Wednesday, August 24, 2011

INGATKAH LAGI KEPADA CHOMBI DALAM FILEM IBU MERTUAKU?

- mStar- mStar
Zaiton ‘Chombi’ Tidak Mahu Keluarga Jadi Artis
Gambar Zaiton sewaktu muda.
PETALING JAYA: Pelakon veteran Zaiton, 74, yang terkenal dengan gelaran Chombi dalam filem Ibu Mertuaku tidak menggalakkan ahli keluarganya untuk mewarisi karier seni seperti pernah dilakukan olehnya sebelum ini.
Menurutnya yang kini menetap di Simei, Singapura, lima orang anaknya sudah mempunyai karier masing-masing dan tidak mungkin akan mengikut jejak langkahnya menceburi bidang seni lakonan.
“Anak-anak saya telah menuntut di menara gading dan bekerja mengikut bidang masing-masing. Kalau boleh saya tidak mahu mereka bekerja dalam bidang seni seperti saya dulu kerana waktu itu saya tidak berpeluang belajar di peringkat yang tinggi,” katanya ketika ditemui di Saloma Bistro, Kuala Lumpur sambil ditemani cucunya, Sharifah Gamar, 18.
Kali terakhir Zaiton muncul dalam bidang lakonan menerusi filem Raja Bersiong dan tidak dinafikan dia merindui zaman sewaktu bersama-sama rakan seperjuangannya dalam bidang seni seperti Momo Latif.
Zaiton ada menerima tawaran lakonan tetapi dia terpaksa menolaknya kerana tidak berminat lagi untuk berlakon dan telah bersara dari bidang tersebut.
Biarpun sudah lanjut usia, wajah Zaiton masih segar dan cantik. Berkongsi petua kecantikan yang pernah diamalkan sebelum ini, cucunya berkata nenek yang dipanggil ‘siti’ (bahasa Arab) itu menggunakan timun dan ulam-ulaman.
“Siti ada bercerita kepada saya tentang petua yang diamalkan semasa zaman muda dan ada juga yang masih diamalkan sehingga sekarang.
“Semasa muda, siti selalu meletak timun pada muka. Dia juga suka makan ulam-ulaman dan tidak terlalu berpantang ketika makan,” katanya.
Zaiton juga menambah tentang petua itu, di mana dia sentiasa berfikiran positif untuk menenangkan hati dan mengamalkan tidur awal sebelum pukul 10 malam. 
“Sekarang ini, saya hanya berehat di rumah dan kadangkala bercuti dengan keluarga,” ujarnya. -mStar

4 comments:

  1. seseorang patut mendapat peluang mengembang carrier mmengikut bidang pilihan memasing

    ReplyDelete
  2. Salam kakJee, have always wondered where she has gone to after her marriage. Good to know that she has given her children good education and that she is keeping well. I love her movies. This is one LADY, charming and so lovely. Her acting is superb! May she see many many more years and enjoy her grandchildren and their children. Thank you so much for featuring her today. Selamat Hari Raya to you and your family. Keep well too.

    Ruby

    ReplyDelete
  3. salam kjee.....
    ryo suka pelakon ni....takde ke pic terbaru chombi?

    ReplyDelete
  4. Suka masa dia jadi kekasih Sudin ketuk frame tingkap dengan botol hik3

    ReplyDelete