Friday, August 12, 2011

MALAM KU BERMIMPI



Mimpi kalau dia nak datang dalam tidur kita, dia tak pilih siang atau malam. Suka hati dialah nak keluar citer apa pun. Suka tak suka kita mesti kena follow. Tak ada pilihan. Tak boleh subscribe macam kat UniFi ataupun Astro kan?

Alangkah elok masa kita nak tidur, kita boleh set nak mimpi apa...nak mimpi tu dalam 3D ke HD ke, kaler ke black n white ker kan? Alangkah...isyhhh maaf merepek di bulan puasa ni dan hari Jumaat lak tu. Hehehe.

Korang pernah tak kalau bermimpi yang cukup indah, tup2 terjaga. Pastu korang cepat2 tidur balik sebab nak sambung mimpi indah tu...rasa2nya boleh bersambung ker? Kjee pernah try tapi tak menjadi! Hampeh betul.

Citer pasal mimpi ni, ada macam2 cerita orang terjemahkan mimpi kita.

Misalnya, kalau mimpi kena gigit ular, maknanya kita bakal dipinang orang. Kalau ular kecik, maka dapat pinangan dari orang kecik...kalau ular besar, dapatlah pinangan dari orang besau. Macam ada selebriti yang kahwin dengan Sultan Brunei dulu...besau manalah agaknya ulau yang datang menlengkau dalam mimpi dia. Oppssss ampun Tuanku!

Anyway berbalik kepada citer mimpi. Kjee rewind balik mimpi2 yang Kjee pernah dapat sebelum ini. Kjee pernah mimpi naik ke bulan dan pijak atas bulan. Kjee bagitau arwah mak, rupa2nya bulan tu kan mak, permukaan dia lembik macam dodol. Kita pijak jer dia spring balik. Hehehe.

Pastu Kjee pernah mimpi jamu selera bersama Sultan Brunei. Mimpi apa lagi hah? Mimpi rumah Kjee dikunjungi oleh tokoh yang sangat2 Kjee sanjung iaitu Tun Dr Mahathir Mohamad.

Mimpi air pun banyak. Arwah mak kata kalau mimpi air nak dapat rezeki besar. Alhamdullilah. Kjee pun tengah tunggu rezeki besar dalam sehari dua ni. Insya Allah.

Malam tadi Kjee mimpi ular sawa lalu depan Kjee. Dalam perut ular tu Kjee nampak bonjol dua manusia yang dia telan. Ntah apa maknanya, Kjee tak tahu.

Korang tahu, arwah Bonda Kjee, kalau Kjee cerita apa2 mimpi yang datang masa Kjee tidur, dia akan terus jawab yang baik2. Misalnya, kalau Kjee kata Kjee mimpi jumpa pembesar negara, dia akan kata, ada berita baik yang akan Kjee terima.

Kalau Kjee kata mimpi kena kejar hantu, dia hanya akan ketawa dan kata, itulah kenapa mesti takut sangat dengan hantu sampai terbawak2 dalam tidur.

Belum pernah sekali Kjee dengar terus dia kata :"Eh itu mimpi tak baik...manyak suwey.." or something like that. Bonda kata, seandainya orang bagitau kita tentang mimpi dia, walau seburuk mana, jangan sesekali perkataan pertama yang keluar dari mulut kita, ayat2 yang tak elok.

Misalnya: "Eh mampuslah kau dapat mimpi cam tu atau eh seramnya aku dengar. Mesti ada malapetaka nak menimpa!."

Bonda kata ayat2 macam tu yang terbit dari mulut kita adalah doa. So sebagai umat Islam, kita seharusnya, kata Bonda, ucapkan dulu dengan ayat2 yang baik2. Kemudian barulah nasihatkan dia secara halus dan hati2.

Oh begitu ya? Itulah amalan Kjee. Kjee cukup patuh kepada arahan arwah Bonda. Arwah terlebih dulu makan garam dari kita kan?

5 comments:

  1. "Setiap ayat yang keluar dari mulut kita adalah doa..." Terbaek KJee..

    ReplyDelete
  2. Terima Kasih MPP sudi baca dan komen. TERBAEKKK

    ReplyDelete
  3. masa bujang mimpi ular paham dah maknanya.kalau dah kawin mimpi ular susah nak tafsir maknanya kan?sy pon ada gak mimpi ular,tp bukan ular sawalah.hehe...mmg betul kata kak jee.kalau boleh disetkan mimpi..nak mimpi yg indah2 ajer:)

    ReplyDelete
  4. salam kakjee,

    Beberapa hari lepas arwah aboh meninggal dulu, sy ada mimpi arwah aboh datang jumpe sy. Pesan suh jaga mak n adik2. Tiba2 sy terjaga. Lepas tu, bila tido semula mimpi laen plak yang keluar.hampa betul la.

    ReplyDelete
  5. Memang betul kak Jee, kalau kena mimpi yang best-best, sayang nak bangun cepat-cepat sebab nak tahu ending mimpi mcm mana :)

    ReplyDelete