Thursday, August 11, 2011

MOHD ASYRAF RAZIQ ROSLI STABIL DI LONDON


Pelajar M'sia Yang Diserang Di London Dalam Keadaan Stabil; Laman Web Diwujudkan Sebagai Sokongan Moral
PETALING JAYA: Pelajar tajaan MARA, Mohd Asyraf Raziq Rosli yang cedera diserang oleh sekumpulan perusuh di London pada Selasa kini dilaporkan berada dalam keadaan stabil.
Perkembangan terbaru ini dimaklumkan oleh Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mukhriz Mahathir yang kebetulan berada di London dan berpeluang melawat Mohd Asyraf.
Pelajar itu kini sedang dirawat di Royal London Hospital kerana patah rahang. “Mohd Asyraf berada dalam semangat yang sangat tinggi walaupun cedera dan memerlukan pembedahan untuk membetulkan semula rahangnya. Dia kini sudah boleh bercakap semula.
“Bagaimanapun dia masih tidak dapat memberikan gambaran yang jelas mengenai kejadian itu kerana ia berlaku terlalu pantas," kata Mukhriz.
Ibu kepada Mohd Asyraf, Maznah Abu Mansor, 47, berkata, yang dia telah dimaklumkan bahawa pembedahan yang sepatutnya dilakukan ke atas anaknya pada Rabu terpaksa ditunda atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.
Katanya lagi, kawan anaknya, Sheikh Muhammad Faris Jamil Azhar adalah di antara pelajar Universiti Kaplan yang telah dibawa keluar dengan selamat ke Rumah Mara yang terletak di tengah bandar London.
Dalam pada itu, sebuah laman web yang dinamakan “Let’s Do Something Nice For Ashraf” (www.somethingniceforashraf.tumblr.com) telah diwujudkan sebagai tanda sokongan kepada pelajar tersebut.
Penuntut Malaysia yang menjadi mangsa serangan perusuh, Muhammad Asyraf Haziq Rossli, 20, semakin pulih daripada kecederaan menerima kunjungan Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mukhriz Mahathir dan Pengerui Kelab UMNO London di London, baru-baru ini. - Foto ihsan Kelab UMNO London
Laman web itu menyeru para pelawat agar melontarkan idea apa yang perlu mereka berikan kepada Mohd Ashraf sebagai tanda sokongan moral.
Dalam perkembangan berkaitan, stesen televisyen Sky News telah melaporkan, pihak berkuasa telah mengenalpasti salah seorang penyerang Mohd Ashraf apabila imejnya dirakamkan oleh CCTV ketika kejadian itu. - mStar Online

4 comments:

  1. hope kerajaan malaysia dapat bertindak sesuatu untuk menjaga keselematan rakyat kita kt sane tu kn...

    ReplyDelete
  2. student malaysia yg buat demo bersih kt london tu hari mana?takkan diam je kot...demo la lagi bantah tu,bangkang sana,bangkang sini...tak sedar di untung..

    ReplyDelete
  3. setuju sangat!!! Bangang tak bertempat kan? masa nilah buat demo bangkang keganasan omputih keatas pelajar Malaysia!!!

    ReplyDelete
  4. Mat Saleh ngan Mamat Negro yang belasah Asyraf nie memang bangang....sib baik masih ada penduduk London yang masih prihatin menolong siap hantar sampai ke Royal London Hospital....dia yang call kawan-kawan Asyraf....

    ReplyDelete