Friday, August 26, 2011

JJCM ~ ANTARA PASEMBOR DAN CUCUR UDANG


Pasembor di Craven

Cucur Udang resipi bonda Kjee

Apa bezanya? Tak ada beza sebenarnya. Pasembor dimakan dengan kuah kacang. Cucur udang dimakan dengan sos cili.

Kjee rajin jugak buat cucur udang yang bubuh taugeh dan kucai. Senang je buatnya. Untuk sosnya Kjee guna sos cili Thai jer. Lihat sini

Sebenarnya beza Pasembor Craven dengan cucur udang yang Kjee buat sendiri ialah, cucur udang Kjee, sarat dengan udang. Yang kat Craven, udang elek. Hehehe

Apabila Kjee diberitahu cucur udang di Restoren Nasi Kandar Craven kat Bukit Antarabangsa, best in the world, Kjee pun tak lepas peluang pergi mencuba.

Memang sedap. Dua malam berturut2 Kjee pergi makan di sana. Tadi, Unclepali cuba makan nasi kandar lauk kari kambing. Pun sedap. Maknanya kami dah ada port baru kalau nak makan nasi kandar. Memang dekat sangatlah dengan rumah kami di Taman Melawati.

Dan yang seronoknya ke Craven, kami terserempak dengan ramai rakan2 baik yang seperjuangan dan jugak yang sewaktu dengannya.

Itu jer nak sembang kali ni. Oh ya cucur udang atau Pasembor Craven siap ada tahu goreng dan hirisan timun. Harga RM5. Mahal sikit tetapi berbaloi sebab rasanya sedap.

7 comments:

Mas said...

tetiba teringat pasembur penang..sedapnya..

Selamat Hari Raya Aidilfitri buat Kak Jee sekeluarga....
Moga akak sekeluarga ceria dihari raya nanti.....

farhana yusoff said...

kjee bestnye..huhu

Kak Sam said...

Kak jee kita suka makan ngan sos buat sedap. Pergghhh berapi gitu. Selamat hari raya buat kak jee sekelurga.

jeragang said...

main hentam jer tak reti nak beza sedap dengan tidak.... kan itu parasaan jer

Chik Mimi said...

Assalam kak Jee,
yang atas tu,kalau kat sebelah utara panggil cucur udang,pasembur ade hirisan sengkuang,timun & taugeh,selain cucur ade kentang direbus kemudian digoreng,telur rebus ,ada jugak cucur yg digoreng garing...
Selamat menyambut hari raya Aidilfitri maaf zahir batin ~ Mimi Penang

Anonymous said...

Assalamualaikum Kak Jee, disini saya nak share Resepi Sos Cucur Udang/Bawang(Lain dari yang lain). Cuba lah InsYAALLAH, memang sedap.
Cili kering 6 biji, buang biji dan rebus sekejap untuk melembutkan + sedikit belacan (tumbuk), Campur 2 sudu besar gula pasir + 1 sudu besar air asam jawa + garam + 5 ulas bawang kecil/merah(hiris nipis, spt buat bawang goreng). Pastikan sos nya pekat. Sedia untuk di hidangkan.

Kjee said...

Terima kasih. boleh cuba sos ni.

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...