Tuesday, August 16, 2011

PASAR JUADAH OH PASAR JUADAH!

Puasa adik ni. Kecur agaknya tengok popia

Laksa Utara sedap!

Chicken Wings Panggang cukup popular
 Hari ini hari paling gumbira dalam hidup Kjee. Satu,  sebab relax jer tak payah masuk ke dapur. Dua,  sebab apa saja yang dibeli di pasar juadah kat Wangsa Maju, semuanya sedap2 belaka. Termasuklah ayam golek yang kami beli kat Kampung Kerinci/Pantai Dalam.

Nadia beli bubur jagung
Dah bertahun2, kalau beli makanan kat Pasar Juadah, balik mesti kena alter ataupun jadi habuan Cik Tong. Tapi yang kami beli siang tadi, semua sedap2. Sampaikan nak sambung lagi makan selepas beristirehat!

Walaupun hujan berhari2 di kawasan Taman Melawati, Wangsa Maju dan Keramat, nasib baiklah Kjee tak terkena makanan basi ataupun kurang menepati citarasa.

Itulah. Kerana nila setitik habis rosak susu sebelanga! Seekor kerbau bawak lumpur, habis semua terpalit! Sorang dua buat pasal, habis busuk nama semua peniaga pasar juadah!

Oleh kerana itu, esok rasa cam malas pulak nak masak. Tapi ayam golek ada seekor lagi. Tadi masa berbuka, tak habis pun seekor. Kalau buat sahur pun boleh.

Anika lauk pauk
So Kjee plan esok nak panaskan balik seekor lagi ayam yang belum disentuh lagi tu, dalam oven. Nadia dah beli pita kat Hero petang tadi. So esok, kami berbuka dengan pita with grilled chicken. Hah amacam? Pastu beli salad, makan dengan sos cili dan mayo!

Nadia kata nak beli nasi kerabu kat Pasar Juadah Wangsa Maju. Ada satu ketika dulu, Nadia boleh makan Roti John setiap hari untuk berbuka sepanjang 30 hari berpuasa! Masa itu Kjee meniaga di pasar juadah. Kali ini selera dia lebih kepada Nasi Kerabu.

Tadi sewaktu Unclepali dan Nadia gi ronda2 kat pasar juadah Wangsa Maju, Unclepali tunjukkan Kjee gambar yang dia kata Kjee mesti kecur. Kjee yang duduk tunggu mereka ronda, dalam kereta, tengok gambar apa. Memang kecur sebab itu fav Kjee!!
Satay Tongking Ayam!

Korang nak tahu apa? Kalau yang tak suka, jangan uwekkk tau. SATAY TONGKING AYAM!!! Kalau korang yang suka, tengok gambar gerenti kecur. Unclepali macam nak makan jer tetapi oleh kerana banyak sangat makanan kami hari ini, Kjee kata itu menu esok! Buatnya esok dia tak jual, sure Kjee menangis berguling2!

Itu jer lah untuk malam ini. Tadi masa tunggu Unclepali dan Nadia ronda, Kjee ternampak banyak juga permandangan  yang menyakitkan mata. Pasangan2 yang berpeluk2an sambil menyusuri pasar juadah dan ada dua orang wanita yang berpakaian alamak...susah nak cakap. Skirt yang dipakai hanya sesuai untuk dipakai dalam bilik!! Hmmm tak rasa bersalah ker di bulan yang mulia ini!!! Wallahualam.

Sedapnya roti jala dan roti boom

0 comments:

Post a Comment