Wednesday, August 10, 2011

KJEE PERNAH 3 KALI JADI PENIAGA PASAR JUADAH

Pasar Juadah. semua gambar2 ehsan google

Ini time cabut nombor gerai
Isyhhh Kjee ni...semua dia pernah jadi.. Wartawan, pelakon, pengurus perhubungan awam (PRO bukan GRO tau!), penulis skrip, pengurus produksi drama, penjaja kecil, sekarang mengaku pernah jadi penjaja pasar juadah. Boleh percaya ker?

Kenapa tak percaya? Memang betullah. Gua tarak tipu punya! Hidup Kjee memang very the colorful. Langit tak selalu cerah. Dan memang Kjee tak pernah mengaku 'langit kehidupan' Kjee sentiasa cerah walaupun pernah melalui zaman glamer jadi wartawan, pelakon dan yang sewaktu dengannya.

Kena pakai apron
Dan apabila tiba 'mendung', Kjee tidak terus meratapi nasib. Kjee bangkit dan buat apa sahaja demi sesuap nasi agar dapat membesarkan anak yang sorang tu.

Walaupun ada pilihan lain ketika itu, Kjee telah memilih jalan untuk buat bisnes makan. Dan bisnes itu telah membawa Kjee menjadi antara puluhan ribu orang yang jadi penjaja di Pasar Ramadhan yang kini dkenali sebagai Pasar Juadah.

Tapi Kjee menjadi penjaja di pasar juadah, ada lesen tau. Bukan yang main cacak payung, letak meja tepi jalan. Itu tak happening. Yang betul2 happening kalau kita ada lesen, letak meja, cacak payung bersama ratusan orang lain!

Korang ingat senang ke nak jadi penjaja di pasar juadah yang berlesen. Korang ingat, pergi amik borang, isi, bayar yuran dan blah. Eh tak semudah tu babe, gua cakap lu!

Nak amik borang satu hal, isi borang pun satu hal. Bukan sehelai jer...berhelai2. Pastu kena bubuh gambar kita, gambar laki kita (eh betullah), gambar pembantu kita...kena fotostat IC, kena cucuk TY2 (pelalian untuk taun). Laki dan pembantu jugak mesti ada IC. Eh laki kita ada IC lah. Pembantu je tak ada. Pastu dia orang pun kena pergi cucuk.

Cucuk TY2 bukan murah tau. Kalau tak silap Kjee, sorang kena antara RM90 hingga RM110!

Lepas tu kena pergi amik kursus. Yang amik kursus sorang jer okay dah iaitu penama pada borang memohon gerai tu. Kursus sehari suntuk dikenakan caj dekat RM150, kalau Kjee tak silap. Tapi dulu kursus ni hanya valid untuk 3 tahun. Sekarang Kjee dengar dah laku sepanjang hayat.

Kursus tu ajar (eee boringnya Kjee sampai tertidur. Bukan Kjee ramai yang turut berdengkur) cara pengendalian makanan, Apa yang boleh dan apa yang tak boleh kalau nak jadi penjaja.

Lepas kursus, barulah korang pergi pada hari ditetapkan untuk cabut nombor gerai. Bukan sorang tau datang. Selepas subuh lagi dia orang beratur kat pejabat Majlis. Kena bayar pulak harga lesen RM300 (bergantung kepada majlis tempatan masing2).

Pastu jangan korang ingat, lepas tu senang je berjualan. Sesekali pegawai2 kesihatan akan datang buat pemeriksaan mengejut. Tengok lesen kita sah ke tidak. Cek bekas makanan kita, kuku kita. Kalau tak pakai apron, tudung kepala/topi kena saman. Mesti juga pakai kasut tertutup bukan selipar!
Antara juadah. Boleh habis ke semua ni?

So kalau penjaja dah lalui semua kursus dan sebagainya, kenapa masih tak amanah? Jual makanan basi hingga menyebabkan orang sakit dan yang terbaru, mati?

Ada banyak sebab. tapi Kjee bagi satu contoh cukuplah. Ada penjaja yang 'Ali Babakan' lesen. Jadikan Mat dan Minah pendatang Ali Baba mereka. Mereka ini sanggup bayar mahal kepada penjaja yang ada lesen sebab nakkan peluang meniaga di pasar juadah. kalau kena gaya, pasar juadah memang lubuk cari duit!

DAN Kjee yakin yang kena sakit perut, muntah2, cirit birit itu kerana penjaja Ali Baba ini yang tak ada pelalian TY2!

Yang salah dan kurang ajar, penjaja yang ali babakan lesen mereka sebab nak cepat kaya! Boleh kaya ker?

So petugas majlis tempatan dan pegawai kesihatan buat apa? Mustahil mereka tak tahu. Lu tahu gua tahu cukuplah!!.

BACA SINI JUGAK UNTUK SUKA2.

4 comments:

inahar ali said...

salam kakjee..selamat berpuasa ye kakjee! kita lum sempat lg merewang kt pasar juadah t.melawati..kalu kakjee ada berniaga leh beli laksa johor..hehe!! teringat2 kesedapannye..perghh!

cik cek said...

Salam Kjee...pekabo Kjee...apa menu buka posa hari ni...Nadia masak2 lagi ke...mesti best kan...
Cek dtg ni bwk kuih tako...he he :)

Sari Yusa Ibrahim said...

Salam, Kak Jee. Sy terfikir jugak, kdg2 kombinasi mknn yg diambil pun bleh mnyebabka keracunan. Kalu betul mknn dah beracun, msti ramai yg kena.. betul tak? Takkan satu family jer yg kena.. Mungkin juga mknn tu dah dibeli awal, waktu buka puasa lama lagi & cara penyimpanan sbelum tunggu wktu berbuka tu pun cuai (tak bertutup & sbagainya shingga tercemar dgn lalat atau lipas). Silap juga sebab tak pergi klinik awal bila dah diserang cirit-birit & muntah2) Apapun, apa yg dah terjadi tak mgkin dpt berpatah semula.. takziah kpd keluarga adik (lupa namanya) Al-Fatihah..

bersama kak Es said...

cucuk tu sekarang dah 30 hengget kak jee. tapi mmg ramai la yg ali babaaaaaa..
tapak naik sekali ganda lagi kak jee tahu. mmg betul la nak Q ambik borang suma tu leceh, tapi makan byk gilerrr

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...