Tuesday, March 29, 2011

179. Kena serangan gastrik lagi!

gambar2 ehsan google 



Lama dah tak kena gastric. Kali terakhir sebulan sebelum bulan puasa yang lepas. Punyalah Kjee risau masa tu. Siang malam doa minta Allah swt hindarkan penyakit itu menyerang di bulan Ramadhan.

Pelakon Haji Wazata Zain yang membaca keluhan Kjee di facebook, antar mesej untuk beritahu beliau akan panjatkan doa serta buat solat hajat agar Kjee boleh dapat menjalani ibadah puasa dengan sempurna. Ramai juga frens di FB yang turut mengaminkan doa Haji Wazata.

Tahun lepas, di bulan Ramadhan, Kjee mencipta sejarah sendiri apabila berjaya puasa selama 30 hari! Kjee menitiskan airmata di hari terakhir umat Islam berbuka puasa. Sepanjang bulan Puasa, Kjee sihat. Tiada langsung serangan gastric.

Tapi semalam, sebelum Asar, Kjee kena balik serangan itu. Kjee memang ada acute gastritis dan pernah menjalani pemdedahan kira kira 20 tahun lalu. Malam tadi Unclepali ajak ke hospital. Kjee enggan. Kjee takut nanti kena operate lagi.

Hari ini badan berasa cukup lemah. Dahlah nak kena cepat siapkan kerja, kena gastric pulak. Apapun dah standby ubat gastric. Kalau teruk jugak, kenalah gi spital nampaknya. Hmmm.
 



6 comments:

Anonymous said...

kjee jaga kesihatan ....nanti terjejas satu tugasan pun kjee tak boli selesaikan....sakit datang tak di undang nak suruh p berhari2...ape pun jaga diri makan ubat ikut peraturan...insyaallah...norasmah

Deena Sulaiman said...

kjee, jaga makan dan bykkan rehat yer.. :(

anna said...

salam kak jee, sian kat dia. jaga diri baik2. moga kak jee cepat sembuh. nak ucap terima kasih byk2 kat kat jee atas resepi 'tauhu bakar sos pedas'. memang sedap. mabeles. anak2 saya suka sgt. tgh2 malam pun bole makan tauhu bakar hehe... mmg sosnye betul2 sedap. anak2 tanya mana dpt resepi, sya kata dr blog aunty fauziah ex wartawan. ok kak, rehatkan diri. makan ubat sepatutnye. moga Allah beri kesihatan diri yg baik wat kak jee...

norazabri said...

as salam Kjee...aduhai Kjee..bawak2lah berehat KJee, jaga makan dan jangan stress sangat nak mengejar dateline tu..itupun boleh jadi penyebab..insyallah..kami peminat2 merangkap kawan2 FB kJee akan sentiasa mendoakan kesihatan dan kesejahteraan kJee agar dpt terus berkarya, memasak dan sebagainya. Semoga Allah mepermudahkan segala urusan Kjee...

zieyta said...

SALAM KAK JEE....

TAKE CARE AND REALLY2 MISS U SO MUCH

sharifah rosidah said...

aku tak pernah ada gastrik tiba2 malam tadi kena serangan sakit diulu hati dan muntah, pergi klinik doktor bagi ubat gastrik, hajat hati nak ikut sb bermalam di ipoh tak kesampaian malas nak pergi sbb dah sakit ni.

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...