Tuesday, August 9, 2011

KLIP BERITA SANA SINI 9 OGOS


17 aduan peniaga naik harga makanan di bazar Ramadan

KUALA LUMPUR 8 Ogos - Sebanyak 17 aduan diterima oleh persatuan-persatuan pengguna mengenai 
tindakan peniaga menaikkan harga kuih-muih dan lauk-pauk di bazar Ramadan sejak awal bulan puasa.

Daripada jumlah itu, 10 aduan dibuat kepada Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), manakala Persatuan Pengguna Subang dan Shah Alam (CASSA) menerima tujuh aduan kesemuanya melibatkan peniaga di bazar Ramadan sekitar Lembah Klang dan Selangor.

Pengerusi CASSA, Datuk Dr. Jacob George berkata, berdasarkan aduan itu, persatuan membuat tinjauan di tujuh bazar Ramadan dan mendapati harga makanan adalah tinggi.

Menurutnya, harga kuih meningkat daripada 30 sen seketul kepada 60 sen seketul dan lauk-pauk seperti ayam, berharga RM6 seketul berbanding RM4 seketul pada hari biasa.

"Kami akan menghantar memorandum kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan supaya memantau dan mengambil tindakan terhadap peniaga terlibat," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Menurutnya, peniaga-peniaga yang cuba mengeksploitasi pengguna perlu disenaraihitamkan daripada diberi lesen berniaga pada tahun depan.

Sementara itu, Bendahari Agung FOMCA, Mohd. Yusof Abdul Rahman berkata, peniaga-peniaga berkenaan menaikkan harga makanan dengan sesuka hati.

"Kami mengambil maklum aduan pengguna ini dan akan memanjangkannya kepada pihak-pihak yang berkaitan," katamya. - UTUSAN MALAYSIA ONLINE

KJEE; BUAT APA NAK KOMPLEN. PAKAT BOIKOT JER!




Bekas tunang tukar keputusan 6 jam sebelum majlis


PEGUAM kepada Mohd Masran, Latifah dan Murtadza menunjukkan sijil kursus praperkahwinan dan kad jemputan perkahwinan anak guamnya yang memfailkan saman malu terhadap bekas tunang.Bekas tunang tukar keputusan 6 jam sebelum majlis

KOTA BHARU: Berang dengan tindakan bekas tunangnya membatalkan pernikahan tanpa alasan munasabah kira-kira enam jam sebelum majlis akad nikah berlangsung pada 4 Jun lalu, seorang penjawat awam memfailkan saman ganti rugi RM1.1 juta terhadap wanita itu dan bapanya, di Mahkamah Tinggi di sini semalam.

Mohd Masran Ab Rahman, 32, dari Tanah Merah, memfailkan saman itu terhadap Nor Zulyana Mat Hasan @ Mat Husin, 28, yang bekerja sebagai juruteknik makmal perubatan di sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur dan bapanya, Mat Hasan @ Mat Husin Ibrahim, 60, dinamakan sebagai defendan kedua.
Beliau melalui peguamnya Latifah Ariffin dan Murtadza Mokhtar memfailkan saman berkenaan di Pejabat Pendaftar Mahkamah di sini, pagi semalam.

Latifah berkata, anak guamnya mengambil tindakan saman kerana tertekan dengan tindakan Nor Zulyana dan Mat Hassan yang membatalkan pernikahan pada saat akhir sedangkan segala persiapan majlis termasuk perkahwinan sudah dilakukan.

Berikutan keadaan itu, katanya, Mohd Masran terpaksa menjadikan majlis perkahwinan di sebelah lelaki yang sepatutnya berlangsung pada 6 Jun lalu diganti dengan majlis kesyukuran.

Berdasarkan pernyataan tuntutan, plaintif dan keluarga sudah mengadakan persiapan antaranya membeli barang hantaran, menjemput saudara mara yang berada di Kelantan dan negeri lain, menempah pelamin dan peralatan perkahwinan, membeli cincin perkahwinan, dan tempahan makanan untuk 1,200 tetamu.

Bagaimanapun, plaintif mendakwa pada tarikh akad nikah yang sepatutnya berlangsung pada 4 Jun lalu, defendan dengan sengaja enggan meneruskan majlis akad nikah tanpa alasan munasabah.
Plaintif juga mendakwa mengalami kerugian teruk selain mengalami tekanan perasaan, malu kepada saudara-mara, rakan, jiran, tetamu dan orang kenamaan.

Berikutan itu, plaintif menuntut defendan membayar antaranya ganti rugi am iaitu sebanyak RM100,000, ganti rugi khas, ganti rugi teruk (RM500,000 atau ditaksirkan), ganti rugi malu (RM500,000 atau ditaksirkan), faedah lapan peratus setahun ke atas jumlah keseluruhan jumlah dari tarikh pemfailan writ saman sehingga tarikh penghakiman, dan faedah ke atas semua jumlah penghakiman pada kadar lapan peratus setahun daripada tarikh penghakiman hingga tarikh penyelesaian penuh. - BERITA HARIAN ONLINE

KJEE: BANYAK SUNGGUH KES MACAM NI SEKARANG.

0 comments:

Post a Comment