Sunday, August 14, 2011

BAGAIMANA NAK TOLONG BLOGGER MASAKAN?!!



 Hari ini sudah 14 hari kita semua berpuasa. Maksud Kjee, Insya Allah, jika sampai ke Maghrib nanti, kita semua telah menyempurnakan 14 hari puasa penuh! Alhamdullilah. Sekejap je masa berlalu. Lepas itu, kita akan menyambut Hari Raya Aidil Fitri.

Anak2 Yatim dapat baju dari grup Sehelai Baju Menyapu Si Air Mata
Kata orang tua2 Hari Raya hanya untuk budak2. Siapa kata? Kalau tidak ada peranan mak dan bapak budak, tidak akan meriah Hari Raya untuk budak2. Ayah berhempas pulas mencari rezeki supaya ibu2 dapat menyediakan segala yang dihajati anak2.

Mereka sanggup mengenepikan keinginan sendiri demi anak2 tercinta. Mama pakai baju dan kasut recyle pun  tak kisahlah. Janji anak2 dapat sekurang2nya sehelai baju dan kasut baru. Itulah sebabnya Kjee kata Hari Raya bukan sahaja untuk anak2. Kita kena berusaha menjadikan ia satu kenangan yang cukup manis buat anak2.

Sebenarnya pagi ni Kjee nak cerita pasal blog masakan. Tetapi bila jari jemari sampai je ke keyboard, lain pulak citernya. Kjee taklah banyak intai ke blog2 masakan yang ada atau dalam bahasa korang blogwalking. Hanya sekadar mana yang sempat.

Tetapi Kjee rasa ketika dan saat ini blog masakan mengatasi semua blog yang ada di Malaysia ini. Mengalahkan blog politik! Kjee pun di bulan puasa ni, dah kurangkan sikit aktiviti menerjah blog2 politik yang ada sebab malas nak dapat dosa.

ehsan google 
Maaflah, ada segelintir blog politik yang masih guna kata2 mencarut di bulan Puasa. Bukanlah Kjee ni baik sangat tapi awal puasa hari tu Kjee dah berazam kalau boleh nak kurangkan semua aktiviti yang tak sihat. See No Evil, Speak No Evil, Hear No Evil!  Ewah..cam pepandai dan baik sangat kan!

Justru Kjee lebih suka tumpukan perhatian kepada blog2 masakan sebab blogger masakan hanya tumpukan perhatian kepada hasil kerja periuk belanga mereka.

Tahniah blogger2 masakan. Bulan puasa ni, dengan hit rate yang tinggi, masyukkkk lah anda semua. Itulah ganjarannya setelah membuat entry2 tanpa mengharapkan balasan dari pembaca.

Pembaca harus faham sendirilah. Blogger dah bagi tips, resipi dan gambar2 yang buat korang kecur, kenapa tak nak pulak bantu mereka. At least dapatlah dia orang bonus beli bahan2, props dan juga bayar bil streamy, UniFi dan jugak bil eletrik!

Serius ni. Korang sepatutnya klik pada iklan2 yang tertera kat blog blogger2 masakan tu setiap kali korang singgah. Korang tau tak itulah caranya nak membalas budi bloggers semua.

Walaupun Kjee pun ada blog sendiri, Kjee tetap klik pada semua iklan di blog orang lain. Omputih kata, You Scratch My Back, I Scratch Yours.


Kjee akui walaupun Dunia Dari Dapur Kjee tidak menyediakan banyak resipi biskut dan kek tetapi alhamdullilah sepanjang bulan puasa, purata Page Views Kjee ialah 13,000 setiap hari! Alhamdullilah oleh kerana ramai jugak yang tolong klik kat iklan, adalah rezeki tambahan bayar duit api rumah, bil UniFi dan juga ansuran kereta!


Antara blog masakan paling banyak diterjah di bulan Puasa
Itu baru dapat PV yang belasan ribu jer sehari. Bayangkan blog Dapur Tanpa Sempadan yang dapat puluhan ribu PV sehari...maaf mungkin dah cecah angka ratusan! Bayangkan pendapatan CMG!! Tapi berbaloilah CMG dapat banyak tu sebab usahanya yang tak putus2 hidangkan juadah dan resipi yang boleh beri menafaat kepada berjuta pengunjungnya!

So, masih ada dua minggu lagi sebelum Raya. Kalau korang singgah kat blog2 masakan, cara hendak berterima kasih ialah dengan klik kat iklan2 yang tertera kat blog mereka. Banyak rezeki mereka dapat, bolehlah mereka hidangkan lebih banyak masakan yang lazat2.

I FOLLOW... I FOLLOW... I FOLLOW...I FOLLOW...I FOLLOW...I FOLLOW...YOU???!!!

6 comments:

MamaFaMi said...

Salaam Kjee... kita pun tak berapa dapat jalan sangat sejak kebelakangan ni. Kalau berjalan pun, tak sempat letak jejak bertapak.

Hmm yang pasal hits tu kan, kita sampai sekarang pun tak paham.. Try gak pahamkan masa kenkawan ajar, tapi agaknya sebab otak dah karat, tak leh masuk. Pengabisnya kita biar gitu je.. bila difikirkan, tentu rugi kan? Tapi nak sedapkan hati sendiri, kita cakaplah pada diri sendiri... asal tujuan berblog ni sebab kita nak suka-suka syok sendiri tayang gambar untuk diri sendiri... hehehehe... tapi kalau ada yang sudi nak gunakan apa yang telah kita paparkan, syukur alhamdulillah, amatlah berbesar hati...

Kjee said...

Salama MamaFaMi. Actually Kjee pun lagi tak faham apa2. Mujur ada few frens yang bantu. but Unclepali jugak is a big help. he keeps track of everything. Kata orang sambil menyelam minum air. if by blogging boleh generate some income at least untuk bayar duit api dan streamyx, apa salahnya kan? hehehe

Niema said...

InsyaAllah... niema kalau singgah mana2 blog dan ambil ilmu niema akan klik iklan2 mereka... kalau niema tiru resepi bulat2... niema akan masukkan laman web diaorang dalam blog niema sebagai rujukan/sumber asal... so orang lain pon boleh terus ke situ juga.... :)

ainie syeema said...

salam , ainie baru dalam dunia blog , dah baca entry ni baru faham pasal iklan2 bagai. ainie suka msuk blog akak sbb selalu ada pkmbangn hal semasa dan byk resepi best2. nway , sebelum ni silence reader je. so , this is my 1st comment :)
salam ramadhan kak jee !

Kjee said...

selamat datang Ainie. Terima kasih kera sudi intai blog Kjee.

ainie syeema said...

thanks kak jee sudi follow blog ainie :)

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...