Saturday, August 6, 2011

DUGAAN DI BULAN PUASA

semua foto ehsan google

 Setiap insan terpaksa menempuh pelbagai dugaan ketika bulan Puasa. Tapi Kjee rasa, dugaan paling besar ditempuh oleh kaum ibu. Dugaan ketika memasak. Betul tak? Kalau korang kata tak, Kjee kata ya.

Tadi Kjee duduk berdepan dengan Unclepali mengopek kerang nak buat Penang Fried Kway Teow buat berbuka petang ni. Dah jadi kebiasaan, kopek empat biji, tiga biji masuk mulut...eh kalau hari bukan puasa lah. Bayangkan kalau beli kerang dua kilo, hanya sempat tengok isi sebanyak 200 grams jer.

Itu kalau kopek pada hari bukan puasa. Tadi Unclepali tegur...eh kenapa banyak dapat isi kerang hari ni hah? Kjee sengih. Macamlah dia tak tahu tabiat bini dia kan? Tadi pun tangan macam automatik jer nak masuk ke dalam mulut. Nasib baik kuat iman!!! Hehehe.

Teringat Kjee masa kecik dulu, tinggal kat Teluk Anson (sekarang Teluk Intan). Kjee pergilah mengaji lepas balik sekolah. Teman sepengajian Kjee ialah Farith Ismeth Amir (pembaca berita TV)  atau sekarang dia panggil diri dia Pak Ngah. Comel dia masa muda dulu. Pernah Kjee main kahwin2 dan bersanding kat bawah pokok rambutan dengan dia. Hehehe.

Apalah melalut. Okay, kami mengaji dengan Tok Guru yang sama iaitu Mami Shahrum (dah arwah sekarang). Mami Shahrum ini baik punya garang. Silap sikit siap ko. Kerana itulah, kami semua cepat khatam!

Satu hari Kjee pergilah mengaji. Hari tu bulan puasa. So kami semua puasa. Semua adalah termasuk Farith. Adalah dalam 15 orang. Tengah2 mengaji, tengok2 Tok Guru dah tak ada. Isyhh mana pulak pergi orang tua ni.

Kemestian ketika berbuka puasa
Kjee pun menyibuklah pergi ke dapur. Intai2 sebab tak berani bising sebab dia garang giler. Rupa2nya Tok Guru sedang baik punya makan! Yang dasyatnya, Mami shahrum tengah senduk nasi lagi. Dua kali tambah babe. Kjee dan kawan2 terkejut dan teriak. :"Eh Mami tak puasa ker?"

Mami Shahrum tercampak senduk nasi. :"Astaghafirullahalazim!!! Aku lupa aku puasa! " Bergegas orang tua yang badannya besarlah (cam Kjee sekarang) ke sinki dan kumur2!

Punyalah Mami Shahrum malu dengan kami. Dia sebenarnya berpuasa dan terlupa! Itulah rezeki orang berpuasa. Kjee balik terus bagitau mak. Dia kata tak batal puasa Mami Shahrum kerana dia bukan sengaja.

So masa kopek kerang tadi, Unclepali buat lawak. Bestnya kalau lepas makan nasi, minum air pastu pekena sebatang rokok..kemudian baru teringat puasa. Banyak cantik muka awak!! Tapi Unclepali kata seandainya dia termakan nasi sampai nak tambah macam Mami Shahrum, dia tak puasa dah. Tak sanggup, katanya sambil tersengih.

Kjee pun selalu tersasul kat dapur. Seringkali nak capai gelas untuk ambik air mineral dan minum. Tapi mungkin tak ada rezeki sebab sebaik sahaja gelas sampai ke bibir, terus teringat ini bulan puasa. Hehehe.

0 comments:

Post a Comment