baju saya yang berbangsa Cina. Masa tu saya nak ambil baju nikah dia kata ini baju jangan bagi orang dah cerai pegang nanti rumah tangga awak panas asyik mau gaduh jerr. Kalau seterika melekit susah nk mengosok mak kata gosok kan atas daun pisang terlebih dahulu insyaallah licin jerr nanti. -  Sharifah rosidah




Petua ni saya dapat masa dudok kat Kuantan tahun lepas.  Kalau tengah menggali kubur, tetiba cangkul berlaga, makna ada lagi orang yang akan menyusul (meninggal). Lagi satu petua yang saya dapat kalau pergi tengok orang meninggal, digalakkan mandi sebaik sahaja pulang rumah. Tidak digalakkan keluar ke mana2, melainkan atas sesuatu urusan yang penting bagi menghormati keluarga si mati.. (andai jarak umah si mati berdekatan)-noor haidar


anak no 2 saya selalu nangis kalau saya tak ada.  Nak ke bilik air buang air pun susah. Dia  ketuk pintu bilik air menangis macam nak rak. Satu hari tu saya pergi umah mak sedara say.  Saya nak masuk tandas, anak saya yang nombor 2 melalak nak ikut sama walaupun masa tu baru pandai merangkak. Org lain ambik dia pun tak nak. Lepas tu mak sedara bisik kat telinga saya. Katanya lepas ni buat 3 kali malam jumaat mandi lepas maghrib. Masa mandi kite berdiri pakai kain basahan letak anak antara 2 kaki kita. Mandi macam biasa selawat 3 kali. Biar air mandian kita tu kena anak kita.. Insya'Allah lepas ni anak kita tak lah nangis sangat kalau kita nak pergi mana2 walalupun ke tandas. Cuma nak ingatkan jangan lah buat masa anak kita dah besar. Elok bawah 2 tahun yang belum tau apa2. - RAFIDAH, MELAKA



 
Selepas kenduri kendara, tentu asa masalah mencuci periuk belanga terutama sekali kalau ada kerak nasi. Ada setengah orang main sental pakai sabun dengan berus dawai, Bersih memanglah bersih tapi cuba tengok. Kesian periuk belanga tu calar balar. Kalau ada kerak tebal sangat tu jirus jer dengan air kemudian jemur. Kerak tu akan kering dan tanggal sendiri – ismaliana





Kalau tercekik tulang, baca lah mentera ini,  kemudian telan nasi panas yang telah dikepal sebesar guli. “membujur lalu melintang patah’. Insya allah tulang tu akan ikut pegi dengan nasi panas tadi. Bila kita masak nasi hangit ambil beberapa tangkai cili kering letakkan diatas nasi tadi. Insya Allah bau hangit tu akan masuk dalam cili kering tadi. - norasmah

Orang kampung kalau hendak buat kenduri besar (kahwin) paling dirisaukan adalah hujan. Maka mereka mengatakan petua melemparkan seluar dalam pengantin diatas atap rumah & pasang pelita di bawah dapur (pastikan tak padam sehingga majlis berakhir) adalah petua & ikhtiar mereka selain solat hajat semoga majlis berjalan lancar. Dulu saya tak bagi mak buat sebab rasa macam mengarut tapi dalam diam mak ambik seluar dalam saya masa mandi dan buat jugak. Rahsia terbongkar selepas kenduri adik pompuan saya baru2 ni. Bila ada orang yang datang kata panas betul cuaca... "mika (loghat orang perak) lempaq spender atas bumbung ke?" Ayah senyum je...bengang jugak bila mak pecah rahsia tapi dah berlalu 9 tahun lalu. Lepas kenduri lebih kurang kul 5.30pm hujan turun lebat. Aapi pelita dah abis minyak ke mak? Itulah kata2 yg terpacul dri mulut saya. Ayah just ketawa kecil. Wallahuallam betul atau tidak atau sekadar kebetulan je. Kita hanya berusaha/berikhtiar tetapi jangan taksub sebab segala2nya dari ALLAH SWT – haiza

