Friday, June 10, 2011

Baked Potato Wedges


 Resipi ini penting guna kentang yang cepat empok. Kjee guna US Russet potatoes yang dibeli di Giant atau Tesco. Apapun, kalau korang memang pandai beli kentang empok tak payahlah beli kentang yang diimport.

Ada orang bagitau Kjee, kalau beli kentang, masa pilih tu, kutil sikit kentang tu. Kalau warna isinya putih, maka kentangnya jenis cepat empuk. Dan kalau warna kuning, ia jenis kentang yang keras.

Kentang Indonesia pun Kjee diberitahu, mudah empuk dan dan elok dibuat wedges.

Untuk breadcrumbs, Kjee kisar roti yang sudah dua atau tiga hari usianya. Kisar dalam pengisar kering. Kalau rotinya masih lembut, masukkan sekejap dalam oven, sejukkan dan kisar. Kalau dibakar dalam toaster pun boleh.


Jom kita tengok resipi nak buat wedges ni. Mudah sangat. Anak2 pun boleh disuruh buat.

BAHAN2NYA:

3 biji kentang russet US atau kentang yang empok
1 cawan fresh breadcrumbs
½ cawan mayonaise
cheese

CARA:

Kentang dibersihkan, dicuci dan dilap. Tidak perlu buang kulit. Kemudian dipotong menjadi 6 keping wedges.

Sapukan mayo di setiap kentang yang dibelah, (kecuali kulitnya). Lepas itu digolekkan dalam breadcrumbs. Kemudian dibakar dalam oven suhu 250 darjah selama ½ jam atau sehingga masak. Tiga minit sebelum itu, keluarkan dan taburkan cheese yang telah disagat dan masuk balik dalam oven selama 1 atau dua minit.
Selepas itu dikeluarkan, disusun dalam pinggan.

Kjee guna cheese serbuk. Cairkan cheese mengikut arahan di peket. Apabila wedges sudah cukup masak, dikeluarkan dan dicurahkan cheese cair diatas wedges. 

Kjee tak ingat mana Kjee dapat resipi ini. Mungkin di Asia Food Network. Tetapi seandainya TERAMBIL resipi sesiapa, maaf dipohon kerana tak bagi credit mention.

(Cheese serbuk boleh dipesan melalui Farhan Arbaie di facebook atau call 019-6997445)

Related Posts:

  • CUCUR UDANG VERSI BONDA Apabila merindu masakan arwah bonda, maka tetiba teringin nak masak apa yang beliau selalu hidangkan untuk Kjee dan adik2. Mak ni jenis sempoi. Apa aje depan mata dia main cekup dan buat. Tak kisah lah cukup bahan ke tidak… Read More
  • TOLONG!! KJEE DILANDA PENYAKIT CMG? Kodok terbaru ku!  Hah CMG penyebar penyakit apa? Alamak, cian Kjee kan? Baru lepas demam dan batuk dah terkena virus CMG. CMG mana? Che Mat Gebu ker? Yalah siapa lagi kalau bukan Che Mat Gebu tu. Mampus aku kena seran… Read More
  • KODOK JAGUNG UDANG PEDAS ehsan cik google Bekfas apa pagi ni? Kodok jagung udang pedas. Kodok? Ingat lagi masa kecik2, Kjee dan adik beradik suka makan kodok. Arwah mak selalu ketawa kalau kami kata nak makan kodok. Bila kami dah besar sikit ba… Read More
  • Ikan Bulu Ayam? Potong serong buang kepala dan perut Dicampur kunyit dan tepung beras Kenal ikan ni? Arwah mak panggil ikan bulu ayam. Entah betul entah tidak. Tadi Kjee pergi pasaraya Seri Ternak kat Selayang. Teruja betul nampak i… Read More
  • APPLE PUFFS INTI MENTAHbaru jer balik dari melaka. ngam ngam 12 jam sampai balik rumah. keluar kul 12.30 tengah hari sampai balik kul 12.30 malam. kesian unclepali. abis nak buat camner. mula ingatkan nak tido. sampai kat pengkalan balak tetiba ter… Read More

11 comments:

  1. sedapnya wedges tu kak...nieza suka sangat..:)

    ReplyDelete
  2. Kakjee...gambar kak yang buat kelendar tu sangat comel teringat kat akak masa akak pernah berlakon dulu dalam drama dah tak ingat.

    ReplyDelete
  3. ermmm sedapnya...ni memang pav anak2...anyway thanks for the info pasal kentang

    ReplyDelete
  4. salam kakjee..cheese serbuk ni lg senang simpan lam freezer & tahan lama kan??

    ReplyDelete
  5. kak jee .. cheese tu jenama apa yer ??? halal ke ? sekarang ni banyak sangat produk tak halal tapi mudah dapat di pasaran ...

    ReplyDelete
  6. cuba call nombor yang tertera kat situ. tanya dia.

    ReplyDelete
  7. tq kak jee....simple aje tapi yummy..

    ReplyDelete
  8. cmner nk dptkn serbuk cheese 2??kt hypermarket biase de ker???

    ReplyDelete
  9. sesiapa nak order serbuk cheese, sila call nombor yang ada dalam etnry diatas.

    ReplyDelete
  10. salam ziarah... sedapnya menu diblog ini... jemput ke blog akak cheezemaz.blogspot.com boleh order serbuk cheese SESEDAP sos CHEESE WEDGE di KFC hanya RM 10.00 (x termasuk courier. bukan seperti jualan di online lain yang RM 11/ RM 12 / RM 14 (x termasuk courier)

    ReplyDelete