Wednesday, March 30, 2011

182. Harap Jangan Terus Menghasut

kartun Upin dan Ipin lambang 1 Malaysia. foto: creativecrash.com
Sejak kecik lagi kehidupan Kjee dikelilingi oleh jiran2 pelbagai bangsa. Arwah bapak memang sengaja bawa kami tinggal dalam kelompok semua bangsa. Arwah kata kalau dari kecik kita hidup dikelilingi masyarakat pelbagai bangsa, pemikiran dan penerimaan kita kelak, apabila sudah dewasa, terhadap bangsa lain, tidaklah sempit.

Masa kecik dulu, Kjee benganglah jugak kan. Kjee rasa lebih seronok bermain dengan kawan2 Melayu. Boleh pergi menggaji bersama2. Ada satu masa dulu kami pernah tinggal di Teluk Intan atau dulu Teluk Anson. Jiran semua Melayu. Seronok dapat bermain setiap petang, permainan seperti teng-teng, batu simbang (betul ke ejaan) serta congkak.

Tetapi apabila bapak berpindah kembali ke Kuala Lumpur, kami pun hiduplah berjiran dengan Cina, India dan juga kaum Benggali. Apabila sudah bercampur dengan pelbagai bangsa ni, permainan kami di sebelah petang selalunya rounders, badminton, Police and Thieves dan jugak ikut budak2 tu ke sungai cari fighting fish. Selain itu, budak2 lelaki seusia pulak suka cari spiders. Kjee pun iku samalah. Spiders yang kami jumpa dicelah2 pokok bunga atau pokok2 lain, disimpan dalam kotak mancis.

Masa sekolah (all girls), kami juga bergaul antara satu sama lain tanpa kira kaum. Dekat sekolah menengah Kjee (Air Panas Girls School, Setapak), ada perkampungan orang benggali. (Santokh Singh pun tinggal situ. Masa balik sekolah selalu kami lalu depan rumah dia dan intai. Handsome dia masa muda!) Well, ada seorang budak Benggali sama kelas dengan Kjee. nama dia Charanjit Kaur. Bapak dia pengembala lembu kat situ. Selalu, sebelum balik rumah, Kjee akan singgah rumah Charanjit bersama kawan2 lain seperti Lily Hong dan Fatima Villanueva (budak Filipino) untuk makan capati. Her mum makes the best capatis!

foto ehsan google
Kalau Raya Cina pulak, kami akan berarak ke rumah lily Hong sebab dapat angpow dari nenek Lily. Deepavali pulak, kami akan ke rumah Malathi, juga dekat kawasan Air Panas untuk jamah muruku. Apabila Hari Raya, kawan2 Kjee akan datang rumah sebab suka makan rendang dan ketupat emak. Masa dia orang nak balik, emak mesti bekalkan kuih muih Raya untuk keluarga mereka.

Kenapa pulak Kjee sibuk mengenang kisah lampau ni hah? Sebab Kjee dah bosan dengan cerita2 kononnya kehidupan kita sekarang sudah tidak seperti dulu. Tuduh menuduh kononnya orang Cina benci orang Melayu, orang India benci orang Melayu dan macam2 lagi.

Benarkah itu semua sedang berlaku? Rumah yang Kjee tinggal sekarang ni, kami hidup pelbagai kaum. Ada Cina dan India. Dua rumah dari rumah Kjee, rumah India. Empat buah rumah dari rumah Kjee, rumah Cina. Kalau kami keluar dan nampak jiran2, kami senyum, angkat tangan atau say Hello.

Kalau Kjee pergi supermarket, bergesel punggung dengan orang Cina, India, Benggali dan lain-lain. Tidak pernah tengok dia orang tarik muka masam. Kalau dilihat Kjee naik kerusi roda ditolak oleh Unclepali, nyonya2 yang sedang pimpin anak2, cepat2 tarik anak2 suruh ke tepi. Begitu juga Aci2 yang sedang dukung anak, terus bagi laluan sambil senyum simpati lihat keadaan Kjee.

