Thursday, June 16, 2011

TEMPE, TAHU, TERUNG PIPIT & BILIS TAMBAN BERLADA




Tu dia panjangnya nama. Nak menyediakannya jugak renyah. Tahu, tempe, terung pipit dan bilis tamban nak kena goreng dulu. Kemudian barulah masak berlada.

Ini makanan orang Minangkabau. Sekarang dah panggil orang Minang jer. Tadi pergi Branang, seperti biasa, Unclepali kena dera petik terung pipit atau terung rimbang ni kat tepi jalan. Tapi oleh kerana isteri Unclepali baik hati hari ni, dibawak juga gunting supaya jari Unclepali tak kena duri. Mana nak dapat isteri sebaik ini kan? Amboi..hehehe.

Ingatkan Kjee naklah masak lemak cili api ikan kembung pekat2 dan pedas2 bubuh terung ni. Tapi my anaknda kata dia nak makan goreng berlada untuk berbuka. So kena hormat orang puasa. Eh tekak kita tak pulak dia nak hormat. Kita pun puasa. Tapi demi anak...

Hari tu Kjee buat Kjee rebus atau celur terung rimbang tu. Tapi ada pulak kata orang Minang buat, digoreng dulu terung tu. So today Kjee follow. Dalam gambar nampak cam green peas pulak kan?

Resipi korang ikut je resipi ini Tapi yang hari tu  bubuh petai. Gantikan je lah dengan terung pipit. Sorry bukan malas nak taip balik tapi pose...tak larat.

Hari ni ada kurang sikit ramuan. Cili hidup tak ada banyak so Kjee campur cili api. Sebab itu gambar nampak kureng menarik kan? Pastu guna ikan bilis tamban, lagilah tak lawa gambar. Hehehe

Tadi lepas masak, Nadia yang duduk sebelah memerhatikan Kjee, kata :"nasib baiklah pose...kalau tidak, semangkuk mama, semangkuk Nadi... meratah..."

Hari ini untuk berbuka selain lauk ini, telor masak taucu klik sini dan untuk dessert, mangga water lily, siam mali. Manis giler. 

7 comments:

noorsafone said...

Kakjee...terliur,dh lah pose ni...noor mkn pecal dgn singgang ikan je buka puasa arini.

Kjee said...

sedapnya pecal. tadi ada juga rasa macam nk buat singgang tapi nadia kata itu esok. ada budu...hmmmm kecur lak. hehehe

Anonymous said...

kjee..bertuahnya nadia..makan sedap je kjee masak..selamat berbuka puasa ya :-)..suzi fauzi

Amie said...

bahan2 resepi tu ala2 resepi jawa la kak jee...

sharifah rosidah said...

sedapnya lauk buka puasa kau jee, rasa macam nak minta sikit je.

Idah said...

memang kalu ratah..habis ni..tak sempat nak makan dengan nasi.

NisaUsoff said...

hari2 duk baca blog kak jee tp hari ni dah tak tahan tgk terung pipit tu... aduiiii sedap nya kakkkkk terliur sungguh nih

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...