Friday, June 10, 2011

Baked Potato Wedges


 Resipi ini penting guna kentang yang cepat empok. Kjee guna US Russet potatoes yang dibeli di Giant atau Tesco. Apapun, kalau korang memang pandai beli kentang empok tak payahlah beli kentang yang diimport.

Ada orang bagitau Kjee, kalau beli kentang, masa pilih tu, kutil sikit kentang tu. Kalau warna isinya putih, maka kentangnya jenis cepat empuk. Dan kalau warna kuning, ia jenis kentang yang keras.

Kentang Indonesia pun Kjee diberitahu, mudah empuk dan dan elok dibuat wedges.

Untuk breadcrumbs, Kjee kisar roti yang sudah dua atau tiga hari usianya. Kisar dalam pengisar kering. Kalau rotinya masih lembut, masukkan sekejap dalam oven, sejukkan dan kisar. Kalau dibakar dalam toaster pun boleh.


Jom kita tengok resipi nak buat wedges ni. Mudah sangat. Anak2 pun boleh disuruh buat.

BAHAN2NYA:

3 biji kentang russet US atau kentang yang empok
1 cawan fresh breadcrumbs
½ cawan mayonaise
cheese

CARA:

Kentang dibersihkan, dicuci dan dilap. Tidak perlu buang kulit. Kemudian dipotong menjadi 6 keping wedges.

Sapukan mayo di setiap kentang yang dibelah, (kecuali kulitnya). Lepas itu digolekkan dalam breadcrumbs. Kemudian dibakar dalam oven suhu 250 darjah selama ½ jam atau sehingga masak. Tiga minit sebelum itu, keluarkan dan taburkan cheese yang telah disagat dan masuk balik dalam oven selama 1 atau dua minit.
Selepas itu dikeluarkan, disusun dalam pinggan.

Kjee guna cheese serbuk. Cairkan cheese mengikut arahan di peket. Apabila wedges sudah cukup masak, dikeluarkan dan dicurahkan cheese cair diatas wedges. 

Kjee tak ingat mana Kjee dapat resipi ini. Mungkin di Asia Food Network. Tetapi seandainya TERAMBIL resipi sesiapa, maaf dipohon kerana tak bagi credit mention.

(Cheese serbuk boleh dipesan melalui Farhan Arbaie di facebook atau call 019-6997445)

11 comments:

Nieza said...

sedapnya wedges tu kak...nieza suka sangat..:)

Noor said...

Kakjee...gambar kak yang buat kelendar tu sangat comel teringat kat akak masa akak pernah berlakon dulu dalam drama dah tak ingat.

gee said...

ermmm sedapnya...ni memang pav anak2...anyway thanks for the info pasal kentang

inahar ali said...

salam kakjee..cheese serbuk ni lg senang simpan lam freezer & tahan lama kan??

Kjee said...

betul Ina. Kjee suka sangat.

Anonymous said...

kak jee .. cheese tu jenama apa yer ??? halal ke ? sekarang ni banyak sangat produk tak halal tapi mudah dapat di pasaran ...

Kjee said...

cuba call nombor yang tertera kat situ. tanya dia.

Anonymous said...

tq kak jee....simple aje tapi yummy..

Anonymous said...

cmner nk dptkn serbuk cheese 2??kt hypermarket biase de ker???

Kjee said...

sesiapa nak order serbuk cheese, sila call nombor yang ada dalam etnry diatas.

cheeze maz said...

salam ziarah... sedapnya menu diblog ini... jemput ke blog akak cheezemaz.blogspot.com boleh order serbuk cheese SESEDAP sos CHEESE WEDGE di KFC hanya RM 10.00 (x termasuk courier. bukan seperti jualan di online lain yang RM 11/ RM 12 / RM 14 (x termasuk courier)

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...