Tuesday, August 23, 2011

HAMPER COOKIES DARI SUHAN MOVIES



Dah banyak hari Kjee sakit dada, sesak nafas. Walaupun dua minggu lalu, dah buat ECG dan doktor Hospital Selayang (bahagian kecemasan) bagi ubat Nubilizer namun malam tadi berulang kembali. Apapun, Nadia kejarkan semula Kjee ke unit kecemasan apabila dia tengok Kjee dah tak boleh bernafas.

Alhamdullilah hari ni okay sikit. Dada rasa ringan sikit. Dah dua hari tak ke dapur. Nadia beli jer makanan kat pasar juadah. Kalau esok okay, start balik buat cookies.

Dan hari ini, Nadia ke Suhan Movies. Alhamdullilah ada cheque (duit skrip) dan juga ole2 dari Rosyam Noor. Terima kasih.

Cantik kotaknya. Nak bukak sayang tapi nak juga tengok apa ada kat dalam.

Ada dua bekas cookies di dalam - choc chips dan juga popia mini.

Terima kasih daun keladi....Oh lupa lak nak ucapkan Selamat kembali ke tanahair setelah menjalani ibadah  Umrah, di Tanah Suci Mekah kepada Rosyam, isteri serta ahli keluarga.


10 comments:

lieynanilaz said...

alhamdulilah..semoga cepat sembuh ya kak..tahniah dapat rezeki di bulan ramadan..:)

secangkir madu merah said...

Semoga kakJee segera sembuh...

julia ismail said...

Semoga cepat sembuh kak Jee. Seronok dapat jumpa Kak Jee tadi kat Utusan..Yang penting saya dah klik dah iklan..hihihihi

Kjee said...

salam julia. nice knowing you. ingatkan anak dara lagi rupa2nya dah dua anak. hehehe thnx klik iklan

ummiarissa said...

kjee...tak tunjuk pun barang kat dalam..

Ummi said...

Salam K.Jee, alahaaaii siannyaa...sesak nafas teruk jgk yaaa...Moga k.Jee cepat sembuh dan tidak berulang2 dah la yea....nak sihat2 menjelang raya ni pulak haa... Rajin2 makan ubat dan hati-hati makan tu yea kak Jee... ^___^

Anonymous said...

salam kjee....smga akak cepat sembuh yer...
(syaomar)

honey said...

salam kak jee, asma?

"CT CoMeL" said...

salam kak jee...salam perkenalan...

Oh Oeya said...

Abah Oeya pun sama.. Bila pil dan spray (maaf tak tau namanya) tak membantu.. kena bawa dia ke hospital.. terbaru 4 jam kami adik beradik tunggu.. Tapi Ramadhan ni alhamdulillah nampaknya Abah Oeya sihat..
Moga Kak Jee sihat sejahtera ya..

Terubat juga ya Kak Jee dapat hamper dan bayaran.. dari Suhan Movies lagi.. minatnya kat bos Suhan Movies hik3..

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...