Sunday, March 27, 2011

175. Kenapa Kjee buat blog ini

Kjee mula2 menjadi wartawan ketika usia 19 tahun. Sejak itu Kjee menulis dan terus menulis tanpa kenal penat. Kemudian apabaila pencen jadi wartawan, tangan ni masih gatal nak menulis sebab itulah Kjee membuat keputusan menulis skrip.

Kemudian pencen sekejap menulis skrip sebab otak dah kering. Lewat 2009, Unclepali kenalkan Kjee kepada Face Book. Kjee layan FB sampai 16 jam sehari. Buat kerja lain semua mencuri2 sebab sepanjang masa dihabiskan melayan FB.

Tapi anak dan suami Kjee tak kisah. Mereka tahu Kjee sudah sampai satu stage sekiranya Kjee tidak menulis, Kjee boleh jadi sasau. Boleh dikatakan dengan melayan Face Book, dunia Kjee kembali ceria.

Minat hendak menulis skrip tiba2 menjelma kembali. Kalaulah Kjee tidak didedahkan kepada facebook, Kjee rasa hidup Kjee masih dalam kemurungan yang amat dasyat. Bayangkan, daripada seorang wanita yang aktif menjalani kehidupan harian, tiba2 dalam sekelip mata tidak mampu bergerak kerana sakit lutut.

Kerja Kjee saban hari ialah selepas bangun dari tidur dan mandi, Kjee akan dipimpin ke sofa depan TV. Di situlah Kjee duduk sepanjang hari layan tv. Makan minum pun di situ. Bila malam melabuhkan tirai, Kjee dipimpin kembali ke bilik.

Kira2 setahun selepas itu, apabila kesihatan Kjee mula pulih dan boleh menapak sedikit2, Unclepali sediakan tempat khas untuk Kjee di 'pejabatnya' di satu sudut rumah kami yang sempit ini. Kjee dipujuk layari internet. Akaun FB dibuka. Kjee memberontak. Minat Kjee sudah terkubur untuk perkara2 seperti itu.

Apapun, Unclepali tidak pernah putus asa. Akhirnya, hidup Kjee berubah setelah Kjee menyedari betapa seronoknya bersembang di FB. Kjee perolehi ramai kengkawan. Ramai yang buat Kjee happy dan ada juga yang buat Kjee stress.

Setahun kemudian, Unclepali ungkit dia telah membuang masa bukak website Fauziah Samad.com tapi hingga tamat tempohnya, Kjee tidak menulis apa2. Kjee pekakkan telinga apabila dia membebel. Minat Kjee langsung tidak ke arah situ.

Entah macam mana, sambil2 melayan facebook, Kjee mula blog walking. Intai banyak blog. Dan Kjee mula merasakan FB tiada lagi challenge buat Kjee. Tiada apa lagi yang menarik sehinggakan Kjee bagitau Unclepali Kjee nak tutup akaun. Kjee tahu perasaan Unclepali. Baginya itu petanda yang tidak baik. Kjee akan kembali ke zaman kemurungan Kjee.

Ketika Kjee membuat ruangan masakan dalam FB, sambutan yang Kjee terima cukup hangat. Kjee buat banyak perancangan. Antaranya nak buat buku. Kemudian Unclepali cadangkan Kjee buka blog. Kjee tak minat sebab bukan senang nak buat blog masakan sebab dah terlalu ramai yang buat.

Unclepali beri kata2 perangsang. Bukak dulu blog. Ikut flow idea yang mendatang, kata Unclepali. Fikir punya fikir, Kjee merasakan belum ada blog orang merapu dan meluahkan isi hati. Dan Kjee mulakan sedikit demi sedikit. Tiada yang kritik. Suatu permulaan yang baik.

Sebenarnya, kenapa Kjee nak menulis dalam blog? Bak kata lirik lagu Ramli Sarip...aku menulis bukan kerna nama. Kjee pernah tanya abang Ramli Sarip kenapa dia tak ubah senikata itu kepada ..aku menyanyi bukan kerana nama. Abang Ramli tak boleh jawab ketika itu.

Sekarang lirik lagu itu betul2 kena kepada Kjee. Aku menulis bukan kerna nama. Kalau nak nama, Kjee bukanlah nak sombong mendabik dada...ramai yang dah kenal siapa Kjee. Kalau tidak kerana dulu Kjee wartawan, kerana Kjee seorang pelakon.

Blog ini pada Kjee hanya sementara. Kjee tidak bercadang wujudkan blog ini sampai bila2 kerana satu hari nanti Kjee pasti bosan. Pasti blogging ini tiada lagi challenge buat Kjee. Atau mungkin tiada lagi luahan hati Kjee untuk dikongsi bersama semua.

Apa yang Kjee merepek ni? Entahlah. Aku menulis bukan kerna nama... kerna sifat kasih pada sesama insan, dan menyatakan kasih sayangku...Kalau Kjee nak cari nama, Kjee rasa platformnya bukan di sini.

So selagi hati ini masih mahu berkata2, Kjee akan terus berblogging. Jika sudah sampai masanya, Kjee tidak akan teragak2 untuk ucapkan sayonara all.

3 comments:

  1. terus berblogging kjee..
    maklong suka baca blog kjee..

    ReplyDelete
  2. Keep on blogging Kjee, w/pun kadang2 tak tinggalkan komen but I always look forward to your updates.

    ReplyDelete
  3. good for you atleast blog ni dapat sambutan kan! so continue je lah jee.

    ReplyDelete