Friday, August 19, 2011

BLOG MASAKAN SIAPA PALING GANAS SEKARANG?

SIRI JEJAK BLOGGER MASAKAN #1

Hehehe semua pasti saspen apabila Kjee ajukan soalan ini. Blog masakan siapa paling ganas sekarang? Cuba teka? Dapur Tanpa Sempadan milik Che Mat Gebu? Hmmm blog dia memang ganas sepanjang zaman. Dah lebih 7-juta PV tu. Pennnngsaaaannnnn!!

Siapa lagi? Home Sweet Home Kak Ummi Kuantan kita ker? Hah blog tu pun ganas. Memang salah satu blog yang Kjee dok intai setiap hari. Resipi beliau mantap!! PV pun dah lebih 2-juta. Banyaknya! Berjanggut Kjee nak tunggu PV banyak tu!!

Hah siapa lagi? Kjee rasa korang dah dapat teka. Siapa lagi kalau bukan si cantik manis Azlita Aziz yang blog dia nama Masam Manis!

Kjee kan kalau intai blog Ita, Kjee tak layan sangat coretan mahupun resipi dia. Yang penting gambar2 dia. A Picture Tells A Thousand Words!! Maaflah geng blogger lain...setakat ini Ita meninggalkan kita semua jauh di belakang di segi gambar masakannya!! Setuju tak??

Ita start blogging pada bulan Oktober 2010. Masa itu entry gambar-gambar dia biasa2 jer. Kjee pasti kalau Ita sendiri selak balik dari hari pertama dia jadi blogger sampai sekarang, mesti kecut perut dia.

Tengok sajalah gambar2 ini dari bulan pertama dia mula post entry dia!!







Dan gambar2 dibawah ini pula menunjukkan peningkatan pada kreativiti Ita.  Semuanya bermula selepas bulan April 2011. Dan sejak itu, blog Ita menjadi perhatian ramai.


Mujurlah Kjee tak jadi wartawan lagi, kalau tidak pasti Kjee pergi interview Ita.

Syabas Ita. Pada Kjee, beliau seorang yang cukup rajin berusaha. Setiap apa yang dilakukannya, dibuat penuh teliti. Tidak pernah sambil lewa atau main2! Tidak semestinya apabila usia semakin meningkat, kita tidak boleh mendalami ilmu yang menjurus kepada bidang yang kita minat.

Dan Kjee perhatikan, Ita memang banyak berhabis. Bukan sahaja berhabis di segi membeli peralatan photography (yang pasti mahal) tetapi bahan2 atau props yang digunakan juga memerlukan daya kreativiti yang tinggi. Kjee pernah jadi wartawan dan seringkali juga terbabit dalam photo shoot untuk akhbar dan majalah.

Inilah cara Ita dapat gambar yang memukau kita semua!
Bagaimanapun, minat Kjee lebih kepada bidang penulisan. Lagipun, setiap akhbar ada yunit foto sendiri dan kami tidak dibenarkan menyibuk. Justru, minat kami sebagai wartawan hanyaa tertumpu kepada bidang penulisan sahaja.

Ita juga tidak lokek berkongsi ilmu. Dia juga memberi tutorial cara mengambil gambar yang betul. Tetapi Kjee rasa tidak semua mampu mengikut cara dia.

Apapun Ita, keep up with the good work. Kjee berharap Ita akan dijadikan role model oleh blogger2 muda!!

Maaf Kjee copy gambar2 dari blog awak untuk dimuatkan dalam entry ini....tak sempat nak mohon izin. Tak per..Raya dah dekat. Nanti Kjee bolehlah menyusun jari sepuluh memohon maaf! :)

Harap Ita tak malu dengan gambar2 yang diatas. Ita harus bangga dengan your achievement sekarang!!



Siapa tak kagum dengan kerjatangan Ita yang amat teliti!!

16 comments:

Fazlinil Irma said...

betul kak gee. sy bila nampak entry baru kak ita mesti nak tengok. bukan baca resepi. nak tgok gambar dulu. dr gambar dah buat kita telan liur dulu. :)

DEZAMAN COTTAGE said...

Takper kak jee insyallah satu hari nanti blog kak jee lak akan jadi tempat singgahan blogger-blogger....kak jee tak caya nanti kita tungguuuuuu!!!! saya suka masuk sini sbb ceria.....

jeragang said...

bila gok orang kelaut macang jeragang bueh letok gambo bes macang tuh...... dok reti starang baroh

Ummi said...

