Tuesday, August 9, 2011

KORANG DAH SHOPPING RAYA? KJEE BELUM




Sana sini jalan sesak kat KL. Ingatkan masa lunch break tak lah ramai orang sebab kalau bulan puasa, ramai yang rela duduk di pejabat daripada berpanas terik di luar. Rupa2nya jalan jam sebab ramai orang perempuan keluar shopping kat Jalan TAR.

Ini belum lagi dapat duit Raya yang diumumkan Perdana Menteri semalam kan? Isyhhh jangan habiskan duit tu. Bukan banyak pun tapi siapa nak bagi kan? So bersyukurlah. Kalau tak bersyukur, nanti Allah swt tarik balik.

Korang semua pasti dah start shopping. Kjee belum lagi. Serius ni. Bukanlah nak tunggu last minute tapi Kjee memang jarang2 buat baju kalau musim Raya. Kalau tak Raya Kjee buat banyak2. Kalau ada yang masih elok, Kjee pakailah pada Hari Raya. Lagipun, upah menjahit kat KL bukan sahaja mahal menjelang Raya tapi jugak ada yang menangis di pagi Raya sebab baju tak siap!

Kjee pernah kena. Konon2 nak trylah tempah baju kat butik. Butik kawan lama yang dekat sangat dengan rumah Kjee. Dia janji seminggu sebelum Raya siap. Okaylah. Kjee pun bayarlah 50% dulu. Boleh tahan mahal untuk dua pasang pant-suit. Tak kisahlah kan sebab kain pun dia supply.

Tiba seminggu nak Raya, Kjee call dia kata belum siap. Dia kata dua hari sebelum Raya bolehlah amik. Dua hari sebelum Raya dia call suruh datang amik. Dia kata dia nak balik kampung hari tu jugak so kena cepatlah amik.

Kjee pun pergi. Tak sempat nak try sebab dia dah tunggu depan butik yang dikunci dengan dua beg plastik. Oleh kerana kawan lama dan memang dia ni seorang pereka fesyen yang ada nama, Kjee pun amik dan terus bayar tanpa banyak soal. Dia pun baliklah kampung.

Sampai rumah, Kjee try baju..alamak punya besar!!! Kalau Kjee pakai nanti orang ingat baju pinjam! Pastu Kjee pelik kenapa tak ada padding. Kjee call tapi dia dah halfway sampai ke kampungnya. Dia kata seminggu lepas Raya dia balik.

Oklay nak buat macam mana kan? Seminggu lepas Raya Kjee ke butik dia. Orang rumah dia siap2 menyorok masa Kjee datang. Hanya pereka fesyen tu jer yang ada. Dia pura2 terkejut tengok padding tak dipasang dan baju tu besar. Dua minggu kemudian barulah Kjee dapat melaram baju baru.

Sejak tu macam dah serik nak ke butik tu lagi. Nasib baik Kjee ada tukang jahit regular di sebuah kedai kecik dalam bazaar pasar keramat. Mek Kelantan nilah yang jahit semua baju Kjee. Tak ada banyak soal dan harga pun murah sangat. Cuma tak boleh hantar tempahan di bulan puasa. Tapi rasa2nya dalam sehari dua ni kalau Kjee kecek kat dia, mesti dapat punya dia jahitkan sepasang. Hehehe.

Okaylah..cukuplah merapu untuk hari ni yer.


3 comments:

  1. Salam ramadhan kjee sy dh beli dah sebelum pose hr tu bkn apa sian lak nk bawak anak2 yg berpose jln2 panas2 ni nak pergi memalam penat lak pas kerja dan berbuka...sy pun bl baju yg siap je senang tak payah pening2 nk pikir fesyen apa.

    ReplyDelete
  2. salam kak jee..
    saya selalunya memang alert pasal baju raya.. lebih2 lagi untuk anak2.. biar sendiri takde baju baru asalkan anak2 dapat baju baru.. bagi saya.. persiapan raya lebih untuk anak2.. utk baju2 kurung & melayu tahun ni tempah kat kawan suami, ni kes anak dara saya nak tema warna purple tahun ni..(1st time try hantar.. ngeri gak rasanya..) memandangkan UPSR lepas 2 minggu raya.. takpe la bagi dia can melaram sebelum 'berperang'..

    kalau nak ikutkan.. saya lebih suka membuat persiapan sebelum puasa.. n beli sikit2 (anak ramai kan.. kena la bajet2).. tapi.. maklum lah.. orang kerja sendiri bukannya boleh nak agak bila 'masyuk'nya tu kan kakjee..

    bila anak ramai.. rasa seronok pulak bawak masing2 gi shopping untuk beli pakaian raya.. tengok diorang happy.. saya & suami rasa happy.. lega.. n bersyukur sangat2 dapat rezeki dikala Ramadhan..

    kak jee.. bila tengok anak2 dok belek2 kasut & baju raya (raya lagi 20 hari tu) teringat pulak masa zaman kecik2 dulu.. trend terompah kayu yg ada loceng kat tumit kasut tu.. gambar buah apple/cherry... n zaman kasut bertali2 style norkumalasari.. hahahahah.. dok posing2 kasut raya hari2 sebelum raya.. malam raya, dah siap2 keluarkan kasut letak kat tepi pintu...

    ~ nana ~

    ReplyDelete