Friday, August 19, 2011

APA KHABAR NIEZA - OUR JOURNEY BEGINS?

Poskad pertama Kjee terima
Hari ini Kjee tiba-tiba teringat Nieza, blogger Our Journey Begins. Eh kemana Nieza selama ini? Kali terakhir Kjee 'terserempak' dengan Nieza ialah kira-kira tiga minggu lalu. Ketika itu, Kjee dapat bayangkan kesedihannya bersiap sedia dalam segala kekecuhan untuk kembali ke tanahair. Beliau jauh nun di Finland.

Kjee tak tahu apa terjadi kepada Nieza sejak dia kembali ke tanahair. Beliau pulang demi penggilan ibu yang mendapat serangan jantung. Kelamkabut Nieza ketika itu. Baca sini.

Itu tiga minggu lalu. Kjee pasti Nieza sudah berada di sisi bonda tercinta. Kalau tidak silap Kjee, beliau berasal dari Pulau Pinang dan mengikut suaminya yang bertugas di Finland.

Harap2 bonda Nieza terselamat dari segala musibah. Kjee doakan yang terbaik buat Nieza dan Bonda serta keluarga, Insya Allah. Update lah Kjee dan juga semua frens atas segela perkembangan terbaru. Please bear in mind...you are not alone!

elamat menjalani ibadah puasa dan Selamat Hari Raya Aidil Fitri.


2 comments:

mala said...

teringat waktu papa mala kena stroke April 2006. masa tu mala masih di Brunei. susahnya hati. jam-jam tu jugak balik. 12 jam perjalanan dari Brunei-KLIA-Penang. sampai rumah macam zombie!

adat bila tinggal jauh selalu risaugkan ibubapa yang semakin di mamah usia.

papa Mala masih terlantar di katil hingga hari ini. bergantung sepenuhnya pada mama. alhamdulilah mama masih sihat.

Acik Erna said...

assalam kakjee..acik jugak menantikan berita dari nieza..dan baru2 ni inbox ke fb nieza..
masa tu nieza menjaga bonda dia dihospital..dan tidak berkesempatan untuk update katanya.
kita doakan yang terbaik buat bonda nieza.

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...