Gigitan lipan amat berbisa. Bukan saja kat kampung. Kawasan rumah teres pun banyak lipan. Kalau kena gigit, cepat2 bunuh lipan tersebut dan potong dua. Isi badan lipan digosok pada tempat gigitan tersebut. Boleh mengurangkan bisa sebab disedut kembali.
Gigitan penyengat amat sakit terutama yang buat sarang kat tanah. Kalau digigit, ambil tanah tempat penyengat tersebut bersarang & tampal pada tempat gigitan. Insy  Allah tak bengkak. (Ini adalah rawatan dalam keadaan terdesak. Kalau keadaan berlarutan perlu dapatkan rawatan dri klinik) –haiza

Cekang kuku menyakitkan. Pernah terjadi pada adik perempuan saya. Beratus habis duit pergi klinik tapi result tak baik2 juga. Ada seorang pak cik kat kampung (arwah) suruh kencing di atas ibu jari kaki yang cekang biarkan beberapa minit baru basuh. Alhamdullilah berhasil. Hingga kini tak kena lagi. Walaupun pada mulanya geli nak buat tapi terpaksa buat sebab pergi kerja kena pakai kasut bertutup penuh amat menyakitkan. Sekadar mencuba...tapi berhasil. – haiza

Ini satu petua jiran bagi. Dapat dari arwah mak dia. Kalau dikejar anjing terutama sekali anjing yang garang gilos cepat2 cakap TABBAD TYIADA... sambil tunjuk jari tunjuk kat anjing tu. Insya'Allah anjing tu terus diam dan patah balik. Jangan lak salah gunakan petua ni hehhehe.- rafidah melaka

Untuk menghilangkan rasa nak terberak...genggam tangan macam penumbuk. Tumbuk perlahan-lahan di bahagian punggung sambil berkata "Kepala di atas, kaki di bawah" berulang ulang kali..sampai hilang rasa nak terberak. – cikadakbiru

Sakit gigi/gigi berlubang / gigi ngilu - ambil seulas bawang putih, letakkan di bahagian yang sakit.(gigi or ketap kat bahagian tersebut)
* 100% mujarab sebab dah buat...
Resdung - Tumbuk tiga sudu jintan. Kemudian bungkus dalam kain putih dan hidu setiap kali sebelum tidur. Insyallah.. – my little caliph

Untuk kemaluan yang gatal2. Daun sireh juga beberapa helai daun jambu batu satukan dalam periuk rebus....bila air tu suam2 kuku gunakan untuk cebuk selepas kencing.
Daun tutup bumi selain orang makan untuk kurangkan kadar gula dalam darah ada juga orang makan untuk cegah batu karang dan bolih juga di gunakan untuk bertangas. Caranya rebus daun tutup bumi dengan sireh sampai berbau wangi. Letak periuk tu dalam mangkuk tandas dan duduk lah diatas sehingga air tu sejuk. Ini untuk perempuan saje....norasmah

Untuk petua diatas pasal gatal2 kemaluan tu, Kjee ada jugak seorang kawan beritahu. Dia kata masa dia dalam penjara dulu (hah ini citer benar), warden pompuan kat situ suruh guna ubat gigi. Tak kisahlah colgate ke darlie ker. Lepas sapu bahagian gatal, bilaslah dengan air. Tapi kalau guna ubat gigi mesti ada rasa sejuk2 kan. hehehe.



1 comment:

  1. kak jee, ni antara petua2 yang saya ingat..

    1) kalau jarak antara anak rapat (makna : anak masih kecil n ibu pregnant lagi) biasanya anak akan meragam.. petua orang tua, ibu mandikan anak kecil tu dalam kain waktu tengahari hari jumaat (masa waktu zohor). anak diletakkan diantara 2 kaki.. seiring dengan azan yang berkumandang.. insya Allah lepas tu anak tak meragam.
    2) Kalau perasan, ada masa anak kecik/baby akan berak2.. najis dia akan ada macam biji terung.. berwarna kekuningan.. selalunya kalau jadi macam ni, orang jawa akan sebut 'demarenen'. maknanya ada dikalangan keluarga yang pregnant.. mandikan anak/baby tersebut sambil sebut nama si polan yang pregnat tu.. in case kalau tak tau sapa yang pregnant n ada 10 makcik anak tu.. sebut lah sorang2 time mandikan (sekali mandi 1 nama). kalau baby dah stop berak2 lepas sebut nama si polan tu.. ada kemungkinan si polan tu pregnant..

    ~ nana ~

    ReplyDelete