Wednesday, August 10, 2011

BILA TIBA MUSIM PERAYAAN



INI BIASA...

INI PUN BIASA...

INI BENCANA TERBARU?


Selalunya apabila tiba Ramadhan dan menjelang Raya, hanya dua bencana yang seringkali  bermain di benak  fikiran. Satu, bencana bermain mercun. Saban tahun ada sahaja kanak2 yang hilang jari, buta sebelah mata dan cedera akibat kecuaian ketika bermain mercun.


Bencana kedua ialah nahas di jalanraya. Kenapa apabila tiba sahaja musim perayaan, banyak sangat berlaku eksiden? Apakah kerana semua berebut2 nak balik kampung? Kenapa mesti berebut tanpa menghiraukan keselamatan diri dan keluarga? Larikah kampung yang dikejar itu?


Kini ada bencana ketiga angkara perbuatan peniaga yang rakus. Yang asyik memikirkan mahu untung cepat. Meniaga tak nak rugi. Mesti mau untung sahaja. Itulah yang terjadi di sebuah Pasar Juadah di Meru, Kelang semalam.


Seorang kanak2 terus mengelupur dan kemudiannya meninggal dunia selepas menjamah otak2, makanan kesukaannya yang dibeli ayahnya untuk berbuka. Seluruh keluarganya turut merasai kesan memakan makanan yang dijual oleh peniaga yang tidak amanah!


Ini berita yang disiarkan dalam akhbar Berita harian.


MERU: Seorang murid Tahun Lima Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Binjai dekat sini, meninggal dunia pagi kelmarin, selepas mengalami muntah dan cirit birit kira-kira setengah jam selepas menikmati juadah berbuka puasa yang dibelikan bapanya di sebuah bazar Ramadan berdekatan rumahnya di Taman Seri Mewah di sini, petang Ahad lalu.

Selain Nurdini Mohamad Ali, 11, hampir seluruh ahli keluarganya turut mengalami simptom sama sehingga terpaksa dimasukkan ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) di sini, selepas memakan juadah sama.

Mereka ialah ibunya, Noraliti Ramli, 37, yang kini hamil lima bulan, dan empat abangnya, Mohammad Syafiq, 14; Mohammad Irfan, 13; Mohammad Fitri, lapan dan Mohammad Hazimi, tiga tahun serta pembantu rumah dikenali sebagai Pati.


Mohammad Irfan dan Mohammad Fitri turut disyaki dijangkiti penyakit taun, manakala Mohammad Hazimi menghidap demam denggi.

Bapa mangsa, Mohamad Ali Khir, 37, yang ditemui di HTAR, berkata jam 6.10 pagi kelmarin, beliau ke bilik air dan terdengar bunyi dengusan seperti lembu disembelih dari bilik air.

“Sebaik membuka pintu bilik air, saya terkejut melihat Nurdini dalam keadaan terlentang dengan mata terbeliak dan mulutnya berbuih,” katanya. 

Mohamad Ali yang tidak dapat menahan sebak, berkata Nurdini meminta air batu campur (ABC) dan otak-otak sejak awal Ramadan lagi, tetapi hanya Ahad lalu beliau berkesempatan membeli juadah berkenaan. 
“Kira-kira setengah jam selepas berbuka dengan juadah itu, perut saya mula berasa tidak selesa dan kira-kira sejam kemudian kami sekeluarga dan pembantu rumah mula muntah serta cirit-birit sehingga tidak larat untuk bangun ke bilik air.

“Sebaik melihat keadaan Nurdini yang semakin teruk, saya membawanya ke HTAR tetapi sebaik tiba di hospital, doktor mengesahkan dia sudah meninggal dunia,” katanya.

Ahli keluarganya yang lain dibawa ke hospital sama dengan bantuan jiran.

Mohamad Ali berkata, biarpun beliau turut mengalami simptom sama, beliau menggagahkan diri dan tidak mahu dirawat di hospital kerana tiada siapa untuk menguruskan jenazah anaknya.

Jenazah Nurdini dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Meru, selepas Zuhur, petang kelmarin.

Ditanya sama ada beliau mahu mengambil tindakan terhadap peniaga yang menjual makanan yang disyaki tercemar, Mohammad Ali berkata beliau tidak mahu menyalahkan sesiapa, tetapi menasihati peniaga bazar Ramadan mengambil iktibar dan berhati-hati ketika mengendalikan makanan yang dijual supaya kejadian menimpa keluarganya tidak berulang. 



Hati2lah semua. Sejak beberapa hari yang lalu, banyak pasar juadah dilanda hujan. Dan seperti biasa, kalau hari hujan, makanan tidak habis dijual. Dan apabila tidak habis, peniaga cuba sedaya upaya menyelamatkan modal mereka. Akibatnya? 


Hah, itulah bencana ketiga yang bakal melanda di bulan Puasa sekarang ini dan bulan Puasa di masa2 akan datang.


Berwaspadalah ketika membeli juadah berbuka puasa. Apakah kerana kesuntukkan masa untuk menyediakan sendiri juadah yang bersih dan sedap di rumah, maka kita terpaksa korbankan nyawa orang yang kita sayang?


Ini adalah kes terpencil. Mungkin kematian pertama yang dilaporkan. TETAPI kes cirit birit dan muntah2 selepas menikmati juadah berbuka puasa bukanlah sesuatu yang luar biasa. Renung2kanlah.


GAMBAR2 EHSAN GOOGLE

2 comments:

KuNanGKuNanG said...

camne la diorang niaga kn?

Sofya said...

kesian adik tu..
semoga rohnya dicucuri rahmat
dan yg nak meniaga tu pk la keselamatan pembeli

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...