Malah, ada banyak ketika ada wanita bangsa Cina dan India yang Kjee tak kenal siap tanya Kjee sakit apa. Pernah ada seorang wanita Cina siap suruh pergi kedai sinseh yang dia pergi sebab kononnya boleh baik.

So, dimana sebenarnya berlaku keretakkan atau rift dikalangan rakyat pelbagai kaum di Malaysia ini? Kekadang Kjee merasakan ini hanya dakyah 'mereka yang dengki' melihat perpaduan kaum di negara ini. Dia orang tak tahu ke bahayanya menyebarkan cerita2 yang boleh memyebabkan rakyat Malaysia pelbagai kaum benci satu sama lain?

Kjee pernah lalui hidup ketika 13 Mei. Sedihnya apabila dengar cerita orang mati kena bunuh. Sebahagian besar yang mati itu tidak berdosa! Sampai ke usia ini Kjee masih ngeri apabila mendengar orang bercerita mengenai 13 Mei.

Sudahlah. Jom kita bangkit dan semaikan rasa sayang meyayangi antara satu bangsa dengan satu bangsa yang lain.  Jom kita hidup 1 Malaysia. Kita galakkan anak2 bergaul dengan kawan2 bangsa asing sama seperti yang pernah kita lalui dulu.

Yang nak buat kacau bilau dan terus menghasut tu, pergilah cari tempat lain untuk berteduh! Jangan  ganggu kami yang bangga jadi rakyat malaysia dan mahukan kehidupan yang aman damai!!
foto:theheartofpersuasion101.wordpress.com

3 comments:

mala said...

assalamualaikum Kjee - mak saya berbangsa Cina. separuh hidup saya di P.Pinang. agak sedih bila baca entri ni. teringat macamana mak saya didengki oleh ipar duai sendiri kerana berlainan bangsa. terdapat suatu masa pd zaman remaja, saya tidak mahu dikenali sebagai melayu. kerana sifat hasut dan dengki ni. di sekolah saya berkawan dgn bdk cina, bercakap Hokkien sehinggakan cikgu dan budak2 sekolah ingat saya mmg cina. tapi sekarang dah ok. emo pulak pagi2 ni .. hehehe have a nice day kakjee :)

Anonymous said...

masa zaman sekolah dulu kami sekeluarga tinggal d berek kerajaan abah keje jps tempat tinggal kami kelilingnya cina kawan keje abah ade cina india sama2 tinggal d berek tu belakang rumah kami je hutan kecil ade satu rumah tengok pun seram tu rumah ahlikongsi gelap gerun tengok rupa depa tapi depa tak kacau kami buatle ape pun, ade satu hari rumah jiran terbakar sementara tunggu bomba tiba kongsi gelap ni le tolong padamkan api bila ade kesusahan nak p hospital ke kami banyak minta tolong depa....kengkawan abah cina india jadi macam sedara je kami budak2 main sama2 p sekolah ....masa 13 mei pula ade cina mai tempat kami minta tolong...takde pun persaan takut hidup di keliling kaum cina macam2 rupa...la ni zaman tu dah berlalu anak2pun main semua benda moden tak macam kita main semua benda yang kita buat cuba ceta kat2 anak2 jenis 2 permainan kita mesti depa tak tau nya..rounders kondangkondi teng2...byk lagi, yg depa tau game elektronik berkawan pun kelompok depa je tak berbilangkaum...inilah dia zaman sekarang takde semangat kejiranan....norasmah

Anonymous said...

salam kak jee..
rumah saya ni.. bercampur.. ada melayu, india, cina.. tapi.. dah trend masyarakat sekarang.. masing2 buat hal sndiri.. apa yang saya kesalkan.. jiran cina n india pandai senyum.. say hello.. bertanya khabar.. sedangkan ada di antara melayu, senyum pun tidak.. tegur jauh sekali..

~nana~

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...