Betul, betul, betul....sangat setuju dengan komen k.Jee tentang blog Ita. Ummi perasan, followers dia juga meningkat mendadak....sekejap jek dah hampir 2000 org (*ummi tengok kelmarin la...pg ni x tgk lg). Salah satu sebab adalah gambar2 beliau yg sangat mengancam, meruntun dan penuh daya kreativiti.. Dan antara sebab lain, beliau rajin meletakkan cara2/langkah demi langkah yg beliau praktikkan untuk memudahkan sesuatu masakan itu dihasilkan dengan cantik dan tidak mengecewakan... Syabas buat Ita, akak memang kagum dgn kerajinan beliau meluangkan masa di depan lappy (*bkn semua org mampu) berkongsi tips2 dan petua photography cara beliau tersendiri!!

Apapun terima kasih jugak buat K.Jee atas komen untuk HSH tu ha...hehe. Dapur Ummi tu xdalah sehebat mana, jarang sempat nak letak step by step punya gambar dan props bagai, balik kerja terkejar2 jek masak, ngam ngam jek time makan siap...kita duk snap2 foto, anak2 n hb nganga jek tunggu...hehe, x siap2 lg mak nih! Hahaha...apapun terima kasih atas komen dan pemerhatian k.Jee terhadap HSH. Tahniah buat Mat Gebu dan Ita jugak.... :) Mereka mmg terbaiiikk!!!

smell delicious! a.k.a inachomel said...

salam kak jee,

saya setuju dengan pandangan kak jee! kalau orang malas nak masuk dapur pun boleh jadi teruja nak memasak bila tengok presentation dari azlita ni .... paling saya suka, ita tak lokek ilmu, suka tunjuk step-by-step how to make something easy for us.

jeragang said...

Tak perlu ramai tetapi pembaca yang setia yang mendapat menfaat bukan begitu Kjee...ini pandangan orang kelaut jer yang cetek ilmu pengetahuang macam jeragang nie

Nazrah said...

Blog Kak Gee juga tak kurang hebat penulisannya..suka baca..Blog Kak Ita memang cantik gambar2 nya...kita pun suka tengok gambar nye..

Oh Oeya said...

Seni itu indah.. kan K'Jee :)

rose putih said...

Memang benar kata kak Jee tetapi keindahan itu ada takrifan yang pelbagai kerana kerja seni itu menawan sesiapa sahaja yang melihatnya!!

ilahjy said...

saya satu hari pasti masuk dapo ita 3 kali sehari pagi tghari dan malam... intai kerja tangan ita yg mengagumkan...t.kasih krn kak gee buat n3 khas utk dek ita kita semoga pembakar semangat pd yg lain..

icaland pelangi petang said...

setuju sgtdgn kak jee!
blog masam manis mmg ganas!

kak ita orang pertama jd folowwer saya.
terharu.
dia pun mmg ramah. tak lokek ilmu.

Intan said...

sangat setuju dengan kak jee ...
memang suka sangat tengok hasil kerja kak ita yang halus, teliti dan kreatif. banyak teknik yang saya dapat belajar dari kak ita. apapun saya suka baca blog kak jee :) ...

Sari Yusa Ibrahim said...

Kita kalu.ngadap blog kak ita mmg hanyut, lupa keje, hehe

Niema said...

you all, blogger2 masakan memang pencetus inspirasi betul laaa.... admire tul ngan semua yang teror2... CMG, Kak Jee and Kak Ita... Arah pon tak kurang hebatnya... keep it up Niema Follow jer semua...

JUMEE ZAILA AHMAD said...

salam kak jee..saya baru je seminggu dua ni jd pengikut blog kak ita..bila dia citer pasal phargaan dr kak jee n buat link ke blog kak jee...hrp blh jd follower akak pulak..sy ni tulis blog pun suka2..blog sy pun masih mentah..ayat mcm bdk drjh 3 je...hehheh

Anonymous said...

saya hari2 masuk blog kak jee...suka baca tulisan kjee..mengenai semuanya..tulisan bekas wartawan mestilah teratur dan sedap dibaca. masakan2 kak jee jgk sedap2 dgn gambar yg menarik

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...