Wednesday, June 22, 2011

SAMBAL AYAM BERLADA ALA THAI



 Dah banyak kali Kjee buat resipi ni. Eh ayam dah ker buat. Tak perasan lak. Daging dan ikan dah ada. Oh mungkin ayam belum lagi. Apapun, ini permintaan my princess. Kjee bubuh cabai jarum  (cili api) Sarawak mali. Apakah sebab itu Kjee kena gastrik siang tadi? Tapi Nadia dan Unclepali kata tak pedas sangat. Biasa2 jer.

Tapi sejak beberapa jam yang lalu, perut Kjee banyak sangat angin. Agaknya sebab dah dua tiga hari Kjee tak selera makan maka badan dah masuk angin. Nadia kata nak pose esok. Kjee pun puasalah jugak nak cukupkan kuota 10 hari. Tujuh hari dah settle dah di bulan Rejab ni. Alhamdullilah.

Okay berbalik kepada sambal ayam berlada ni, tak ada apa2 pun special. Kjee harap korang puas hati tengok gambar yang tak seberapanya ini. Hari ni mood tangkap gambar tak ada. Tangkap? Hehehe stail orang lama cakap...tangkap gambar.

Untuk resipinya, korang tengok je lah sini.  Kjee bukanlah malas nak taip balik tapi perut dah tak berapa selesa balik. 

Ayam tu korang goreng cam biasa, buat sambal macam dalam resipi dan masukkan ayam ke dalamnya, gaul sampai rata dan ngappp. Heheheh.

Malam ni nak kena siapkan skrip lagi. Dan tak banyak lagi. Empat lima hari lagi siaplah kot. Bukan empat campur lima tau. Tapi mungkin kot.. 9 hari baru siap, kalau sakit gastrik ni tak elok2. Kesian kan Kjee.


2 comments:

fauziah said...

Wah..k.jee, berselera tengok! td malas nak masak, bila buka blog akak ni terus semangat nak masak..sbb semangat nak mkn!
tq......

Rozie aZ-zAHRA said...

Wow best2 nye resepi Kjee :)

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...