Monday, August 15, 2011

14 TUNTUTAN BUKAN ISLAM YANG MEMBIMBANGKAN!



Kjee ingin berkongsi tulisan ini untuk renungan semua. Kjee membaca entry ini ketika menjenguk di blog rahanahkusayang.blogspot.com. Mohon share Puan Rahanah dan penulis asalnya Dr Haji Ridhuan Tee Abdullah.



Hanya sekadar ingin berkongsi dan dapat kita fikir2kan bersama. Petikan ini saya ambil dari Artikel Dr. Ridhuan Tee . Mari sama2 kita renungkan......untuk lebih lanjut boleh kengkawan baca di sini http://ridhuantee.blogspot.com/ . Mohon izin ya Dr. Ridhuan untuk saya Syer dgn Kengkawan lain..

Pertama: seseorang anak yang dilahirkan oleh ibubapa Islam tidak seharus secara menjadi Islam.

Kedua: orang bukan Islam yang telah memeluk Islam hendaklah diberikan kebebasan untuk kembalikepada agama asal mereka (murtad) dan tidak boleh dikenakan undang-undang.

Ketiga: sebarang kes pertukaran agama orang Islam kepada bukan Islam tidak sepatutnya dikendali oleh mahkamah syariah tetapinya dikendali tetapi dikendalikan oleh mahkamah sivil.

Keempat: tidak perlu dicatatkan dalam kad pengenalan Islam sebagai agama seseorang Muslim.

Kelima: Orang bukan Islam tidak perlu memeluk Islam jika ingin berkahwin dengan orang Islam. Orang Islam hendaklah dibenarkan murtad jika ingin berkahwin dengan bukan Islam tanpa tindakan undang-undang.

Keenam: pasangan suami isteri yang salah seorangnya memeluk Islam, tidak mempunyai hak jagaan terhadap anak.

Ketujuh: kerajaan mesti menyediakan dana mencukupi untuk membina dan menyelenggara rumah ibadat bukan Islam seperti dana untuk masjid.

Kelapan: orang bukan Islam mempunyai hak ke atas harta ahli keluargannya yang memeluk Islam (jika meninggal).

Kesembilan: orang bukan Islam boleh menggunakan dan tidak boleh dihalang menggunakan perkataan-perkataan suci dalam Islam.

Kesepuluh: bible bahasa Malaysia dan Indonesia mesti dibenarkan diedarkan secara terbuka untuk bacaan umum.

Kesebelas: pelajaran agama bukan Islam mesti juga diajar disekolah seperti mana pelajaran Islam.

Keduabelas: Program berunsur Islam dalam bahasa ibunda hendaklah ditiadakan. Manakala, program dakwah agama lain selain Islam pula hendaklah dibenarkan untuk disiarkan dalam bahasa ibunda masing-masing

Ketigabelas: orang Islam yang membayar zakat tidak sepatutnya dikecualikan daripada membayar cukai pendapatan dan wang hasil zakat hendaklah boleh digunakan untuk keperluan bukan Islam.

Keempat belas: Islam tidak sepatutnya disebut sebagai pilihan pertama masyarakat Malaysia seperti pakaian menutup aurat kepada pelajar sekolah (termasuk doa pagi).


Macamana Kengkawan adakah kita bimbang dengan perkara2 ini. Marilah sama2 kita fikir2kan....sekian....

2 comments:

Ezza said...

Rasa nya ini lah tuntutan Si Ambiga tu kan....

Anonymous said...

Silly request ...bodoh yang tak boleh diajar ...dalam perlembagaan dah tertulis agama islam adalah agama rasmi ...dia org ni x reti nak bersyukur ...klu ikutkan hati memang geram dengan tuntutan2 x masuk akal ni ...Amy

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...