Tuesday, August 9, 2011

MASAK APA HARI NI?




Mangga muda nak buat kerabu Thai atau somtam

Rendang Ayam Kelantan 


Ini sagu gula melaka semalam. Banyak lagi. tak payah bazir.
Hari ni Kjee plan nak masak Rendang Ayam Kelantan dan Kerabu Mangga. Dua jenis jer. Malas nak masak banyak2 sebab sahur nanti dah plan nak buat Nasi Goreng Kampung. Teringin. Untuk pencuci mulut pulak, Kjee dah buat banyak sagu gula Melaka semalam, so hari ni sambung lah makan. Kjee tak pasti jus apa Unclepali akan buat.

Ehsan Google
Kerabu mangga Kjee buat ikut sedap tekak Kjee sendiri. Tak ada resipi khusus. Tapi rasa2nya Kjee nak buat ala Thai. Tadi Kjee singgah kat kedai runcit dekat rumah untuk beli santan nak buat rendang. Tetiba ternampak mangga muda. Dari dalam kereta Kjee dah signal kat Unclepali suruh amik dua biji.

Mahalnya, dua biji kecik mangga RM3.80. Cekik darah betullah. Bila Unclepali masuk dalam kereta, hmmm mangga dah terlebih masak. Kjee kenalah turun balik tukar. Kalau mangga dah masak, nak buat cicah bukan kerabu. Betul tak.

Kerabu Mangga Thai atau somtam bubuh kacang tanah. Kjee malas nak bubuh sebab dalam badan dah banyak uric asid. Tak payah nak tambah lagi dengan makan kacang.


2 comments:

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

uiii.. kecur air liur tgk kerabu mangga tu kak jee..

Anonymous said...

Saya nak buat resipi yg sama...esok..tq

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...