Saturday, August 20, 2011

KLIP BERITA SANA SINI 20 OGOS 2011


Wanita dakwa ditipu lelaki asing kenalan Internet

SHAH ALAM: Seorang ahli perniagaan wanita kehilangan jam tangan berjenama dan barang kemas bernilai RM125,000 selain diugut RM30,000 oleh lelaki yang dikenalinya menerusi Internet. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Mohd Adnan Abdullah, berkata janda berumur 30-an itu melaporkan bahawa pada 11 Ogos lalu dia telah dijemput seorang lelaki yang memperkenalkan dirinya warga Australia yang dikenalinya melalui Internet untuk ke sebuah hotel di kawasan Sepang.
"Mangsa mengadu telah mengadakan hubungan seks dengan suspek dalam bilik itu dan kemudiannya tidak sedarkan diri setelah diberi minuman oleh suspek yang kemudiannya melarikan diri," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor di sini hari ini.
Mohd Adnan berkata pihak pengurusan hotel yang merasakan sesuatu yang tidak betul telah berlaku, telah membuka bilik itu dan menemui wanita berkenaan dalam keadaan terbaring dan membawanya ke hospital. 

Selepas sedar, wanita itu mendapati jam tangan Rolex dan barang kemasnya hilang. 

Dia juga pernah diugut oleh suspek yang meminta RM30,000 untuk tidak menyebarkan gambar-gambarnya yang tidak senonoh yang dirakam di bilik hotel itu. 

Mohd Adnan berkata polis telah menubuhkan satu pasukan petugas bagi mengesan lelaki itu yang dipercayai bukan warga Australia sebab pasport yang digunakannya itu adalah palsu. - BERNAMA/BERITA HARIAN



KJEE: BENCANA FACEBOOK LAGI?



Pemuda serang Asyraf direman hingga 10 Oktober


LONDON 20 Ogos - Seorang pemuda yang dituduh merompak pelajar Malaysia yang cedera dalam kejadian yang dirakam dan ditonton berjuta-juta orang di Internet, ditahan reman hari ini selepas dihadapkan ke mahkamah.


Reece Donovan, 21, dituduh merompak permainan video dan telefon bimbit milik pelajar akaun, Muhammad Asyraf Haziq Rossli, 20 di Barking, timur London pada 8 Ogos lalu.


Donovan yang memakai baju T kelabu dan seluar sukan biru, dihadapkan ke Mahkamah Wood Green Crown, utara London untuk mendengar sebutan awal kes.


Dia diarahkan mahkamah untuk ditahan reman sehingga dihadapkan semula ke mahkamah yang sama pada 10 Oktober untuk membuat rayuan. - AFP/UTUSAN


KJEE: POLIS MEMANG CEKAP!




Kempen PETRONAS "Coffee Break" 2011 Dilancar
KUALA LUMPUR: PETRONAS Dagangan Berhad (PDB) pada Jumaat melancarkankempen PETRONAS Coffee Break yang bertujuan untuk mendidik serta menggalakkan para pemandu mengamalkan langkah-langkah keselamatan jalan raya pada musim balik kampung sempena sambutan Aidilfitri ini.
Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Amir Hamzah Azizanberkata, kempen buat kali ke-12 itu akan dijalankan dalam dua peringkat.
Katanya, peringkat pertama adalah antara 26 hingga 28 Ogos ini manakala peringkat seterusnya bermula dari 2 hingga 4 September.
"Adalah diharapkan orang ramai yang pulang beraya ataupun bercuti supaya dapat mengingati apa yang dipelajari dalam kempen ini.
"Kempen ini adalah bagi memastikan orang ramai dan keluarga mereka tiba di destinasi masing-masing dengan selamat," katanya semasa pelancaran kempen tersebut di sini, Jumaat.
Kempen PETRONAS Coffee Break menggalakkan para pemandu berhenti di 32 stesen servis PETRONAS yang terlibat untuk berehat dan menyegarkan diri sebelum meneruskan perjalanan mereka ke destinasi masing-masing.
PETRONAS akan menyediakan minuman kopi Old Town serta jus buah-buahan, Tropicana Twister dan snek Julie serta Zess Wafer secara percuma untuk para pemandu.
Amir Hamzah memberitahu, kempen tersebut turut menawarkan pemeriksaan lima poin pada kenderaan pengguna PETRONAS.
Katanya, rakan kongsi syarikat minyak itu, Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (PERODUA) menyediakan perkhidmatan percuma di dua buahstesennya di PSS Bentong dan PSS Rawang.
Tambahnya, Petrosains menerusi pasukan PETRONAS Streetsmart akan berkongsi tip keselamatan jalan raya melalui permainan interaktif yang melibatkan pemandu dan ahli-ahli keluarga mereka.
Amir Hamzah berkata, setakat ini, kempen tersebut telah mencapai lebihlapan juta pengguna jalan raya.
Untuk maklumat lanjut mengenai kempen ini, layari www.mymesra.com.my - mStar
KJEE: BALIK PAHANG




1 comment: