Sunday, August 14, 2011

BERBUKA PUASA NASI BRIYANI BUKHARA


Briyani Bukhara Mahbub yang sedap sangat
 Setelah 13 hari berpuasa, hari ini kali pertama kami bertiga berpuasa bersama2 di luar. Rabu lepas Nadia berbuka puasa di Seri Perdana bersama Perdana Menteri. Kami berdua berbuka di sebuah restoren unik di Jalan Datuk Keramat.

Murtabak daging 
Unik sebab restoren itu bagaikan sebuah "galeri gambar negara'. Nanti satu hari Kjee ke sana lagi dan ambik gamar tunjuk korang. A picture tells a thousand words. Itu yang best Kjee boleh katakan pasal restoren itu. Makanan dia biasa2 jer. Nothing to shout about!


Hari ini Nadia dan Unclepali sebulat suara pilih restoren Mahbub, Bangsar untuk puasa walhal kami dari Petaling Jaya tadi ziarah keluarga arwah adik Kjee. Sembang punya sembang dah hampir petang. So dalam perjalanan balik ke Taman Melawati dah hampir pukul 5.

Dalam perjalanan menggunakan lebuhraya DUKE, hujan mulai turun. Singgah pulak kat gerai Malaya Char Kwaay Teow di Taman Setiawangsa untuk beli kurma madu Yusof Tayuub. Kami perlu balik rumah dulu sebab terlupa tadi nak pasang lampu dan Unclepali juga terpaksa beri makan kucing. Nak dekat sampai rumah baru Nadia kata nak makan kat Mahbub, Bangsar. Bermakna selepas selesai urusan bagi makan kucing, kami harus berpatah balik ke Bangsar!

Hujan mula turun dengan lebatnya di lebuhraya Duke menuju ke Bangsar. Dalam hati Kjee terasa menyesal pulak kena setuju dia orang nak pergi makan di Bangsar. Sepanjang jalan suasana persekitaran gelap gelita dengan hujan yang lebat hingga menyukarkan pandangan.
Ayam madu finger licking good!

Terbayang Kjee betapa sukarnya adik ipar Kjee, Haji Amir bersama anak2nya menziarahi pusara adik Kjee di Bukit Kiara di tengah2 hujan lebat! Itulah rutin mereka setiap hari. Mereka menziarah pusara adik Kjee selepas Asar.

Akhirnya kami sampai jugak dengan selamat di Bangsar. Walaupun sampai hampir sejam awal namun kami tiada pilihan dan terpaksa tunggu dalam restoren kerana tokehnya tak benarkan kami buat reservation. Kebanyakkan meja telah dipenuhi.

Hari ini seperti biasa kalau ke Mahbub, Briyani Bukhara menjadi pilihan kami bertiga. Kjee dan Nadia order Bukhara Kambing dan Unclepali pesan Bukhara ayam. Tapi di saat terakhir, Nadia ubah fikiran pulak nak makan Briyani Ayam Madu Mhabub yang memang sedap sehingga menjilat jari.

KLIK SINI

Lauk iringan fav Nadia bersama Beriyani Ayam Madu
Rupa2nya Nadia ternampak lauk pauk iringan favorite dia iaitu bendi goreng dan kari kacang kuda. Unclepali turut order murtabak daging Mahbub yang femes. Sedap sangat. Tak rasa sangat roti canainya sebab 80% daging!

Seperti biasa, Kjee hanya mampu makan tak sampai separuh daripada portion Kjee. Nasib baik Unclepali tolong habiskan. Sebenarnya sebelum jamah lagi, Kjee dah asingkan portion itu untuk Unclepali. Tak baik diberi suami kita makan makanan kita yang tak habis.



Alhamdullilah. selepas kekenyangan, bergerak kembali balik ke Taman Melawati. Hujan sudah reda dan selamat kami sampai ke rumah.

3 comments:

jeragang said...

taknak pelawa ker kjee ... jeragang dok makang ikang sokmo

Puan Ros @ Tadika Sinaran Intelek said...

Kjee nsi bukhara Mahbub tu.... sedapnya. Kita pun nak kena pergi la.Bulan puasa ni belum sampai sana lagi.

Anonymous said...

Best nya ...

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...