Friday, August 19, 2011

BANANA MUFFIN + CHOC CHIPS PART 2



 Hari itu Kjee buat muffins pisang buat pertama kali dalam sejarah hidup. Hehehe. Macamlah dasyat sangat kan? Tapi oleh kerana tak tau mana Nadia letak baking soda, maka terjadilah muffin yang kureng naik. Naik tu naiklah tapi taklah gebu sangat.

Pastu Muffin Queen Izah tinggalkan komen. Dia kata mesti letak baking soda kalau tidak, tak gebu. Oh ya ker? Manalah nak tau kan? Selalu Kjee main bedal je bila pergi ke Kenny Rogers.

Hari ni Kjee buat untuk kali kedua. Unclepali tanya boleh jadi ke? Wallahualam. Kalau tak jadi jugak, alamatnya give up terus. Tak buat lagilah!

Jeng jeng jeng...baru jer keluar oven. Mak oi gebunya macam body si tukang buat. Unclepali tadi tanya kalau lebih lebih baking soda, jadi apa? Isyhh soalan untuk kanak2 tadika. Jadi macam isteri awak lah. Terus Unclepali keluar dari dapur. Hehehe jahat Kjee mengusik dia puasa2 ni kan?

Jom kita tengok resipi yang Kjee ambil dari Izah Muffin Lover. Jangan marah Izah, Kjee usik Izah Muffin Queen.

Kjee buat mafin Izah yang Sure No fail atau gerenti jadi. Jom tengok resipinya. Tadi nampak choc chips ada dalam segenggam, Kjee pun campakkah ke dalam batter. Pastu Kjee guna soft brown sugar atau gula perang.

BAHAN2:

1¼ cawan tepung gandum
¾ sudu kecik baking soda
¼ sudu kecik baking powder
secubit garam
2 biji telor size B
½ cawan minyak jagung
½ cawan gula perang
sedikit vanilla
1 cawan pisang lecek

CARA:

Panaskan oven selama 20 minit.
Lecek pisang dan sukat.
Ayak tepung, soda dan baking powder serta garam.
Telor, minyak, gula dan vanilla disatukan dan dipukul hingga kembang. Kjee guna whisk.
Pastu masukkan pisang lecek, kacau hingga rata. Pastu masukkan tepung yang Kjee dah campurkan dengan choc chips ke dalam batter. Kacau perlahan2 hingga sebati.
Kaup ke dalam muffin cups. Kjee guna yang keras.
Bakar selama 20 minit dengan suhu 180. Jadi 8 biji...jadilah. Hehehe

Tadi nak guna paper cups yang Kjee beli kat Ikea hari tu tapi sedihnya tak jumpa muffin tray. Maid Kjee dulu campak dalam setor gamaknya. So guna jerlah muffin cups sama yang Kjee beli kat Bagus hari tu.


4 comments:

Deena Yasmin said...

sedappp.. ! mesti buat pasni :)

Kjee said...

Yezza Deena...very the!!

Mas said...

cantikk mapin tu kak jee....
naik menggunung jerk...

HappyIrfa said...

emm mmg gebu la :-)

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...